BIRO SKIM

DARI MEJA BIRO SKIM

38 thoughts on “BIRO SKIM

  1. Pengharapan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan / Badan Berkanun amatlah tinggi kepada YAB PM dalam membuat unjuran baru Skim Perkhidmatan PPT.
    Perjumpaan YAB PM dengan Pekerja Sektor Awam mungkin akan dibuat pada bulan Oktober 2011. Sama-samalah kita tunggu berita gumbira ini …

    • Marilah kita sama-sama berdoa semuga ramadan ini memakbulkan permintaan kita PPPT membawa khabar gembira dan seterusnya skim kita ini tidak dipandang lekeh oleh segelintir manusia

  2. Bersabarlah kita semua menantikan pengumuman oleh YAB PM berkaitan skim baru PPT pada tahun ini.InsAllah, Perubahan yang akan kita perolehi agak lumayan. Itu sahaja yang dapat dimaklumkan di sini.

    Wassalam

  3. Salam.

    Membaca dan menelusi semua luahan dan posting saudara/i/tuan/puan barulah saya sedar saya bukanlah PPT yang rasa teraniaya di Malaysia ini.
    Saya adalah PPT di sebuah hospital universiti pengajar. Di sini, PPT selain dari tugas admins, terpaksa melakukan tugas-tugas kewangan [buku vot, daftar bil, pesanan rasmi, membuat spesifikasi peralatan untuk tender/sebutharga, kalibrasi, bayaran bil dan lain-lain]. Kami tidak pernah sekalipun dibayar bayaran insentif tugas kewangan.
    Selain daripada itu, kami turut terpaksa melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan akademik, penyelidikan dan tugasan bersangkut paut dengan perkhidmatan klinikal. Rencamnya tugas, beratnya beban yang perlu digalas.

    Sudah lama saya mencari medan untuk berbincang berhubung hala tuju dan skop sebenar gred N27/N32 ini…..

  4. Assalamualaikum wbt salam 1 Malaysia,
    Jun 2011, satu Sistem Penilaian yang lebih sesuai dan diterima oleh Penjawat Awam (PA) akan diperkenalkan oleh JPA menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
    Sebagaimana yang sedia maklum, PTK mempunyai 2 elemen iaitu Unjuran Anjakan Gaji dan Unjuran Kenaikan Pangkat.
    Sehingga kini Cuepacs telah mencangkan dalam cuepacs blogspot bahawa pertemuan dgn JPA akan dibuat pada 12 Januari di Mines Resort City bagi membincangkan perkara ini. Ianya mungkin Fasa 1 pertemuan dan mungkin diikuti dengah banyak lagi pertemuan.
    Juga pihak JPA telah mengatur pertemuan dgn semua Setiausaha Kesatuan yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) yang akan dibuat pada 18/19 Januari.
    Bagi semua PA, Perbincangan antara Cuepacs dengan JPA adalah penting, namun hasrat NUTP lebih jelas kerana dlm website iaitu mereka telah menyatakan bahawa dalam menentukan soal pergerakan gaji mereka telah mencipta satu sistem baru untuk JPA laksanakan. Manakala dalam Unjuran Kenaikan pangkat, NUTP menyerahkan kepada Ketua Jabatan (seperti SSB?) sepenuhnya untuk mengurus dan menetapkannya berdasar kepada prestasi staf dan pengalaman staf.

    Mungkin KEPAK mempunyai pendirian tersendiri dalam hal ini. Namun apa yang lebih penting, JPA seharusnya menyediakan kerangka penilaian yang lebih bertanggongjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambilkira maklum balas PA.
    Apa pandangan tuan/puan sebagai PPT?

  5. Saya ingin kemukakan cadangan yang perlu diselaraskan dengan JPA (mengambilkira KPPA bercadang PTD bermula dr gred 48):

    GRED M48, M52, M54
    – DITUKAR NAMA KEPADA SKIM PEGAWAI TADBIR KORPORAT (DENGAN MENGAMBILKIRA KENAIKAN PANGKAT DARI SKIM PTD)
    – KUMPULAN INI SEDIA MAKLUM DIBERIKAN ELAUN KERAIAN

    GRED M27-M44 (SEKARANG ADALAH N27, N32, N36, M41, M44)
    – DIGABUNGKAN MENJADI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK
    – USULKAN AGAR DIBERIKAN ELAUN TUGAS KEWANGAN/ELAUN TUGAS RENCAM (ATAU NAMA LAIN/ELAUN LAIN YANG LEBIH SESUAI) UNTUK PEGAWAI DALAM SKIM INI.
    – KELIHATANNYA LEBIH MEMUDAHKAN UNTUK PPT BERTUKAR MENJADI PTD DAN SETERUSNYA KENAIKAN PANGKAT KE PEGAWAI TADBIR KORPORAT (M48-M54)
    – REALITINYA TUGAS PPT DAN PTD M41/M44 TIADA BEZANYA SO UTK JUSTIFY KAN PERKARA INI, AMBIL SAJA SENARAI TUGAS M41/M44.
    – BAGI PPT KPSL/BERIJAZAH, CADANGKAN TUKAR LANTIK:
    N36 – PENGALAMAN 5 TAHUN UTK KE M44/M48 (WPUN M48 MGKIN MUSTAHIL)
    N32 – PENGALAMAN 5 TAHUN UTK KE M44
    N27 – PENGALAMAN 5 TAHUN UTK KE M41

    KELIHATANNYA ANTARA KELEMAHAN SEBAHAGIAN BESAR PPT TIDAK DAPAT KE PTD HANYALAH KERANA PENGUASAAN BAHASA INGGERIS YG LEMAH. SAYA CADANGKAN ADAKAN KURSUS KHAS/KURSUS INTENSIF (SEPERTI DPA DAN BUKAN KURSUS SAMBIL LEWA) UNTUK MENANGANI PERKARA INI. JADI JPA TIADA ALASAN UNTUK TOLAK PERMOHONAN PPT LAGI.

