EMPAT TERMA TAMBAH BAIK PERKHIDMATAN AWAM DIUMUM

KUALA LUMPUR 15 Jun – Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam hari ini mengumumkan empat terma rujukan bagi menambah baik kualiti perkhidmatan awam melalui penyampaian berkesan kepada rakyat.

Menurut kenyataan sekretariat suruhanjaya berkenaan, terma rujukan itu termasuk merasionalisasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan, serta memastikan transformasi kepimpinan perkhidmatan awam yang berupaya menyeimbangkan kepentingan politik dan pentadbiran.

Selain itu, ia juga untuk memperkasa modal insan perkhidmatan awam bagi menyampaikan perkhidmatan yang responsif kepada kehendak pelanggan.

Terma keempat adalah untuk mengutamakan kebajikan penjawat awam dengan memastikan perkhidmatan awam yang lebih fleksibel dan adil.

Suruhanjaya khas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi itu telah bermesyuarat dua kali iaitu pada 7 Jun dan Rabu lepas dengan kesemua enam anggota suruhanjaya menghadirinya.

Suruhanjaya itu turut mempelawa orang ramai mengemukakan cadangan dan pandangan ke arah penambahbaikan perkhidmatan awam negara melalui laman web http://docs.jpa.gov.my/skmtpa. – BERNAMA

Utusan Malaysia (15 Jun 2012)

This entry was posted in Berita Terkini. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s