AMANAT PRESIDEN

 

DARI MEJA PRESIDEN

JPA-Pengarah%20BPO-Cadangan%20Penambahbaikan%20Skim%20PPT[1]

KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF
JKR 3800 JALAN JARRET
OFF JALAN COCHRANE Telefon : 012-6690414
P.O.BOX 12195 Faksmili : 03-88885036
50770 KUALA LUMPUR

[ NO. PENDAFTARAN : 244 (Akta Kesatuan Sekerja 1959) ]

Ruj. Kami : KPE.SM.09-11/02/P( 2 )

Tarikh : November 2009

Y. Bhg. Datuk Farida binti Mohd Ali
Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Blok C1, Kompleks C
62510 Putrajaya

Y. Bhg. Dato’,

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PPT) DARIPADA KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF (KEPAK)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan perjumpaan wakil KEPAK dengan Y. Bhg. Dato’ pada bulan 16 Julai 2009 lalu adalah berkaitan.

2. Terlebih dahulu pihak Kesatuan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang telah memberi perhatian sewajarnya terhadap memorandum yang telah dikemukakan oleh KEPAK pada bulan Februari 2008 lalu.

3. Di dalam perjumpaan dengan wakil KEPAK di pejabat Y. Bhg. Dato’ pada bulan Julai lalu, persetujuan telah dicapai bahawa tuntutan kami akan diselesaikan dengan secepat mungkin sebaik sahaja segala maklumat yang diperlukan seperti skop penghuraian tugas PPT dimuktamadkan oleh pihak JPA.

4. Untuk makluman Y. Bhg. Dato’, isu penambahbaikan skim perkhidmatan PPT ini telah dibangkitkan dan dibahaskan oleh ahli-ahli Kesatuan di dalam Mesyuarat Agung KEPAK ke 38 pada 17 Oktober 2009 lalu dan mereka mahukan agar isu-isu berkenaan dapat diberi pertimbangan dan kelulusan oleh pihak JPA dengan secepat mungkin. Ini berdasarkan skim perkhidmatan Penghulu yang dahulunya setaraf dengan skim PPT telahpun diluluskan pindaan skim yang baru berkuatkuasa mulai dari 2 Julai 2009 lalu.

5. Justeru, Jawatankuasa Kerja Exco KEPAK yang bermesyuarat pada 31 Oktober 2009 lalu telah memutuskan agar pihak Jabatan Perkhidmatan Awam menyelesaikan tuntutan KEPAK selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 Mei 2010 (iaitu sebelum sambutan Hari Pekerja). Tempoh tersebut difikirkan wajar memandangkan KEPAK akan menyambut perayaan Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhannya pada tahun 2010 nanti dan kelulusan ini dianggap sebagai hadiah sempena Jubli Emas KEPAK.

6. Jasa baik serta perhatian utama pihak Y. Bhg. Dato’ dalam mempertimbangkan dan meluluskan Penambahbaikan Skim PPT amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“ UNITED WE STAND ”

Saya yang menjalankan tugas,

(SAADON BIN HAJI ARIS)
Presiden
Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK)

s.k.

Y. Bhg. Tan Sri Ismail bin Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Tuan Haji Omar bin Osman

47 Responses to AMANAT PRESIDEN

  1. cikdelima says:

    PPT teraniaya di sana sini…

  2. cikdelima says:

    Bila membaca semua luahan daripada PPT di sini, saya tersedar bukan saya sahaja PPT yang drundung duka sepanjang menjadi PPT. Saya adalah PPT sebuah universiti awam. Tugas PPT di sini sangat rencam, tidak jelas dan pendek kata kami ini penyelesai tugas-tugas yang pegawai tidak mahu lakukan.
    Tugas saya adalah merangkumi tugas-tugas kewangan (membuat buku vot, daftar bil, pesanan rasmi, spesifikasi peralatan dan lain-lain) – tiada elaun kewangan diperolehi. Sealin daripada itu, tugas admin juga perlu saya laksanakan dengan tambahan tugasan akademik dan latihan jabatan. Sesekali terpaksa melaksanakan tugasan berkaitan dengan research dan audit MSQH, ISO dan sewaktu dengannya.
    Kenaikan pangkat amatlah susah di tempat saya, dengan keadaan PPT di tempat saya ini seringkali dianggap tidak wujud atau ‘invisible’ di jabatan dan organisasi. Anugerah cemerlang jauh sekali.
    Semua panggilan telefon official yang dibuat dan diminta dibuat segera oleh pihak atasan tidak boleh dituntut.
    Ketika ini, semua kakitangan bergred 27 ke bawah sedang sibuk dengan skim jumud dan KUP. Saya sendiri tertanya-tanya, apakah nasib PPT dalam hal ini?

  3. ARIS ZAINUDDIN says:

    Salam Tn. Presiden.