    Sekian, terima kasih.

  6. PERUBAHAN NAMA SKIM PERKHIDMATAN
    3. Perubahan nama skim perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut:
    Sedia Ada
    Baharu
    Pembantu Teknik Kapal Terbang
    Penolong Pemeriksa Kapal Terbang
    Pembantu Teknik Ukur
    Penolong Juruukur
    Pembantu Teknik Ukur Bangunan
    Penolong Juruukur Bangunan
    Pembantu Undang-undang
    Penolong Pegawai Undang-undang

    http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2010/12/pp122010.pdf

  7. Assalamualaikum,saya ada dengar bahawa DS KPPA ada minta utk PPT menjadi pegawai yang berkualiti dan efisyen…betul ke?kalau begitu bagus la..dan saya ingat mmg kita dah cuba nak jadi berkualiti dan efisyen, tetapi apa2 pon..atas kita tue…yg membuatkan kita (PPT) takde benda…diorg yg berkualiti dan efisyen, sbg contoh saya nak kongsi..sy pernah ditegur oleh ketua unit saya bahawa..jgn ingat kalau buat keje anta terus kepada ketua jabatan atau ketua cawangan akan membuatkan tuan dapat markah LNPT yang tinggi, sbb yang akan bg marah adalah ketua unit dan bukan ketua jabatan, jadi walau mcm mana skali pun pihak ketua jabatan takkan bagi marah, walaupun diorg tahu siapa yang kerja…so..make sure semua melalui prosuder…Untuk makluman pkara tidak melalui ketua unit hanya akan terjadi kalau ketua unit atau cawangan tiada…tp mcm tu lah keadaan kita PPT…sehinggakan kita dilihat TIDAK BERKUALITI..sbb ada org yang telah memadamkan KUALITI kita

  8. Assalamualaikum, saya jumpa dlam Facebook KEPAK bahawa antara hasil persidangan PPT di PD baru2 ini adalah :
    Penolong Pegawai Tadbir
    i. Penukaran nama Penolong Pegawai Tadbir (PPT) kepada Pegawai Tadbir Koporat (PTK)
    ii. Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir akan dipisahkan dari Skim Perkhidmatan N dan diwujudkan skim baru
    iii. Skim baru mencadan…gkan tangga gaji Pegawai Tadbir Koporat bermula dengan Ijazah Sarjana Muda/KPSL sama dengan Inspektor PDRM.
    iv. Laluan kerjaya akan dipanjangkan daripada GRED 36 ke GRED 54.
    v. Memohon 3 elaun baru buat PTK iaitu elaun kewangan, elaun stor & aset serta elaun PTK.
    Alhamdulillah…adalah benda yang bagus untuk dibaca dan didengar,tapi hasilnya jadi kenyataan atau tidak..erm..xtaw laie kan…erm..bagaimana pula ngan yang mempunyai diploma?Harap tiada konflik pada masa hadapan, dan amat diharapkan agar akan ada berita baik bahawa hasil2 telah dilaksanakan atau terlaksana…dan bukannye sperti dahulu..DALAM PROSES…hehehe…saya arap akan ada komen2 drpd saudara/i psl isu yang dibincangkan…

  9. Assalamualaikum…erm..hari ditunggu akan tiba sok 27.11.2010, saya antara yang rugi tak dapat nak hadir kerana ada urusan di kampung ziarah ayah yang sakit, tapi saya amat berharap dan berdoa semoaga akan ada sinar yang baru dalam persidangan ini…

  10. Assalamualaikum semua, apa2 pon tahniah awal2 la pada KEPAK di atas penganjuran persidangan PPT insya’Allah..semoga ia berjalan dengan lancar dengan izin NYA.
    Tuan, saya berharap akan ada sinar baru dlm skim ppt ini insya’Allah slps persidangan ini, saya amat berharap bahawa kita akan tumpukan pada penambaikan skim PPT dahulu iaitu dr segi2 elaun2 ITK,Perumahan, dan gaji serta kenaikan gaji yang rasanye amat molek dlm rm 150-100 tiap2 tahun. Saya mencadangkan agar kenaikan gaji diberikan juga berdasarkan performance PPT(Cadangan je) mcm di swasta, begitu juga dengan kenaikkan pangkat. Sekali lagi saya amat berharap akan ada berita yang baik dapat didengar slps persidangan ini..sbb kita dah lama menunggu…

  11. salam..jangan lupa bitk..bayaran insentif tugas kewangan..misalannya saya ni N27..buat kerja kewangan dengan gaji semata-mata..tapi tidak layak rm 40 kerana PPT..tetapi N17 yang cuma sediakan Kew 8 dapat RM 40..mintak panjangkan kepada N27 hingga N36..sepenuh masa buat kewangan dan gaji..lagi 1 PPT skrg ni dh turun taraf sama dengan sarjan dalam polis.sedih sangat..dulu sama taraf dengan inspektor..tapi rezeki masing-masing..syukur je la alhamdulillah..tapi yang tidak puas hati sikit kenape elaun ITP tak naik2 smpe skrg..dari zaman Pak Lah sampai la sekarang..dah tutup kes ke elaun ITP ni..konstabel pun elaun rumah RM275..sarjan RM300..PPT RM180..bagi le RM 250 ke..umah sewa kat penang ni murah2 pn RM350..itu je la nk luah skit..dah lama dah nak suarakan isu ni tapi xtahu kat mana nak luah.minta maaf banyak2 la klau tulisan atau bahasa ni ringkas sangat..-(PPT N27 baru nk belajar)..

