RESOLUSI PERSIDANGAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GUNASAMA PERSEKUTUAN SEMALAYSIA 2015

RESOLUSI
PERSIDANGAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GUNASAMA PERSEKUTUAN SEMALAYSIA 2015

Bahawa Persidangan Penolong Pegawai Tadbir Gunasama Persekutuan SeMalaysia 2015 anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) yang telah diadakan pada 9 – 11 September 2015 di Hotel M-Suites, Johor Bahru, Johor dengan ini bersetuju membuat resolusi seperti ketetapan berikut:

1. Memohon supaya pihak JPA menerima dan melaksanakan sepenuhnya ‘Memorandum Cadangan Untuk Menambah Baik Dan Menaik Taraf Skim Perkhidmatan PPT Gunasama Persekutuan Ke Kumpulan Pengurusan & Profesional’, Gred 41/42, 44, 48, 52, 54 Yang Telah Dikemukakan Kepada JPA Pada Bulan Jun 2013, Bagi Membolehkan PPT Yang Mempunyai Kelayakan Ijazah Atau Lulus KPSL Ditukar Lantik Ke Kumpulan P & P;

2. Memohon JPA memanjangkan ‘Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir’ Gred N41, N44, N48, N52, N54 Di Badan-Badan Berkanun Persekutuan Dan Negeri Dan Pbt Ke Peringkat Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Dan Ditempatkan Di Semua Kementerian, Jabatan/Agensi Persekutuan Dan Negeri;

3. Mewujudkan Skim Perkhidmatan Bersepadu Penolong Pegawai Tadbir/Pegawai Tadbir Di Peringkat Perkhidmatan Gunasama Persekutuan, Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun Dan PBT;

4. Jawatan baru Gred N41/42, 44, 48, 52, 54 diwujudkan bagi melaksanakan semua tugas-tugas berbentuk operasi (operational), manakala jawatan PTD sedia ada menjalankan tugas-tugas merancang dan melaksana dasar-dasar sahaja supaya kedua-dua jawatan fokus kepada jawatan masing-masing;

5. Mewujudkan gred fleksi baru iaitu PPT Gred N36/N40, dimana semua PPT Gred N36 yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dinaikkan pangkat ke Gred N40, dengan mengekalkan semua PPT berkenaan di penempatan sedia ada tanpa perlu ditukarkan ke Kementerian, Jabatan dan Agensi lain;

6. Mewujudkan banyak jawatan kenaikan pangkat PPT Gred N32 dan N36/N40 di semua Kementerian, Jabatan/ Agensi Persekutuan dan Negeri;

7. Mewujudkan jawatan- jawatan PPT Gred N36/N40 tambahan di semua Pejabat Daerah dan Tanah ‘kosmopolitan’ di negeri Pahang, Selangor dan Perak iaitu di Unit Pendaftaran (3 jawatan), Unit Pelupusan Tanah (1 jawatan) dan Unit Intergiti (1 jawatan) secara ’trade-off’ dengan jawatan PTD Gred M41/44 sedia ada;

8. Mewujudkan beberapa elaun baharu untuk PPT yang ‘diwartakan’ sebagai Penolong Pentadbir Tanah dan Pesuruhjaya Sumpah, iaitu sebanyak 10% daripada gaji pokok masing-masing;

9. Mewujudkan elaun-elaun khas bagi PPT yang menjalankan tugas-tugas kewangan, aset/stor, pengurusan tanah dan pentadbiran /sumber manusia, iaitu sebanyak 10% daripada gaji pokok masing-masing;

10. Memohon pihak JPA mengadakan kursus-kursus khusus untuk PPT Gred N27, 32 dan 36/40 secara intensif dalam semua skop tugas operasi sebagai persediaan kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi;

11. Memohon pihak JPA mengadakan kursus-kursus khas untuk semua PPT berkaitan dengan dasar-dasar baharu Kerajaan supaya semua PPT mendapat penerangan/maklumat terus dari pembuat dasar dan seterusnya PPT dapat menyalur dan menerangkan sendiri kepada pihak pelanggan dan orang awam;

12. Memohon persidangan ini diadakan secara dwi tahunan (dua tahun sekali) dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan, JPA dan KEPAK; dan

13. Bahawa semua PPT Gunasama Persekutuan SeMalaysia 2015 dengan ini berjanji akan menjalankan tugas-tugas secara profesional, berhemah dan berintergiti ke arah keberkesanan sistem penyampaian Kerajaan.

Dengan ini, Persidangan Penolong Pegawai Tadbir Gunasama Persekutuan SeMalaysia 2015 memohon supaya semua resolusi yang tersebut di atas mendapat pertimbangan dan persetujuan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) selaras dengan tema persidangan “PPT Pemangkin Transformasi Negara”.

KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF (KEPAK)
[ EXECUTIVE OFFICERS UNION ]
ARAS BAWAH, KUARTERS KERAJAAN FASA 3
JALAN P9G, PRESINT 9
62250 PUTRAJAYA

Bertarikh: 28 September 2015

This entry was posted in Berita Terkini. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s