    Setelah menghalusi senarai mereka yang dipanggil untuk penilaian ke gred 41 saya lihat giliran tuan pada sesi 4 (hari khamis). Giliran saya sesi 1 (hari isnin). Ingat nak jumpa tuan secara bersemuka tetapi harinya pula yang berlainan Apa2 pun selamat mencuba tuan dan saya dan begitu jugalah lain-lain PPT tu. Harap 9hb Ogos ni perjumpaan PPT negeri Perak menjadi kenyataan. Saya baru dapat maklumat dari tn hj. Raof.

    Terima kasih.

  4. ROZALI 902 says:

    Janganlah kita jadi orang yang sangat kecewa… kerana apa yang kita nikmati kini jauh lebih baik daripada orang yang sangat susah…

    Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada… sedangkan orang lain tidak merasainya…

    Lupakah kita asal usul kita…. datang ke dunia ini tidak mempunyai apa2…

    Redalah dan bersyukurlah walaupun sedikit… lebih baik daripada tidak ada…

    Kadang2 kita minta… kita dapat
    Kadang2 kita minta… kita tidak dapat
    Kadang2 kita tidak minta… kita dapat

    • mohdzamrizakaria says:

      Alhamdulillah..pada tuan2 yg dpt 41…erm…tp sy tak tau apa yg dikatakan oleh tuan rozali tue….tuan..adakah tuan dapat juga 41?…erm..nampak mcm dah mula berubah je…sbb ayat Redalah dan bersyukurlah walaupun sedikit… lebih baik daripada tidak ada…

      Kadang2 kita minta… kita dapat
      Kadang2 kita minta… kita tidak dapat
      Kadang2 kita tidak minta… kita dapat
      ….ni betul2 downkan kami…patutnya yg diutamakan adalah skim ppt keseluruhan…naikkan gaji ke elaun ke..atau pun..dibawak masuk ke separa P&P…nie..tak..dok usahakan..nak ke 41…erm..semogalah tak jd..lepas tengkok sudah la..erm..xpela..kami faham nasib kami mcm mana…cume takat diploma..bukan xnak deg..cume duit..n komiten kami buat masa ini xdapat…apa2 pon..maybe ini lah punca ramai PPT tak nak jadi ahli KEPAK…semoga pimpinan baru KEPAK yang akan ambil alih insya’Allah..terdiri daripada satu yg betul2 pejuang..n patutnya tuan2 yg kpsl tue..patut lawan agar skimm ppt ini ada kesinambungannya…mcm skim2 lain..nie konpem kua2 ke skim lain..sbb ppt xda pegawai tadbir da….
      p/s : janji lepas tengkok dah la..-jgn jd mcm tu yek…apa2 pon tahniah la

  5. mohdzamrizakaria says:

    Assalamualaikum…saya ada terbaca dlm Berita terkini dalam site KEPAK ini….

    “BENGKEL SISTEM PENYAMPAIAN PPT ”
    SUKACITA DIMAKLUMKAN ‘KEPAK’ & JPA AKAN MENGANJURKAN SATU BENGKEL SISTEM PENYAMPAIAN ‘PPT’.

    saya ingin bertanya..sbb sy tak nak tau..sbb tak tahu…apa tujuan perjumpaan ini…erm..kalau ada berita baik..saya pon nak join gak..sbb tempat ini tak jauh dr ofis saya..dan adakah perjumpaan ini berkaitan dengan permohonan kita yang ditangguhkan dulu?

  6. mohdzamrizakaria says:

    erm…rasanya tak patut bawak sampai ke MP2 pembangkang tue..sbb…nt diorg buat keje utk diri diorg…nak herokan depa…xpe..nanti kita bincang dgn KPPA yang baru…mana tau..dia ada idea2 yg baru plak..so..mari kita sama dalam ummah penjawat awam kita…n kita jgn sekali kala membawa yg xbetul contoh bagitau kat pembangkang pasal benda2 ni..sbb ini masalah rumah tangga kita..n depa(Keadilan/PAS) xperlu masuk campur

  7. ARIS ZAINUDDIN says:

    Apa kata kepak salurkan permohonan ini kepada MP PAS/KEADILAN untuk dibahaskan di Parlimen. Siapa tahu kut-kut berkesan. Memang sudah fade up dengan situasi sekarang ini. Menyampah.

    • orelamo says:

      Sekadar memberi bantuan kecemasan kpd ahli-ahli yg dah mula terasa rimas .. marahkan nyamuk, kelambu jangan dibakar.
      Perkara politik kita ketepikan dulu. Sentimen politik semasa sekarang dipenuhi dgn sikap manusia yg mempunyai kepentingan .. dan ianya amat tidak sesuai untuk kita menambahkan beban PM.
      Sehingga itu berilah kepercayaan kpd PM Najib. YAB Dato Seri amat prihatin kpd Penjawat Awam.
      Berilah kepercayaan kpd bos baru KPPA. Insya Allah perjuangan PPT akan tercapai jua.