  12. Assalammualaikum dan selamat mengerjakan ibadah puasa di bulan yang barakah serta mulia ini.

    Pada 29 Ogos 2010 Biro Skim telah membentangkan kepada exco KEPAK beberapa perkara yang akan dikemukakan kepada Exco dan Ahli Majlis, Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) bagi Kumpulan Pekerja.

    Kertas Kerja yang disediakan untuk diluluskan oleh exco KEPAK adalah seperti berikut:

    1. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pembantu Am Pejabat. (Gred N1/N4 kepada Gred N17/N26) – Hj Rozaini

    2. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pen. Peg Tadbir (Gred N27/Gred N32 & Gred N36) – Hj Rosly Nordin

    3. Laluan Kerjaya Skim Perkhidmatan Gred N (Gred N1 hingga Gred N40) – Hj. Rozaini

    4. Pengeluaran Sebahagian Wang Greduti untuk mengerjakan Haji. – En. Norman Hadi

    5. Penambahbaikan Elaun Penceramah – En. Norman Hadi

    6. Kajian Semula SPP 8/2006 pindaan mengenai Elaun Khidmat Awam Bagi Kumpulan Sokongan – Tafsiran JPA terhadap Gred N27 dengan J29 (Teknikal – J & F), Gred N32 dengan 36 (Teknikal J & F)) dan Gerd N36 dengan 38 (Teknikal J & F).

    Perbezaan kadar elaun ini perlu selaras dengan Kategori umpamanya Gred N27/J29 – Lantikan, Gred N32/J36 – Kanan dan Gred N36/J38 – Tinggi.

    SPP Bil 8/2006:

    Gred 27 – RM160
    Gred 32 – RM160
    Gred 36 – RM220

    Masalah yang dipertikaikan ialah Gred N27 dan Gred N32 hanya mendapat RM160.00 sedangkan Gred J36 (yang setaraf dengan Gred N32) mendapat RM220.00.

    JPA diminta untuk memberi pertimbangan yang saksama dalam pemberian Elaun ini – Biro Skim KEPAK.

    Perkara ini akan dibawa kepada MBK

    Kesemua perkara yang dibawa oleh Biro Skim ini telah diterima oleh exco KEPAK untuk di bawa kepada MBK kelak.

    Wassallam

    Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
    Tim. Presiden KEPAK
    d/a Bahagian Akaun MinDef

    • Tuan,
      Keputusan PPTAC (Aug 2010) mungkin akan dikeluarkan tidak lama lagi. Mohon cadangkan ke KPPA utk beri Gred 44 (gred kenaikan pangkat) dan bukannya Gred 41 bagi PPT N32 dan N36. Kewajaran: 1) PPT N32 dan N36 merupakan pakar rujuk di Jabatan dan dah ada pengalaman kerja berpuluh tahun berbanding PTD M48 (baru berkhidmat dengan Kerajaan 8 tahun dah naik ke M48); 2) Pergerakan gaji di Gred N32 dan N36 adalah lebih tinggi berbanding di Gred 41 (memakai prinsip perkhidmatan seseorang pegawai sepatutnya menerima tidak kurang daripada apa yang diterimanya di jawatan lama), selain itu, anjakan gaji di Gred 41 adalah kurang jika dibandingkan dengan anjakan gaji di Gred N32 dan N36, tambahan pula kena tggu 3 tahun baru leh duduk PTK Gred 41 (beku 3 tahun) .

      Sekian, terima kasih.

      • Terima kasih diatas cadangan tersebut.

        Cadangan sdra./sdri. ini telahpun diketengahkan melalui tiga artikel Kertas Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan PPT oleh Biro Skim dan telah dikemukakan terus kepada pihak2 berkenaan – YAB PM, KPPA, JPA dan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK).

        Walaubagaimana pun KEPAK sedang menunggu keputusan Excersice M41 melibatkan lebih 50 orang PPT yang akan dikeluarkan oleh SPA selepas ianya dibentangkan melalui Mesyuarat Suruhanjaya SPA kelak.

        Sebenarnya terdapat beberapa cadangan2 lain didalam Kertas Penambahbaikan Skim Perkhidmatan PPT tersebut. KEPAK hanya berupaya mencadangkan sahaja dan pertimbangan seterusnya hanya akan dilaksanakan oleh pihak2 yang berautoriti (JPA).

        Buat masa ini pihak Kesatuan merasakan bahawa artikel2 tersebut tidak dapat dibentangkan melalui web ini kerana tindakan ini akan dikatakan ‘cadangan syok sendiri’ kerana ianya belum diluluskan oleh pihak2 yang berautoriti. Walaubagaimanapun ia akan dijadikan rujukan mana yang sesuai.

        Saya mencadangkan agar peserta2 yang akan menghadiri Persidangan PPT Se Malaysia di Port Dickson pada 28 – 30 Nov 2010 nanti akan mengambil peluang untuk menyuarakan kepada pembentang kertas kerja mengenai Cadangan2 yang ada kerana mereka merupakan pihak berautoriti serta layak memberikan jawapan kepada segala pertanyaan berkaitan.

  13. Assallamualaikum;

    Saya telah menyerahkan jawatan Pengerusi Skim KEPAK kepada Tuan Haji Rosly bin Nordin. Saya harap segala ulasan yang memerlukan jawapan mengenai skim akan dikendalikan oleh Tuan Hj. Rosly mulai sekarang.

    Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara saudari yang telah melayari ruangan ini. Saya juga memohon ampun dan maaf sekiranya catatan saya melalui ruangan ini menimbulkan rasa kurang senang kepada saudara saudari sekalian.

    Sebagai Timb. Presiden saya bertanggung jawab membantu semua Pengerusi Biro dan exco KEPAK. Terutama dalam membantu Presiden melaksanakan tugas secara sukarela ini. Semuga saya mendapat kerjasama dari semua ahli serta exco KEPAK.

    Wassallam

  14. Salam tuan.

    macam mana dengan kedudukan cadangan penambahbaikan skim kita? Tahun 2010 tak lama lagi akan ke penghujung tetapi skim kita duk tang tu juga. Tiada berita baik ke tuan? Dapat maklumat khabar angin pun tak pa, sekurang-kurangnya boleh juga mengharap daripada tidak mendengar apa2 perkhabaran pun ni.

  15. Assalamualaikum…erm..just nak tanya…bagaimana dengan perbincangan dengan JPA dan KEPAK..adakah kita bakal mendapat berita yang mengembirakan?..sbb sy pernah dimaklumkan oleh kawan2 dlm KEPAK bahawa akan ada berita gembira pada bulan April 2010…dan sebelum 1 Mei 2010..sempena 50 thn penubuhan KEPAK…erm..just nak tanye..peluangnya ada ke takde..bukan apa..kalau takde…n mmg konpem tak kan ada..xdala mengarap..sbb mmg kite tau..kite takkan dpt…sy jd PPT pada thn 2008…sy dimaklumkan bahawa punca tuntutan KEPAK kureng didengar adalah kerana ahlinya yang amat kurang…adakah keahlian menjadi faktor utama bagi pihak JPA melayan tuntutan KEPAK..bukankah JPA mempunyai rekod PPT yang sedang dlm perkhidmatan..?….dan tidak boleh kah tuntutan tu dilayan..atau diterima berdasarkan rekod tersebut. Kalau menjadi ahli kesatuan dan adakah baru akan melayan permohonan KEPAK.?..saya hanya ingin bertanya..kalau salah silap..mohon ampun…

  16. Askm

    Saya begitu kecewa apabila melihat carta baru Kementerian Pelajaran yang meletakkan DG41 sebagai Ketua Unit Perkhidmatan dan Kewangan di PPD setiap daerah. Walaupun post itu tidak diminta isi dengan segera, lambat laun akan diterima pakai sedikit masa lagi.

    Masalahnya pegawai DG41 tidak faham mengenai sistem pentadbiran dan akan buat tak faham dan akan menyerahkan kepada kita dan tentu selalu memaki kita. Lagi saya terpukul, Penolong Akauntan di PPD Daerah dinaikkan ke Gred 32. Sedih rasanya. Pegawai Eksekutif PPD yang berlambak kerjanya hanya tahap 27.

    Saya memohon semua Pegawai Eksekutif PPD seluruh Malaysia yang menjadi ahli KEPAK dapat menghubungi saya dan kita buat satu perjumpaan serta memanggil wakil KEPAK bagi membincangkan masalah kita. ALAMAT SAYA

    HJ ROS AZMI BIN SHAARI
    PEGAWAI EKSEKUTIF
    PEJABAT PELAJARAN DAERAH
    BATANG PADANG
    35000 TAPAH, PERAK
    TEL : 0142525383

    Saya juga berharap pihak KEPAK dapat mengambilkira supaya GRED PPT dapat dinaikkan kepada Gred 31, 36, 40 seperti yang diperjuangkan oleh presiden dalam ucapannya tempohari.

    bagi PPT yang sudah berkhidmat, teruskan kepada Gred 32. Semoga Perjuangan kita dapat didengar oleh pihak JPA.

    Saya juga bercadang semua PPT Menulis dalam akhbar mengenai permintaan kita dan bandingkan skim kita dengan skim lain. Begitu juga beban kerja yang kita tanggung. Kalau setakat bagi idea dalam forum sahaja tidak berkesan. Ini kerana forum dibaca oleh ahli sahaja.

    Semoga percubaan kita ini berjaya.

    Insyaallah bulan depan saya akan mula menulis pada akhbar, bermula dengan UTUSAN MALAYSIA.

    Selepas itu saya mohon semua PPT dapat meyokong kenyataan saya.

    Moga Allah bersama kita.

    Saya berharap

  17. Assalammualaikum saudara Zamri
    (Pej. Daerah Hulu Langat, BBBangi, rakan sekuliah);

    Semua mengharapkan penambahbaikan akan melibatkan semua warga PPT. Kita tunggulah kebijaksanaan JPA menangani permintaan kita. Yang pasti, penambahbaikan akan berlaku bulan Mac ini dan bulan April mungkin semua PPT akan maklum. Berdoalah yang terbaik, jangan putus-putuskan sampai bila-bila…

    Wassallam

    Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
    Naib Presiden/Pengerusi Skim

  18. assalamualaikum…nak tanye…sy nak jd ahli KEPAK..tp kalau boleh xnak buat potongan melalui angkasa..dan saya nak bayar lumpsum utk 3thn…boleh ke…

    insya’Allah..sama2la kite mendoakan agar kita akan mendapat keputusan yang terhadap skim kite…

    • Assalammualaikum;

      Ruangan ini adalah ruangan bicara mengenai skim. Walaubagaimana pun saya akan maklumkan kepada puan Setiausaha. Terima kasih.

      Wassalam

      Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
      Naib Presiden/Pengerusi Skim

      • Assalamulaikum tuan.

