Surat Pembaca Berita Harian: Mohon JPA kaji gred jawatan

2011/12/29

USAHA CUEPACS mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) wajar diberi pujian.

Namun, dalam keghairahan mengumumkan perkara dalam SBPA berjaya diselesaikan terutama penjawat awam gred 17 ke bawah, baru-baru ini, JPA dan CUEPACS didapati meninggalkan kumpulan yang bagi saya tidak kurang penting dalam memainkan peranannya iaitu skim yang lebih dikenali sebagai kumpulan B, seperti Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Belia dan Sukan serta yang setaraf dengannya, yang mana rata-ratanya memiliki diploma bagi kelayakan masuk ke jawatan itu.

Adalah sesuatu yang pelik dan sukar diterima akal apabila dalam SBPA, golongan penjawat awam seperti yang disebutkan diturunkan tarafnya ke tahap STPM iaitu diletakkan dalam kod 3 sedangkan gred J dinaikkan taraf ke peringkat diploma dengan kod 2.

Lebih menyedihkan, tindakan JPA menyamakan juruteknik yang sebelum ini gred 17 kini sama taraf dengan golongan pegawai yang memiliki diploma. Bukanlah niat saya untuk memperkecilkan jawatan juruteknik, tetapi kenapa STPM dan Diploma perlu diasingkan dan diberi gred berlainan sedangkan sudah azalinya STPM dan diploma adalah setaraf.

Rata-ratanya ramai tidak dapat menerima langsung apabila ada skim tertentu diberi layanan ‘istimewa’ dengan meletakkan kumpulan pegawai yang memiliki sijil politeknik sama taraf dengan pegawai yang memiliki STPM dan diploma.

Apakah rasionalnya tindakan ini? Saya menyeru supaya JPA, mengkaji dan meneliti semula tindakan meletakkan pegawai yang sebelum ini setaraf STPM atau diploma ke gred yang tidak sepatutnya malah sama pula dengan jawatan tertentu yang mempunyai sijil politeknik.

PENOLONG PEGAWAI TERPINGGIR,
Seremban, Negeri Sembilan.

This entry was posted in Berita Terkini. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s