PERUTUSAN PRESIDEN KEPAK

saadon.jpg

 

PERUTUSAN TAHUN BARU 2011

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua dapat kita sama-sama melangkah ke tahun baru 1432H/2011M dengan semangat dan iltizam yang baru. Apatah lagi KEPAK telah berpindah dan mula beroperasi di pejabat barunya di alamat JKR No. 3158(4), Lembah Ledang, Kuala Lumpur dengan ehsan dan sokongan oleh Y. Bhg. Dato’ Seri KPPA  sendiri.

Sesungguhnya tahun 2010 merupakan tahun yang amat bermakna dan bersejarah bagi PPT kerana KEPAK menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke 50 iaitu sambutan Jubli Emas KEPAK.  Walaupun KEPAK tidak mengadakan sambutan secara besar-besaran sempena Jubli Emasnya, namun satu Persidangan PPT SeMalaysia telahpun diadakan pada 28 – 30 November 2010 bertempat di Mutiara Beach Resort, Port Dickson. Persidangan tersebut telah berjaya mengumpulkan seramai hampir 300 orang PPT daripada seluruh Negara dan dirasmikan sendiri oleh Ketua Perkhidmatan yang amat kita kasihi iaitu Y. Bhg. Datuk Seri Abu Bakar bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Natijah daripada persidangan ini, suatu resolusi telah dikemukakan kepada pihak JPA melalui Y. Bhg. Datuk Ismail Alias, TKPPA semasa majlis penutup dilakukan. Marilah sama-sama kita berdoa agar permohonan kita untuk meningkatkan dan memertabatkan skim dan kedudukan PPT ke tahap yang sepatutnya akan beroleh kejayaan jua, InsyaAllah.

Selain daripada memperjuangkan skim dan insentif yang lebih baik untuk ahli-ahli KEPAK kita juga perlu terus untuk melakukan nilai tambah (value added) terhadap peranan dan sumbangan kita dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Perkara ini adalah penting bagi memastikan perkhidmatan awam kita setanding dengan Negara-negara maju. Perkhidmatan cemerlang bermula daripada modal insan yang gemilang dan dapat memberikan perkhidmatan melebihi kehendak atau ekspektasi pelanggan. Bagi mencapai maksud ini, pembelajaran secara berterusan serta mencetuskan idea-idea yang kreatif dan inovatif perlu dijadikan amalan dan budaya kerja kita.  Sebagai PPT kita hendaklah menonjolkan kebolehan dan kemahiran yang kita ada termasuk dalam aspek penggunaan teknologi maklumat bagi memastikan perkhidmatan PPT masih relaven dan dihormati serta disegani.

Untuk makluman, seramai 653 orang PPT yang mempunyai ijazah sarjana muda atau lulus ujian kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) telah menjalani program PPT Assessment Centre (PAC) Khas bagi PPT di INTAN Kampus Wilayah Tengah pada 2 – 6 Ogos 2010. Daripada jumlah tersebut, seramai 68 orang telah dipanggil temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi mengisi kekosongan jawatan di Gred 41 (Terbuka). Ini adalah merupakan suatu kejayaan yang diperolehi melalui perjuangan KEPAK yang mana selama ini ruang atau peluang kepada PPT yang memiliki ijazah/lulus KPSL untuk meningkat ke gred lebih tinggi langsung tidak diberi. Diharapkan tohman yang menyatakan KEPAK hanya memperjuangkan nasib mereka yang memiliki ijazah sahaja tidak akan timbul dan berbangkit lagi kerana kekosongan yang berlaku berikutan kejayaan PPT yang dilantik ke Gred 41 nanti sudah pasti akan mewujudkan peluang kenaikan pangkat kepada PPT lain yang berkebolehan dan berkelayakan.

Akhir kalam, walau apa pun cabaran dan rintangan yang melanda dan mendatang, KEPAK tetap akan terus melebarkan sayap perjuangannya demi kebajikan ahli-ahlinya bagi memertabatkan semula kedudukan PPT ke tahap yang lebih membanggakan dan dihormati. Apa yang penting ialah semua PPT wajib menyokong dan mendokong perjuangan Kesatuan dengan memastikan tiada seorangpun yang terkecuali daripada menjadi ahli KEPAK.

Sekian, terima kasih. Wasallam.

Salam hormat,

 

SAADON BIN HAJI ARIS, PMC

Presiden KEPAK

Tel     : 03 88856040 / 012 6690414

e-mel : saadon@spa.gov.my

One Response to PERUTUSAN PRESIDEN KEPAK

  1. salam tuan,

    Di dalam SBPA,PPT yang dilantik menggunakan diploma telah di down gred oleh JPA. gred yang diberi ialah N3-kod 3 ialah kelayakan masuk gunakan STPM. Down Gred kalu macam ini. Ada PPT yang ada ijazah tp JPA tak iktiraf dalam SBPA. Harap tuan dapat kemukakan bantahan ke cuepacs dan jpa.
    terima kasih atas jasa tuaan kepada PPT.
    salam hormat. Terima kasih
    PPT N32 (Ijazah USM-2009)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s