  8. mohdzamrizakaria says:

    Assalamualaikum…saya ada baca jawapan daripada pihak JPA…erm..sy kurang arif dan ingin bertanya..adakah kita memohon jawatan baru sehingga terpaksa ditangguhkan? sbb katanya cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan ini terpaksa ditangguhkan selaras dengan arahan pembekuan semua jawatan baharu mulai 26 mac 2010 oleh kerajaan…adakah kita mohon jawatan baru..setahunya penambahbaikan skim..mean upgrade gaji..elaun2..dan kenaikkan pangkat…27 jd 29…dan sebagainya…erm..peliknya….

    • kesatuanpk says:

      Salam,

      Pada pandangan saya JPA dah cuba cari pelbagai alasan untuk menolak kertas cadangan kEPAK dari dulu lagi ,cari punya cari jawapan yg difikir sesuai tu lah’ jawatan baru dibekukan”
      sebenarnya nak dapat jawapan yg konkrik pun sehingga otak pun dibekukan. Adakah lojik diterima akal yang jawatan baru dibekukan? mari kita buka laman web SPA hari-hari ada temuduga dijalankan? kalau beku mana ada temuduga? semoga rezeki kita didalam bentuk yg lain seperti sihat walafiat diri dan juga keluarga. wallahualam

  9. ARIS ZAINUDDIN says:

    Salam tn. presiden.

    Camna dgn srt yg tn hntar kpd dto di JPA mhon prhtikn cdgn kta tu? Ada ke jwpn? Takkn xda jwpn krna biasanya JPA psl jwb srt mmng cpt wlaupun jwpnnya xpernah mnpati soalan yg ditnya.

    Sgt boring nunggu hgakn knkwn yg lain pun dh xnk aktif lgi di ruangan ini. Hrp kepak tnya lgi & slinkn kpd PM, TPM, CEUPACS, SUHAKAM dsbnya mna yg prlu. Jgn rndahkn mrtbat kita wlaupun kta hnya kmpuln skongn ttpi kta ada maruah & tdklh bodoh sgt – stkt PTD pnya klykn akdmik tu sstngah dri kta pun ada yg lbih cma kta xmsuk meting d pringkt mmbuat kputsn je krna kmpln sokongn.

    Kta mnta bknnya apa sbb skim bleh dpt knpa kta plk ada bezanya. KepaK DIHRP dpt menghntr & brtnya tubi & cri jln jmpa PM direct sya psti PM buknlh org yg rigid & dia adlh PM yg amat prihtin kpd rkyatnya (kita pun rkyat jga).

    Harap maaf dan maklum.

  10. ARIS ZAINUDDIN says:

    Salam tuan Presiden.

    Cikgu dapat insentif macam-macam lagi tahun ini, skim kita masih tidak berubah dan harapan tinggal harapan. Saya fikir elok setiap dari kita (PPT) ni join parti pembangkang secara terang-terangan dan kalau dapat jadi AJK parti berkenaan lagi bagus kerana mungkin dengan cara itu sahaja kita akan dipandang oleh pihak yang berkenaan, lagipun mengikut pekeliling kumpulan sokongan boleh menjadi ahli dan memegang jawatan di dalam parti politik dengan syarat memohon dan mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan. Jika Ketua Jabatan tidak benarkan itu bermakna dia memihak dan itu tidak dibolehkan kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Professional.

    Saranan ini dikemukakan kerana sudah tidak tahan dengan skim kita yang masih ditakuk lama jga. Ada ijazah pun tidak berguna apa lagi sarjana, kata kita perlu ada nilai tambah tetapi jika ada ijazah atau sarjana pun masih duduk ditakok lama juga buat apa? Saya yakin ramai di kalangan PPT yang kecewa dengan fenomena yang berlaku akhir-akhir ini terutama mereka yang berijazah, dan saya yakin jika di Pilihanraya Umum ke-10 nanti skim kita masih macam ini juga jawabnya semakin ramailah yang akan beralih untuk mengundi dan menaikkan calon parti pembangkang.

    Sekadar memberikan peringatan dan ide.

    • kesatuanpk says:

      salam

      sebagai penjawat awam kita dipinta setia kepada kerajaan yg memerintah masa mengundi nanti …demokrasi

      maklum

  11. ROZALI 902 says:

    APA YANG DIHARAPKAN DENGAN PPT YANG RAMAI TAPI SECEBIS JE JADI AHLI KEPAK…
    MEMANG TAK DIHAIRANKAN…

    PI MAI PI MAI DOK TANG TU…
    KERANA KEBAKHILAN… SEMUA RUGI.

    LEBIH BANYAK MENUMPANG TUAH DARI YANG BERKORBAN DAN BERJUANG…

    WALAU APA PUN YANG DAH JADI AHLI… PERJUANGAN KITA TERUSKAN…

  12. ARIS ZAINUDDIN says:

    Tn. hjazmi72.