        Kalau boleh poskan kepada saya rangka / contoh proposal penambahbaikan skim dan jika khidmat saya diperlukan saya dengan ikhlas hati bersedia dan ingin menyumbangkan pendapat dan bersama-sama menyiapkan proposal yang baharu itu nanti. Untuk makluman pihak tuan, saya pernah bekerja dengan syarikat juruperunding (consultant) yang mengkhususkan kepada penulisan proposal dan saya juga sanggup (jika perlu) untuk membuat pembentangan(presentation) di hadapan panel JPA nanti.

        Saya tidak berhasrat untuk mengenakan sebarang kos kerana saya rela untuk melakukan ini kerana ingin melihat dan mengecapi penambahbaikan skim PPT sebagaimana yang telah dinikmati oleh lain-lain skim yang lebih bernasib baik. Kalau perlu saya akan siapkan dengan seberapa segera yang boleh kerana kebetulan di masa ini saya ada sedikit masa yang terluang dan ditambah lagi dengan rasa terkilan yang teramat sangat telah mendorong saya untuk menawarkan diri dengan penuh keikhlasan tanpa ada sebarang niat untuk menidakkan usaha yang telah dijalankan oleh pihak kesatuan.

        Kepada rakan-rakan lain juga diharapkan dapat menyokong usaha-usaha lanjut pihak kesatuan untuk kebaikan kita bersama, kerana jalan telah dirintis cuma kita memerlukan penambahbaikan jalan yang telah dirintis itu.

        Alamat saya.

        ARIS BIN ZAINUDDIN,
        Ibu Pejabat Polis Kontinjen,
        Jalan Sultan Iskandar,
        30000 IPOH,
        Perak Darul Ridzuan.

        Terima kasih.

        Diharapkan niat ikhlas saya ini akan mendapat perkenan daripada tuan dan juga tuan presiden serta AJK-AJK lain.

        Terima kasih.

  19. Assalammualaikum dan Salam Sejahtera;

    Sekiranya umur kita dipanjangkan, bulan Mac 2010 akan memberikan PPT (Persekutuan) berita yang dinanti-nantikan mengenai penambahbaikan Skim Perkhidmatan PPT.

    Pelbagai versi serta tekaan telah dan sedang kita dengar mengenai (penambahbaikan/ tawaran ke Gred 41 Pelbagai Jabatan). Yang terbabit (memiliki ijazah dan lulus KPSL Gred 41) tentulah meletakkan harapan yang begitu tinggi apabila diberi peluang begitu. Yang lain-lain hanya meletakkan harapan kepada Exercise Penambahbaikan Skim Perkhidmatan PPT.

    Mereka yang memiliki ijazah adalah mereka yang telah mengorbankan wang ringgit sekurang-kurangnya RM30,000.00 untuk segulong ijazah. Mengorbankan masa yang berharga bersama keluarga, mengorbankan pelbagai aktiviti sosial dan sebagainya, mengorbankan tenaga berulang alik dari rumah ke dewan kuliah dan berbagai-bagai cabaran yang telah dihadapi.

    Kepada yang telah lulus KPSL, juga meletakkan harapan yang tinggi juga untuk bersama-sama diberikan peluang untuk di naikkan ke Gred 41. Kesemuanya mengharapkan agar hasil usaha, serta susah payah mentelaah pelbagai subjek berkaitan KPSL. Kesemua yang dilakukan ini merupakan ‘nilai tambah’ dalam melaksanakan pembangunan kerjaya masing-masing.

    Oleh yang demikian bagi saya, peluang peluang yang diberikan oleh JPA ini merupakan suatu peluang yang sememangnya ditunggu tunggu.

    Bagi mereka yang tidak memiliki ‘nilai tambah’ sebagaimana diterangkan di atas, suatu “perubahan” perlu dilaksanakan segara pada setiap PPT. Paling tidak memastikan saudara saudari lulus dalam KPSL ataupun berjaya memperbaiki mata gaji melalui kelulusan cemerlang PTK. Keperluan ini juga memerlukan latihan/kursus mengenainya.

    Insallah jika diizinkan, KEPAK akan mengadakan “Bengkel/Ceramah Khusus Pendekatan Kepada Peperiksaan PTK dan KPSL” di seluruh Semenanjug.

    Diharapkan Bengkel/Ceramah yang akan diadakan mengikut Zon ini akan mendapat sambutan daripada semua PPT. Bengkel/Ceramah ini akan membantu saudara dan saudari bagaimana menghadapi PTK (Versi baru) dan peperiksaan KPSL. Aktiviti ini akan dimulakan di K. Terengganu (Zon Timur) – pertengahan Mac 2010 dan diikuti oleh lain-lain Zon Selatan, Tengah dan Utara.

    Adalah diharapkan agar Penambahbaikan Skim Perkhidmatan PPT ini akan melibatkan semua golongan Gred PPT dan bukan menaikkan hanya untuk kelumpuk tertentu sahaja. Sehubungan itu, Exco KEPAK kini sedang dibantu oleh ramai ahli serta sahabat yang perihatin dari kalangan PPT untuk sama-sama menghadapi pelbagai susulan yang sedang usahakan.

    Diharapkan juga saudara/saudari PPT semua dapat menunggu dengan sabar serta sentiasa mendoakan agar Penambahbaiakan Skim Perkhidmatan PPT akan memberikan kebaikan kepada kita semua.

