Pendaftaran Ahli KEPAK boleh dibuat dengan cara mengisi borang pendaftaran ahli dan hantarkan kepada alamat KEPAK (alamat dinyatakan di dalam borang), atau mendaftar secara online yang lebih mudah dan menjimatkan masa. Maklumat pendaftaran secara online akan terus masuk ke dalam server KEPAK. Segala maklumat ahli adalah dirahsiakan dan dijamin selamat.
Atau daftarkan terus secara online
Dapatkan Borang BPA 1/79-Pindaan 2005 secara online
Yuran Bulanan sebanyak RM5.00 dilakukan secara potongan gaji. Sila hantarkan borang BPA 1/79-Pindaan 2005, bersertakan salinan Kad Pengenalan dan salinan Slip Gaji ke alamat :
SETIAUSAHA KEHORMAT KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF SEMENANJUNG MALAYSIA (KEPAK) (EXECUTIVE OFFICERS UNION, FEDERATION OF MALAYA) JKR 3158 (4) JALAN LEMBAH LEDANG, OFF JALAN DUTA, 50408 KUALA LUMPUR (PETI SURAT 12195, 50770 KUALA LUMPUR)
TIPS UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN JABATAN/ PTK
1. Sediakan semua buku rujukan yang ditetapkan untuk peperiksaan samada pinjam atau dibeli sendiri.
2. Buat tag ringkas pada tajuk utama subjek dibuku.
3. Buat nota pintas (Shortcut notes) untuk bacaan/ ulangkaji dan yang dimudah bawa kemana saja – Terma dan tafsiran/ butiran yang paling ringkas untuk diingat sendiri.
4. Dahulukan atau utamakan baca/ ulangkaji subjek yang TIDAK TAHU atau TIDAK FAHAM atau TUGASAN YANG TIDAK PERNAH BUAT. Ulangi sehingga boleh ingat sebanyaknya.
5. Baca subjek yang mahir atau yang sudah tahu kemudian.
6. Jangan ulangkaji secara terus melebehi 1 jam, rehat, minum-minum n makan-makan. Sambung kemudian bila lapang.
7. Dapatkan nota pintas dari rakan-rakan.
8. Dapatkan bahan rujukan dari internet.
9. Dapatkan tips dari kawan-kawan.
10. Ulangkaji nota ringkas sahaja dihari peperiksaan.
11. Pastikan buku rujukan untuk peperiksaan dibawa dihari peperiksaan. Letakkan semua buku disatu beg yang khas untuk peperiksaan.
12. Rajinlah solat (Termasuk solat hajat) dan doakan bagi ingatan dan kejayaan.
13. Tawakal.
14. Jangan putus asa sekira belum dapat keputusan berjaya. Cuba lagi…. masa tidak menunggu kita.
15. Peringatan : Seandainya dilengah atau tidak ambil peperiksaan dan berlaku pula JPA melaksanakan sesuatu urusan naik pangkat dengan syarat tertentu yang melibatkan keputusan atau perubahan syllabus peperiksaan, maka RUGILAH anda kerana tidak perihatin untuk kemajuan kerjaya sendiri.
Akhir kata…. SELAMAT BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN DAN KERJAYA.
Boleh kontek saya – rozali@penang.gov.my
Ikhlas…. roz@li