    Saya sependapat dengan tuan. Memang pun skim-skim yang dinyatakan itu senang2 je dapat penambahbaikan gred. Nak tahu sebabnya ke? Ini adalah andaian saya sahaja. Kerana mereka bertugas `direct’ dengan bos dan mana tahu yang kerja dengan bos yang paling berpengaruh tu pandai dan sedikit proaktif dia hanya buat syor lisan sahaja lepas tu diluluskan setelah diberikan sedikit panduan bagaimana nak dihitam putehkan nya sahaja.

    Contohnya PA, Penghulu, Pejabat Tanah, mereka tu semuanya bertugas di sumber kuasa. Begitu juga Polis dan tentera yang berkuasa di dalam tugas mereka sedangkan bomba, penguatkuasa, pertahanan awam dan yang lain2 tu berunifom juga tetapi tak dapat apa2pun kenaikan bertambah lagilah PPT kuasa apa yang ada? Dahlah tidak berkuasa apa2 nak masuk kesatuan KEPAK pun berkira sangat mana nak dilihat orang. Fikir-fikirkanlah.

  13. mhd66 says:

    Salam..

    Sekadar berkongsi pandangan/pemahaman:

    Kalau kita perhatikan betul-betul ada tercatat di bawah minit :

    Tindakan: Makluman.

    So…pada pemahaman saya yang kurang arif ni ianya memang hanya untuk makluman sahaja bukan bererti perlu diambil tindakan oleh sesiapa/bhgn apa. Ianya mungkin tak perlu beri perhatian sekadar menyatakan ok saya maklum perkara ini sebab itulah tidak heran jika perkara mengenai PPT nothing action . Itu makrifat saya…Maaf jika tersalah takrif.

    Terima kasih.

    • kesatuanpk says:

      Salam
      Memang betul takrifan Saudara tepat sekali, minit yang dipamerkan itu sekadar renongan sahaja buat PPT seantero dunia yang selama ini menyatakan KEPAK tak buat apa-apa? itu sahaja

  14. omarisa says:

    Alhamdulilah… sekurangnya sojook atie tengok Cabutan minit mesyuarat MBK m.s 48/49 tapi bila tarikh mesy. MBK tu? kita tunggu dan lihat atas usaha pihak kesatuan. Manusia boleh merancang, tuhan menentukan segala2nya yg terbaik utk kita.

    Ibarat mencari pasangan hidup, lalu diijabkabulkan. Maka mulalah hidup berumah tangga. Pada malam pertama, suami gumbira kerana sudah memiliki wanita idamannya… cuma tunggu hasilnya… mcm kita jugak tunggu hasilnya atas keputusan mesyuarat MBK????

    • kesatuanpk says:

      MESYUART TU TAHUN LEPAS, JANJI JE ? TAPI SAMPAI SEKARANG TAK MUNCUL PEKELILING TU

      • mhd66 says:

        Salam..

        Sekadar berkongsi pandangan/pemahaman:

        Kalau kita perhatikan betul-betul ada tercatat di bawah minit :

        Tindakan: Makluman.

        So…pada pemahaman saya yang kurang arif ni ianya memang hanya untuk makluman sahaja bukan bererti perlu diambil tindakan oleh sesiapa/bhgn apa. Ianya mungkin tak perlu beri perhatian sekadar menyatakan ok saya maklum perkara ini sebab itulah tidak heran jika perkara mengenai PPT nothing action . Itu makrifat saya…Maaf jika tersalah takrif. Terima kasih.

  15. ariszainuddin says:

    Tuan Presiden.

    Saya hendak mengesyokan lagi kepada tuan agar membincangkan bersama dengan AJK untuk diadakan Majlis Perjumpaan untuk semua PPT bagi menyambut 50 tahun PPT dan kalau buat di KL pun tidak mengapa kerana ianya berada di pusat kemudahan seperti pengangkutan awam dan sebagainya.

    Kalau boleh adakan di hari bekerja dan surat panggilan menggunakan kepala surat jabatan tertentu bagi mendapatkan kehadiran yang maksima. Tentang pengenaan bayaran untuk membiayai majlis bolehlah dibincangkan sesama AJK KEPAK dan yang berpatutan untuk dipungut daripada PPT yang hadir.

    Tetamu kehormat (VVIP) pada hari itu seboleh-bolehnya adalah PM / TPM dengan KPPA / TKPPA sebagai penaung majlis. Harap perkara ini dapat dijayakan pada bulan Mei 2010 ini nanti.

    Sekian, terima kasih.