    Wassalam

    Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
    Naib Presiden/Pengerusi KEPAK

  20. Salam Tn Haji Rozani,
    Berkenaan penambahbaikan PPT, saya ingin mendapat penjelasan dari pihak tuan.
    Saya adalah PPT agensi kerajaan (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Agensi di bawah Kementarian Sumber Manusia) lantikan melalui PTPK. Bagaimana status saya? adakah saya layak mendapat keistimewaan di bawah program penambahbaikan PPT iaitu PPT yang mempunyai ijazah akan dipanggil temuduga oleh JPA ke jawatan N41.

    • Assalamualaikum Saudari Amizah;

      Exercise baru-baru ini yang dilakukan oleh Bahagian Perkhidmatan JPA. Yang pasti ia melibatkan PPT Persekutuan Gunasama. Namun begitu, PPT Persekutuan Tertutup (Kem. Pertahanan) juga telah diterima permohonan mereka. Saya minta maaf kerana tidak pasti dengan PPT lantikan PTPK (Tarikh tutup permohonan 15 Feb. 2010).

      Saya juga merasakan bahawa Exercise penambahbaikan keseluruhan PPT hanya akan melibatkan PPT Persekutuan sahaja (Gunasama dan Tertutup). Kerana PPT terutamanya Badan Berkanun, Skim Perkhidmatan mereka menyediakan jawatan Pegawai Tadbir (N41 dan seterusnya). Sekiranya skim saudari merupakan lantikan Persekutuan, mungkin saudari juga terlibat. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat pastikan sebelum ini kerana Pekeliling berkenaan belum lagi dikeluarkan.

      Wassalam.

      Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
      Naib Presiden/Pengerusi Skim KEPAK

  21. tak kisahlah macamanapun – yang penting penambahbaikan PPT akan wujud dan betul2 ditambahbaik bukannya ditabahburuk.

    Selamat menyambut maulidurrasul

  22. salam, tuan Haji Rozaini,

    MAKLUMAT UNTUK TUJUAN PELAKSANAAN PENILAIAN KHAS KE ATAS PENOLONG PEGAWAI TABDIR YANG MEMILIKI IJAZAH SARJANA MUDA ATAU LULUS KPSL KE JAWATAN-JAWATAN GRED 41 DI BAWAH SPA

    Diharap supaya PPT yang berkelayakan terdiri dari bukan gunasama, contohnya Kementerian Pertahanan dan lain2nya turut diberi peluang untuk penilaian di atas.

    Mohon kerjasama Pengerusi Skim Biro/KEPAK di mana tuan haji juga bukan gunasama untuk memberi perhatian akan perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Tarikh tutup untuk mengemaskini maklumat dan borang2 pengesahan adalah 15 Feb 2010.

    Sekian, terima kasih.

    Wasallam.

    • Salam

      Iklan bagi tujuan tapisan JPA mengenai Gred N41 sebelum disyorkan kepada SPA adalah dikhususkan utk jawatan dalam gred gunasama sahaja.
      Harap maklum

    • Assalammualaikum dan salam sejahtera Sdri/Sdra nadikepak97;

      Exercise yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan JPA baru-baru ini telahpun ditutup tarikh permohonannya pada 15 Feb. 2010 baru-baru ini. Sebenarnya permohonan daripada Kem. Pertahanan telahpun dikemukakan pada 12 Feb. 2010 dan saya sendiri yang menghantarnya.

      Kami di Kementerian Pertahanan berdepan dengan masalah untuk mengetahui siapakah yang mempunyai ijazah di kalangan PPT kecuali maklumat diperolehi daripada rakan-rakan yang mengetahui. Sehubungan itu, BPSM telah mengedarkan borang permohonan kepada setiap PPT di Kem. Pertahanan (agak lewat – berada di BPSM).

      Saya telah mengumpulkan sebahagian daripada PPT yang terlibat dan mengemukakan sendiri kesemua borang tersebut kepada pihak JPA melalui tangan. Saya harap saudara/saudari nadikepak97 terlibat.

      Wassalam

      Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
      Naib Presiden/Pengerusi KEPAK

  23. Saya ingin bertanya kepada saudara semua, bolehkah jawatan PPT N27 (stor) di Kementerian Kesihatan memohon tukar ke skim PPT N27 Gunasama.

    kenapa masa surat perlatikan dikeluarkan oleh SPA ditulis PPT N27 sahaja. Tetapi apabila surat dari KKM ditulis PPT N27(stor).

    macam nak confirm yang jawatan ni close atau gunasama.

    harap Bantu ..

    • Assalammualaikum;

      Saya rasa saudara boleh rujukkan perkara ini ke Bhg. Perkhidmatan JPA kerana persoalan saudara hanya mereka sahaja yang boleh menjawabnya, JPA (KPPA) merupakan Ketua Perkhidmatan saudara.

      Wassalam

      Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
      Naib Presiden/Pengerusi Skim

  24. Salam,

    Betol kata Wan Mokhtar, kesatuan kena keluar kenyataan tentang kedudukan penambahbaik PPT, bukan semua x paham tapi seakan-akan merasa x pasti dan kurang yakin kerana telah biasa dengan cerita sedemikian takut tak menjadi dan terlalu mengharap.

    Maaf bukan nak menidak usaha kesatuan, tapi saya nak kongsi berita baru2 ni rakan saya yang baru dilantik PPT telah menghadiri kursus Induksi kalau tak silap akhir bulan 2009. Untuk makluman pihak JPA ada memaklumkan kepada peserta kursus bahawa semua PPT akan mendapat penambahbaik dalam skim yang baru dan bagi PPT yang ada ijazah akan diserap terus ke jawatan gred 41, 42 dan 44 pada tahun 2010 ni.

