LATARBELAKANG


KESATUAN PEGAWAI PEGAWAI EKSEKUTIF PERKHIDMATAN AWAM SEMENANJUNG MALAYSIA atau singkatannya KEPAK ditubuhkan untuk membantu pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan awam menambahbaik kualiti kerja dan kehidupan dengan cara membantu menyuarakan pendapat dan masalah yang dihadapi ahli kesatuan. Antara agenda yang diperjuangkan untuk ahli Kesatuan ialah :-

a) Mengatur perhubungan yang baik diantara pekerja dengan majikan, meningkatkan daya pengeluaran,  mendapatkan tahap keselamatan pekerja yang selamat dan mendapatkan sukatan gaji yang adil dan sesuai mengikut syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.

b) Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah disisi undang-undang.

c) Memberi bantuan guaman kepada ahli Kesatuan berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.

d) Memberi bantuan seperti pembiayaan kepada ahli Kesatuan yang teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.

e) Menganjur dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli Kesatuan.

f) Secara amnya, melaksanakan sebarang tujuan kesatuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.
 

sila lihat Perutusan Presiden 

Peraturan Kesatuan

Peraturan Kesatuan dibuat supaya para ahli mematuhi Undang-undang dan Akta Kesatuan Sekerja Semenanjung Malaysia. Untuk lebih lanjut, sila lihat download Peraturan Kesatuan di bawah.

Download
Peraturan Kesatuan