    • muzafaradli says:

      salam kepada semua sahabat PPT,

      saya ada cerita untuk dikongsi. Terdapat ramai jugak dikalangan PPT bila ada majlis besar diperingkat jabatan . PPT dilantik sebagai L/O (Pegawai pengiring) sebagai contoh ambil VIP di airpot dll , sat tu pekena kopitiam dulu. kadangkala dalam keadaan tertentu kita kena bayar duit poket sendiri sebab nak jaga nama ketua dan jabatan kita. ni yang tak tahan ni. lagu mana kot , kalau kita minta ada sedikit elaun keraian untuk PPT. Rakan PPT setuju tak . Harap-harap boss kita(PTD) boleh fikirkan pekara ini. Kita bukan nak minta elaun keraian banyak macam depa. cukuplah sekadar RM200 atau RM 300.Kurang lagi pun tak pa.

  16. ariszainuddin says:

    saya sepandapat dengan tuan hjazmi72 mengenai skim PPT ni. kalau dulu apabila ada jamuan di PDRM PPT kedudukannya adalah bersama denan insp atau ketua inspektor tetapi sekarang ini hanya layak duduk bersama sarjan, SI sahaja.

    Bagitulah nasib kita. Diharap tuan presiden fikirkan cadangan saya agar kita buat perjumpaan seluruh PPT dan jemput PM atau TPM jadi tetamu VVIP dan siapkan kertas cadangan penambahbaikan skim PPT (extra) dan berikan kepada mereka 1 bulan sebelum dengan harapan pada hari perjumpaan itu tetamu VVIP kita itu akan umumkan keputusannya.

    Kita kena bijak mengeksploitasikan keadaan. Masa ini adalah masa mereka itu menabur jasa kerana JUARA RAKYAT lah katakan. Jika tidak masakan johan Qari dan Qariah pun dapat pencen seumur hidup RM2000 sebulan, inikan pula kita yang masih berkhidmat.

    Harap cadangan saya ini mendapat respon positif.

  17. hjazmi72 says:

    Assalamualaikum Mr President.

    Saya merupakan PPT di PDRM. Hasil tinjauan secara menyeluruh, skim N ini sangatlah merugikan, sebelum ini N17 atau dulu N9 sama taraf dengan Guru SPM sekolah rendah. Kini mereka telah dinaiktaraf menjadi kumpulan B. Begitu juga S/O Pejabat Tanah, dahulunya NT17 kini menjadi NT27, NT22 dinaiktaraf pula 31/32. Tidak ke pelik, dahulunya kita C.C kepada S/O ini tetapi mereka terus melonjak memotong kita pula. Apabila kita dinaikkan ke N27 (mengisi kekosongan), NT22 pula naikkan ke NT32 secara otomatis tanpa hadir temuduga atau kursus.

    Disini saya juga ingin membangkitkan mengenai Pembantu Tadbir Kesetiausahaan yang mempunyai diploma dinaikkan N27, sedangkan peperiksaan sah jawatan mereka ini agak mudah jika dibandingkan dengan PPT yang sama dengan PTD. Dahulu mereka ini berada di bawah kita dan kita juga sebagai PPP kepada mereka. Saya juga merasakan kita terlalu rugi bila dibandingkan dengan skim Polis. Dahulu kita setaraf dengan Inspektor dan Cif Inspektor, tetapi sekarang kita setaraf dengan sarjan, SM dan SI.

    Satu mekanisma harus diambil oleh pihak KEPAK untuk menambah baik skim ini serta juga harus berpadu suara dengan Skim PT (P/O) bagi menguatkan lagi permintaan kita.

    Cadangan saya

    bagi jawatan N17 dikekalkan
    N22 untuk KUP sahaja (Time Base)

    C.C dinaiktaraf kepada N27 (Gelaran Ketua Pembantu Tadbir)

    E.O. dinaiktaraf kepada 31/32 atau N41 (gunakan skim seperti PDRM untuk Inspektor sebagai rujukan) dan gelaran ditukar semula kepada Pegawai Eksekutif.

    Saya faham mungkin Kerajaan tidak dapat melayan tuntutan kita tahun ini sebab masalah ekonomi, setidak-tidak dipertimbangkan untuk masa-masa akan datang.

    Wallahu ‘Alam

    • ARIS ZAINUDDIN says:

      Saya menyokong penuh pendapat tuan hj. Azmi – Jika PDRM dan lain-lain skim boleh dapat penambahbaikan skim yang sangat bagus dan baik kenapa kita tidak boleh.

      Jika sekiranya penambahbaikan skim yang akan diumumkan nanti masih tidak banyak berubah dan merugikan kita, saya sanggup membantu jika diperlukan untuk kita mengemukakan penambahbaikan skim yang baru pula kerana kalau lain skim boleh kenapa pula skim PPT tidak boleh.