    Maknanya, jika JPA telahpun berani dan yakin memaklumkan perkara ini maka semua warga PPT hendaklah yakin dan bersabar, serta tingkatkan doa dan buatlah sembahyang hajat agar diperkenankan Allah SWT..

    Untuk semua ahli kuat dalam kesatuan dan saudara Naib. Pengerusi/ Biro Skim tahniah diucapkan kepada anda bahawa telah hampir sampai ke puncak kejayaan. Maju PPT ke alaf baru……Insyaallah…..

    • Assalammualaikum;

      Cakap-cakap mengenai Gred 41, 42 dan 44 dan sebagainya semuanya masih lagi kabur. Buat masa ini saya rasa kita tak perlu percaya dengan kata-kata yang tidak ada hitam putih tersebut.

      Sekiranya kita ambil pendirian tunggu dan lihat serta bersabar, insallah kita tidak akan kecewa. Maklumlah mungkin disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Jangan kita terlalu mengharap sangat sesuatu yang besar akan diterima, kalau tak dapat…frust kita. Harap yang munasabah sahaja cukuplah. Yang pasti penambahbaikan PPT akan dimaklumkan selewat-lewatnya April ini insallah. Berdoalah agar kita beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.

      Wassalam

      Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
      Naib Presiden/Pengerusi Skim

  25. Salam….cadangan saya mungkin skim PPT boleh mengikut dan mengguna pakai perinsip seperti skim Polis dan Skim setiausaha pejabat yang baru dikeluarkan baru-baru ni…
    Cadangan saya seperti di bawah:-

    1)Kelayakan masuk ke skim PPT adalah menggunakan kelayakan Diploma sahaja.
    Gred N27 (lantikan)

    2) untuk kenaikan pangkat secara KPSL ke skim PPT iaitu dari Gred N22 dan Gred N26 sahaja yang lulus peperiksaan khas/ PTK adalah di beri Gred N28

    3) PPT Gred N27/N28 layak dinaikan pangkat ke PPT gred N32 setelah lulus PTK dan berkhidmat 5 Tahun dalam N27/N28

    4) PPT N32 layak dinaikan pangkat ke Gred N36 setelah lulus PTK dan berkhidmat 3 tahun dalam N32

    5)PPT N36 layak dinaikan pangkat ke Gred N42 setelah lulus PTK/ peperiksaan Khas dan berkhidmat 3 Tahun dalam N36

    6) PPT N27/N32/N36 yang mempunyai kelayakan Ijazah layak memohon Gred N41 (lantikan)

    7) diwujudkan Gred-Gred sehingga N54

    8) untuk permulaan pekeling ini keutamaan kenaikan pangkat ke Gred N42 dari kalangan PPT N32 dan N36 yang telah berkhidmat dalam skim PPT tidak kurang dari 10 Tahun. Manakala PPT Gred N27 boleh memohon Gred N41 jika mempunyai kelayakan ijazah.

    Saya rasa cadangan ini adil kepada semua samada golongan KPSL, Diploma atau yang mempunyai kelayakan Ijazah.

    Sekian, terima kasih.

    • Assalammualaikum;

      Terima kasih di atas cadangan positif saudara dan saya amat menghargainya. Cadangan ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat Exco nanti.

      Untuk makluman saudara, Exco KEPAK serta beberapa ahli KEPAK sering duduk semeja dan membincangkan pelbagai perkara mengenai skim PPT dari masa ke semasa. Insallah jika kita bersekempatan berjumpa, saya akan maklumkan kepada saudara beberapa strategi KEPAK dalam menangani masalah skim kita ini. Tindakan akan diambil apabila masa tersebut mengizinkan. Walaubagaimana pun kita tunggulah dahulu penambahbaikan skim PPT yang dijanjikan oleh JPA nanti pada bulan Mac ini.

      KEPAK juga amat berterima kasih kepada Bahagian Perkhidmatan JPA kerana baru-baru ini telah melaksanakan satu exercise kepada PPT yang memiliki ijazah dan telah lulus KPSL untuk ditawarkan pelbagai jawatan Gred 41 gunasama. Sekiranya exercise ini berjaya maka gembiralah mereka yang terlibat dan untuk itu hanya kesyukuran sahaja dapat diucapkan. Ini bermakna penat lelah serta bertungkus lumusnya mereka belajar serta pelbagai pengorbanan yang diberikan akhirnya berhasil.

      Kepada yang tidak terlibat maka peluang kenaikan pangkat jawatan-jawatan N32 dan N36 yang dikosongkan akan diisi oleh sahabat-sahabat yang sedang menunggu. Bukankah langkah tersebut memberikan PPT peluang yang sepatutnya disyukuri.

      Bagi saya tahun 2010 (Harimau – Hari hari mau) ini merupakan nikmat berkat kesabaran keseluruhan warga PPT. Walaupun tak semua berpeluang menikmatinya namun kita perlu bersyukur bahawa rakan-rakan kita berjaya. Terima kasih lagi kepada JPA.

      Kita juga sedang menunggu penambahbaikan skim PPT. Saya rasa, penambahbaikan ini akan melibatkan keseluruhan PPT. Oleh itu, marilah kita bersabar menunggu pengumuman tersebut.

      Wassalam

      Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
      Naib Presiden/Pengerusi Skim KEPAK

  26. Asalammualaikum dan salam sejahtera;

    Terima kasih diatas cadangan serta pandangan saudara yang amat positif mengenai skim perkhidmatan PPT ‘semasa’ yang dibangkitkan. Huraian yang diberikan mempamerkan kertajaman saudara melihat pelbagai isu mengenai skim Perkhidmatan PPT dengan begitu sensitive. Sudah semestinya sikap yang sebeginilah yang perlu ada pada setiap PPT dahulu, kini dan selamanya. Saya juga amat menghormati perbincangan sebegini dan sepatutnya inlah yang perlu dicetuskan dalam polemik yang dikendalikan melalui blog ini. Sekiranya ramai PPT yang memberikan pandangan yang rasional sebegini maka imej PPT tidak akan diperlekehkan.

