-
Jumlah Lawatan Web
- 209,204 lawatan
-
Komen Anda
- Larry Loke on PERBANDINGAN KGT
- mohd sabri on E-MEL KEPADA Y.BHG TAN SRI KSN
- kesatuanpk on KAD KEAHLIAN KEPAK
- Zakhirah Abdullah on KAD KEAHLIAN KEPAK
- King Aziz on KEAHLIAN KEPAK
-
Berita Terkini
- E-MEL BALAS DARIPADA JPA
- E-MEL KEPADA Y.BHG TAN SRI KSN
- PERBANDINGAN KGT
- PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA YAB. PERDANA MENTERI MALAYSIA
- MAKLUMBALAS JPA
- KEAHLIAN KEPAK
- BERITA TERKINI DARIPADA PRESIDEN KEPAK
- RINGKASAN EKSEKUTIF, KERTAS KERJA DAN MEMORANDUM OLEH KEPAK
- KAD KEAHLIAN KEPAK
- Surat Pembaca Berita Harian: Mohon JPA kaji gred jawatan
Arkib
May 2012 M T W T F S S « Apr 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 Arkib
Pautan
Kenyataan (Disclaimer)
Pihak Kesatuan Pegawai Eksekutif tidak akan bertanggung-jawab jika terdapat penyalahgunaan maklumat di dalam laman web ini.
PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA YAB. PERDANA MENTERI MALAYSIA
PM umum pemansuhan SBPA, Sistem Saraan Malaysia ditambah baik
PELARASAN GAJI
|
GRED |
PERATUSAN |
| 1 – 54 |
13%
|
| Gred Utama dan Gred Khas A, B & C |
9% |
| Turus III & II |
8%
|
| Turus I & KSN |
7%
|
KENAIKAN COLA
|
JENIS |
LAMA |
BAHARU |
| A (Bandar) |
RM300 |
Kekal |
| B (Antarabandar & Pendalaman) |
RM200 |
RM250 |
| C (Pendalaman) |
RM100 |
RM150 |
LAIN-LAIN
- Penubuhan suruhanjaya dianggotai oleh semua pihak berkepentingan mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang bukan saja membabitkan saraan, tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam yang diperlukan negara pada masa depan.
- Struktur gaji SSM akan diubah suai daripada Jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-Maksimum dengan kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi gred 1-54 ditetapkan di antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan pelarasan ikut peratus ditetapkan.
- Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan.
- Kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya bagi guru berasaskan prinsip ‘time-based’ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti diumumkan dalam Bajet 2012.
Posted in Berita Terkini
KEAHLIAN KEPAK
Berdasarkan rekod Biro Keahlian KEPAK, masih ramai terdapat di kalangan saudara/i yang telah menjadi Ahli KEPAK dan masih BELUM mengembalikan Borang Angkasa (BPA 1/79) bagi membolehkan pemotongan gaji dibuat untuk yuran bulanan keahlian KEPAK.
Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama dan jasa baik saudara/i menghantarkan SEGERA Borang Angkasa yang telah lengkap dan mendapat pengesahan Ketua Jabatan dengan menulis No. Ahli KEPAK (sekiranya ada) disebelah hujung Nama Penuh saudara/i ke alamat seperti berikut:
KESATUAN PEGAWAI KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA
JKR 3158(4) JALAN LEMBAH LEDANG OFF JALAN DUTA
PETI SURAT 12195
50770 KUALA LUMPUR
(u.p: Exco Biro Keahlian KEPAK)
Sekian, terima kasih.
Posted in Berita Terkini
BERITA TERKINI DARIPADA PRESIDEN KEPAK
Dimaklumkan bahawa Kertas Cadangan Penambahbaikan SBPA daripada KEPAK telah dikemukakan sendiri oleh Presiden bersama-sama dengan Timbalan Presiden dan Pengerusi Biro Skim kepada YBhg. Datuk Farida Mohd Ali, TKPPA pada 15 Februari 2012 (Rabu) di pejabat beliau. Salinan kertas cadangan tersebut juga telah diserahkan kepada YBhg. Tan Sri KPPA melalui Pegawai Khas beliau Encik Mior Hasrul Affendi Mior Ahmad pada hari yang sama.
Disamping itu, isu-isu yang dikemukakan dalam kertas cadangan berkenaan akan dibawa dan dibincangkan di dalam Bengkel Khas Jawatankuasa Bertindak SBPA – CUEPACS yang akan diadakan pada 17 – 18 Februari 2012 di Hotel Putra, Kuala Lumpur oleh wakil KEPAK (Presiden dan Pengerusi Biro Skim).
Justeru, kami amatlah mengharapkan doa restu daripada semua PPT di seluruh negara agar segala cadangan daripada KEPAK dipersetujui dan diluluskan seperti yang dipohon.
Sekian, terima kasih.
Presiden
Posted in Berita Terkini