      • kesatuanpk says:

        Salam,

        Saya lihat banyak pandangan dan pertanyaan dari Sdr Aris Zainuddin dan rakan yang lain yang masih belum dijawab oleh pihak pengurusan KEPAK. Saya melihat perkara ini perlu di titiberatkan supaya dialog ini tidak menjadi “One way ticket” sahaja. Pihak pengurusan KEPAK perlu menjawab segala masaalah dan isu yang dibangkitkan oleh ahli dan sikap berdiam diri sepatutnya tidak ada.

      • omarisa says:

        Setuju bangat dengan syor kesatuanpk… agar pihak atasan KEPAK jawap permasaalahan yg di bangkitkan oleh Ahli.. sesuai dgn KEPAK akan menyambut Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhannya pada tahun ini. dan jangan lupa dh masuk bulan Mac ada berita terkini yg perlu di war-warkan isu penambahbaikan Pegawai PPT.. agar kekecewaan Ahli KEPAK terubat.Lantas kepada siapa masaalah dan isu harus kita tuju bagi mencari jalan penyelesaian yg konkrit atau “ibarat kita menanti buah yg tak gugur”.. harus kita jolok buah tu? kita panjat pokok? atau tebang dgn pokok sekali??????

      • omarisa says:

        Alhamdulilah… sekurangnya sojook atie tengok Cabutan minit mesyuarat MBK m.s 48/49 tapi bila tarikh mesy. MBK tu? kita tunggu dan lihat atas usaha pihak kesatuan. Manusia boleh merancang, tuhan menentukan segala2nya yg terbaik utk kita.

        Ibarat mencari pasangan hidup, lalu diijabkabulkan. Maka mulalah hidup berumah tangga. Pada malam pertama, suami gumbira kerana sudah memiliki wanita idamannya… cuma tunggu hasilnya… mcm kita jugak tunggu hasilnya atas keputusan mesyuarat MBK????

  18. ariszainuddin says:

    Kenapa kita tak sambut ulangtahun ke 50 kesatuan kita ni. Ayuh tetapkan tempat, masa dan tarikh yang sesuai kita raikan ulangtahun kesatuan kita. Hidup KEPAK dan maju PPT

  19. ariszainuddin says:

    Salam tuan presiden.

    Dicadangkan agar setiap respon dalam blog ini hanya 60 hari sahaja. Selepas tempoh tersebut ianya dipadamkan.

    Terima kasih tuan.

  20. ruhani says:

    Assalamualaikum………… tuan presiden bila nak ke kelate untuk promosi ahli kepak, saya pun nak jadi ahli tapi biarlah ada pertemuan pihak kepak dikelate dengan ppt disini agar ramai nanti menjadi ahli.

    sekian, terima kasih.

    • muzafaradli says:

      Assalamualaikum Tuan Presiden,

      Izinkan saya mencadangkan kepada tuan/Biro keahlian tentang bagaimana cara untuk memastikan semua PPT menjadi ahli Kesatuan. Saya fikir kita guna kaedah sebagaimana PPTD laksanakan. Jadikan keahlian secara otomatik sebaik sahaja seseorang itu dilantik kejawatan PPT.Pada hari lapordiri yang dibuat oleh JPA ,bagi terus borang Biro Angkasa & borang keahlian untuk ditandatangan oleh PPT baru.

      Buat sticker berlambangkan Logo Kesatuan, agihkan/ jualkan kepada ahli untuk ditampal pada kereta/motor sebagai tanda kecintaan , kesetiaan dan kebanggaan kita kepada Kesatuan.

      Percayalah dengan keahlian yang ramai , KEPAK akan mempunyai kekuatan untuk berjuang.

      Akhir kalam,

      Kesedihan PPT tak dapat disorok
      ramai ahlinya rasa kecewa
      Biar PPT terus tercorok
      Teruskan tugas dengan penuh wibawa

      Terima kasih.

      • ARIS ZAINUDDIN says:

        Syor saudara muzafarazli tu memang bernas sangat dan sepatutnya difikirkan dan diimplimentasikan segera untuk kebaikan keseluruhan PPT.

  21. Aris bin Zainuddin says:

    Tuan Presiden,

    Harap komen2 yang lama dibuang supaya tidak nampak berserabut.

    Terima kasih.

  22. Aris Zainuddin says:

    Tak payahlah minta peruntukkan kerana KEPAK pun bukannya banyak duit. Kita hulurlah sorang RM5 pada hari tersebut untuk menampung perbelanjaan lagipun yang kita nak buat tu kerja baik dan untuk kepentingan semua – sikit2 apa nak berkira sangat.

  23. Aris Zainuddin says:

    Tuan bila nak datang melawat dan buat promosi keahlian di Pejabat Kerajaan Persekutuan Anak Bukit Alor Setar Kedah?

    Kalau tuan nak datang saya boleh cuba usahakan kehadiran PPT2 kita di sana tetapi berilah masa yang lama sikit.

    Terima kasih.