    Terlebih dahulu izin saya jelaskan mengenai tuntutan bertindih yang saudara maksudkan. Memorendum Penambahbaikan Skim Perkhidmatan PPT merupakan tuntutan yang telah dikemukakan oleh KEPAK berdasarkan kepada keutamaan dari pelbagai isu yang melibatkan perkhidmatan PPT. Tuntutan tuntutan tersebut mempunyai kerasionalannya yang tersendiri dan KEPAK mampu untuk menjelaskannya secara teperinci. Semenjak ianya dikemukakan kepada JPA, Exco KEPAK telahpun mengadakan perbincangan demi perbincangan bukan hanya bersama JPA tetapi juga dengan Ceupacs, Majlis Bersama Kebangsaan (Wakil SPA, Wakil JPA, Wakil/Exco Ceupacs). Sehubungan itu, KEPAK juga telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama JPA serta telah diminta mengemukakan penjelasan berupa huraian skop tugas PPT yang teperinci kepada agensi pusat tersebut. Hasil daripada tindakan yang telah dilaksanakan, saya percaya bahawa JPA telah memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan PPT tersebut. Isu pertindihan tuntutan yang dimaksudkan bukanlah sesuatu perkara yang perlu dipersoalkan kerana adat berbincang perlulah ada ‘give and take’ dengan kata lain pembetulan atas konsep ‘win win situation’ yang ‘relevant’ dengan subjek yang dibincangkan.

    Saya bersetuju dengan cadangan saudara mengenai ‘gaji permulaan’ lantikan PPT pemegang ijazah. Perkara ini melibatkan dasar dan KEPAK akan mengemukakan perkara ini kepada SPA. Walau bagaimana pun, SPA tentu mempunyai alasan yang tertentu mengapa perkara ini tidak boleh dilaksanakan. Kemungkinan Skim Perkhidmatan PPT menetapkan kelayakan Diploma ke bawah (KPSL, STPM dan Diploma) sedangkan gaji permulaan Skim P&P berbeza mengikut kelayakan masuk – KPSL, Ijazah Pertama, Sarjana dan Phd. Walau bagaimana pun, alasan saudara ada lojiknya kerana Pembantu Tadbir N17 pemegang Diploma berpeluang menikmati gaji permulaan yang lebih tinggi daripada lantikan berkelulusan SPM walaupun SPA hanya menetapkan SPM sebagai kelayakan masuk.

    Mengenai kadar pelbagai elaun yang dinikmati oleh PPT yang tidak munasabah, KEPAK telah pun bertindak sebelum ini dan telah pun mengemukakan permohonan tersebut kepada JPA dan penjelasan mengenainya telah pun dijelaskan melalui ruangan ‘forum’ blog ini, pihak berkenaan sedang menimbangkannya.

    Kadar gaji permulaan Gred N27 lebih rendah daripada Gred N22/N26. Saya berpendapat bahawa kelebihan ini turut dinekmati oleh PPT Gred N32/N36 jika dibandingkan dengan Gred 41. Kemungkinan apabila berada di Gred kenaikan pangkat tersebut ianya sebagai sesuatu kelebihan. Wallah wa’alam.

    Pembangunan kerjaya yang ‘double standard’ beberapa skim perkhidmatan di mana terdapat skim perkhidmatan tertentu yang disebut ‘Skim Bersepadu’ dan sebagainya sememangnya berlaku. Ia menampakkan kesinambungan diantara Kumpulan Sokongan dengan Kumpulan P&P bagi skim perkhidmatan tersebut. Contohnya Penolong Akauntan (Gred W27, W32 dan W36) memperoleh Ijazah Akauntansi/Finance serta telah diiktiraf menjadi ahli badan Akauntan yang berkaitan, mereka yang layak menghadiri temuduga apabila terdapat kekosongan dan tak semestinya mereka berjaya. Lain pula dengan jawatan Penolong Pendaftaran, mereka akan layak menjawat jawatan Pegawai Pendaftaran setelah lulus KPSL atau memiliki ijazah sahaja. Begitu juga dengan Skim Perkhidmatan Separa Perubatan juga mempunyai kesinambungannya yang tersendiri daripada Kumpulan Sokongan kepada Kumpulan P&P. Ini yang dikatakan double standard. Berbalik kepada PPT, lojiknya PPT sememangnya layak untuk di ‘Bersepadukan’ dengan Skim PTD, tetapi ianya dinafikan di mana Skim PTD diklasifikasikan sebagai Gred M – mereka mempunyai kelasnya yang tersendiri…

    Berdasarkan kepada huraian di atas, saya harapkan agar saudara mendapat penjelasan sewajarnya dan KEPAK akan cuba sedaya upaya mengambil beberapa tindakan susulan diatas cadangan yang saudara kemukakan. Disamping itu, saya juga berharap agar semua PPT di Negara ini bersabar dengan pemakluman dan keputusan yang saya anggap amat bersejarah mengenai Skim Perkhidmatan PPT yang akan dimaklumkan oleh JPA sedikit masa lagi dan saya merayu agar kita sama-sama berdoa kehadrat Allah swt bahawa sesuatu yang baik akan kita perolehi. Wasallam.

    Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
    Naib Presiden/Pengerusi Skim

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s