  24. badin says:

    Salam Mohd Azren…
    Ini pendapat dn pandangan saya berdasarkan pengelaman lalu. PPT N27(stor) adalah jwtn tertutup KKM. Jika pihak KKM membuat permohonan Ke JPA untuk di tambah Gred N32 atau N36 mengikut kesesuaian bidang tugas berserta Carta Fungsi kemunkinan akan berjaya itu pun atas daya usaha BPSM Kementerian Kesihatan Malaysia. boleh jugak Ikut saluran melalui Persatuan Setor. Setahu saya dari N17(setor) dapat KUP N22(stor) pun ada. tk

  25. Mohd Azren says:

    salam,

    Saya berkhidmat dengan kementerian Kesihatan sebagai PPT N27 (Stor). Adakah jawatan ini close department atau gunasama.

    kenapa ianya tidak dinyatakan dalam surat tawaran atau adanya hitam putih tentang jawatan PPT yang close department.

    boleh ke saya bertukar ke jawatan gunasama. Saya rasa, masalah apabila close ni, kita susah untuk bertukar dan kenaikan pangkat.

    ada sesiapa boleh bantu.

    • ariszainuddin says:

      Memang benar setiap perlantikan penjawat awam mulai gred 17 dan seterusnya adalah lantikan oleh SPA, tetapi pihak yang memohon perjawatan tersebut berkuasa untuk menempatkan di mana-mana sahaja pegawainya dan mungkin ini adalah perkara yang berlaku kepada tuan lagipun mungkin tuan telah dipilih berdasarkan kepada pengalaman tuan yang lebih di dalam bidang stor.

  26. Fauzi says:

    hidup tok penghulu…………

  27. SAADON HAJI ARIS says:

    Salam kepada Sdr Haji Azrie dan Sdr Dzulkifly,

    Saya pasti dan yakin bahawa semua PPT sedang tertunggu-tunggu bilakah agaknya pekelilng mengenai penambahbaikan skim PPT akan dikeluarkan oleh pihak JPA. Pihak KEPAK telah berusaha sedaya upaya memohon dan mendesak pihak berkenaan agar mempercepatkan urusan tersebut sepertimana surat Kesatuan bertarikh 16 November 2009.

    2. Untuk makluman sdr dan semua PPT, pihak JPA telahpun menjawab surat KEPAK melalui surat bertarikh 21 Disember 2009 yang ditandatangani oleh Cik Raja Noor Zaedah binti Raja Ahmad, Timbalan Pengarah Kanan BPO yang menyatakan “cadangan penambahbaikan skim PPT adalah di peringkat akhir kajian oleh JPA. Dalam hal ini, kajian yang dilaksanakan telah mengambilkira relativiti dan pariti perkhidmatan dengan skim Pegawai Tadbir, penghuraian kerja skim PPT serta kemajuan kerjaya perkhidmatan PPT. Sehubungan itu, pihak Kesatuan akan dihubungi di atas keputusan mengenai cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan PPT kelak.”

    3. Sehubungan dengan itu, sama-samalah kita berdoa agar berita gembira yang kita nanti-nantikan selama ini mudah-mudahan akan menyusul dalam dalam waktu yang terdekat, InsyAllah. Bak kata pepatah ‘dalam telur lagikan ditunggu, inikan pula dah hampir nak menetas’. Sesugguhnya segala sesuatu yang berlaku itu mempunyai hikmah disebaliknya apatah lagi KEPAK akan menyambut Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhannya pada tahun ini.

    Sekian, wasallam.

    Presiden KEPAK

  28. Awaluddin Hj Nawawi says:

    Salam Tuan Presiden,

    Telah agak lama saya tidak melayari halaman ini,dan saya mengambil sikap pasif kerana ingin melihat terlebih dahulu perkembangan- perkembangan yang sihat selepas Mesyuarat Agung yang lesu tempoh hari.

    2. Melalui ruangan Forum semasa, berbagai pandangan dan komen telah diluahkan samada bersifat emosional,kecewa dan menyerah kepada takdir semata-mata akan untung nasib PPT masa lalu,kini dan akan datang. Timbul juga rasa sayu dengan pelbagai keluhan yang dihamburkan tapi tiada perkembangan yang positif buat masa kini. Sebagai seorang muslim Kita semua diajak supaya tiada putuskan doa kepada Allah s.n.w memohon agar perjuangan kita di restukan oleh yang maha esa..InshaAllah.

    3. Apa yang menyedihkan apakala melihat rakan-rakan daripada perkhidmatan lain selain daripada PPT menerima habuan sedangkan nasib perkhidmatan PPT terus kabur. Takpe lah..kita tinggalkan dahulu isu yang menjadi persoalan dan perbalahan yang panjang itu, kerana hanya masa sahaja yang akan menentukan nya.

    4. Disini saya sekali lagi ingin menyuarakan beberapa pandangan yang mungkin boleh direnung bersama dalam memperkasakan KEPAK supaya kedudukan kesatuan dihormati oleh semua pihak.

    a) Aturkan segera perhimpunan PPT se Malaysia dengan jemputan dipanjangkan kepada PPT di PBT dan lain-lain agensi Kerajaan yang ada jawatan PPT. (saya melihat ada kecenderungan sekarang dikalangan Kementerian yang menganjurkan persidangan PPT dikalangan PPT di kementerian masing-masing, walaupun usaha kementerian ini dipuji tetapi ianya tidak membuahkan apa-apa hasil yang berkesan dan mengubah apa jua nasib PPT masakini). Dalam konteks ini penglibatan pihak JPA dan CUEPAC amatlah diperlukan.

    b) Pihak kepimpinan KEPAK juga harus menjalankan kaji selidik dan mendapatkan maklumbalas kenapa dan mengapa PPT tidak semua menjadi ahli kesatuan. Dari situ kita dapat membina kekuatan kesatuan dan membangkitkan kesedaran betapa pentingnya kesepaduan saff dalam menghadapi apa jua cabaran yang terhidang dihadapan;

    c) Persoalan perbalahan personal serta salah paham dikalangan PPT wajar di ketepikan buat sementara waktu, dan fokus utama sekarang ialah bagaimana untuk meminta pihak kerajaan melayani sewajarnya tuntutan KEPAK yang terbiar begini lama.

    d) Kempen kesedaran berkesatuan yang lebih agresif perlu digerakkan disemua peringkat samada di peringkat pusat dan negeri untuk mendekati PPT secara berhemah agar membuka selera kepada semua PPT untuk bernaung dibawah satu payung ia itu KEPAK.

    e) Perbanyakkan program-program KEPAK seperti mengadakan penganjuran agenda latihan, forum-forum berkala di serata tempat sebagai landasan membina PPT yang berwibawa dan dihormati serta di segani.

    f) Mengadakan khemah-khemah kerja di peringkat zon-zon dengan objektif utama merapatkan silatulrahim sesama PPT. Selama ini dilihat PPT di peringkat negeri bergerak secara persendirian dan ini tidak memberi impak kepada perjuangan KEPAK secara total.

    Perkara yang saya cadangkan diatas hanyalah secebis pandangan dan boleh diperbaiki dimana yang perlu. saya terbuka dalam soal ini.

    Sekian, selamat berjuang..terima kasih.

  29. aris zainuddin says:

    Tuan Presiden.

    Boleh ke KEPAK tolong bantu saya yang telah dinafikan peluang untuk kenaikan ke Gred N32 baru-baru ini walaupun saya telah cukup syarat.

    Untuk makluman tuan, borang2 yang sepatutnya sampai ke tangan saya tidak berlaku dan kesannya saya kehilangan peluang pada kali ini dan untuk akan datang belum tahu bila lagi peluang tersebut akan dibuka.

    Mohon KEPAK majukan masalah yang saya hadapi ini kepada pihak JPA kerana saya yakin ini adalah juga antara tujuan dan objektif KEPAK ditubuhkan iaitu untuk membela kebajikan dan nasib ahli-ahlinya. Saya adalah ahli yang membayar yuran sejak 2005 yang lalu.

    Maklumat saya.

    lantikan terus mulai 23.7.2009
    ptk tahap III
    lain-lain ok.

    ic : 570831087317
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perlis.

    tel pej. 04-7000100

    harap mendapat maklum balas positif daripada pihak tuan dan KEPAK kerana saya amat kecewa dengan apa yang telah menimpa diri saya ini.

    sekian, terima kasih.

    aris bin zainuddin

  30. SAADON HAJI ARIS says:

    Sdr Mohamad,

    Saya amat bersimpati dengan tuan yang tidak berpeluang untuk naik pangkat ke Gred N36 walaupun telah 10 tahun berada di Gred N32. Saya berpendapat bahawa peluang kenaikan pangkat bagi PPT yang bertugas di bawah PBT tidak akan berlaku sekiranya perjawatan bagi Gred N36 tidak diwujudkan. Ini disebabkan skim perkhidmatan dan kenaikan pangkat kakitangan di bawah PBT adalah tertakluk kepada Akta/Undang-undang Tubuh mereka. Keadaan yang sama juga berlaku bagi mereka yang bertugas di Kementerian Pertahanan yang mana PPT mereka adalah tertakluk kepada MINDEF yang merupakan sebuah Jabatan Tertutup (Close Department). Mereka juga tidak berpeluang memohon kenaikan pangkat seperti PPT yang berkhidmat di bawah perkhidmatan Gunasama Persekutuan.

    2. Oleh itu, perkara ini perlu dibawa di dalam MBJ peringkat PBT atau oleh Kesatuan yang mewakili PBT kepada pihak CUEPACS untuk pertimbangan selanjutnya.

    Sekian, harap maklum.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s