Mesyuarat EXCO KEPAK

Mesyuarat Exco KEPAK dirancangkan diadakan  dua bulan sekali yang membincangkan isu-isu berbangkit selain pembentangan laporan dari setiap Biro iaitu:-

i) Biro Skim

ii) Biro latihan

iii) Biro Keahlian

iv) Biro Seranta

Laporan Setiausaha dan Laporan dari Bendahari juga merupakan agenda dalam mesyuarat. Tahun 2010 sehingga akhir tahun 2010 sebanyak 5  dan tahun 2011 mesyuarat telah di adakan seperti tarikh berikut:-

i) 16 januari 2010

ii) 11 April 2010

iii) 20 Jun 2010

iv) 22 ogos 2010

v) 21 November 2010

vi) 8 Januari 2011

laporan dari Setiausaha

8 Responses to Mesyuarat EXCO KEPAK

  1. mohd sabri says:

    assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
    masa berlalu dan kita lihat pelbagai konotasi dan denotasi telah muncul di antara kita ahli KEPAK dan penjawat Penolong Pegawai Tadbir . Ramai yang mula membuka mulut dan bercakap berkaitan keputusan yang dicapai sehingga kini dan keputusan yang bakal diperolehi nanti.
    Semuga Skim PPT akan mendapat lonjakan hasil sentuhan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang mungkin akan diumumkan pada Disember 2012 ATAU adakah ianya diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2013.

  2. Rosmiza Ali says:

    Assmkm kesatuanpk, sy amat bersetuju dengan perkataan tak “beribu” dan “berbapa”. Oleh itu cadangkan dalam usul naik taraf jawatan PPT ke KPKA supaya adakan laluan untuk kita, mungkin atas dasar senioriti dan sebagainya supaya boleh mengadakan satu lonjakan ke jawatan yang lebih tinggi dikalangan kita PPT. Dengan itu akan membolehkan kita berdiri diatas kaki sendiri tanpa ada diskriminasi oleh jawatan lain seperti PTD. Untuk makluman, sekarang ini kita sedang dipijak oleh PTD. Kita bantu kerja mereka tetapi apa hasil yang kita dapat. Jawatan kita semakin hari semakin orang tak pandang (minyak lembu punya tapi sapi dapat nama). Zaman sekarang, rumah masing-masing jaga. Nama saja kakitangan awam iaitu (bekerjasama dalam melaksana dasar kerajaan) tapi dari segi perjuangan tidak begitu. Sebagai contoh guru, perubatan, polis, berapa kali sudah mereka menikmati kenaikan gaji, elaun dan sebagainya. Yang kuat semakin kuat manakala yang lemah semakin ditindas. Renung-renungkanlah…. Sekian, terima kasih.

  3. fizmah says:

    Salam,saya minta kerjasama kesatuan sekiranya dapat diadakan latihan utk membantu ahli yg berhadapan dgn pep. kpsl ke gred 41 utk tahu kaedah/ teknik menjawab soalan yg betul..Selain itu dapat kiranya mengetahui skima pemarkahan utk kpsl.T.K.Saya percaya ramai yg berminat jika diaturkan.

  4. fizmah says:

    salam .Saya hanya nak menyampaikan sedikit berita.Baru ini Ketua Pengarah Jab.Pengajian Politeknik(JPP) telah turun padang dan beberapa perkara telah dibangkitkan oleh golongan PPPT(skim DH). Apa yang nak saya sampai ialah pihak JPP sedang berusaha utk menaikkan gred golongan diploma kepada gred 40. Atas dasar tersebut saya berharap kesatuan terutama biro skim dapat berusaha sesuatu untuk membolehkan kita PPT dapat skim sehingga 40.Dapatlah mereka yang berada di gred 36 bergerak ke gred 40 dan jurang tidak jauh dengan mereka yang gred 41. Saya tau pihak KEPAK Sedang berusaha tapi jika kita tidak percepatkan maka kita akan ketinggalan. Kalau skim U dah ada 40 mengapa tidak kita. Kita gunakan lah kepakaran dari luar untuk bantu kita dalam soal kertas kerja. TOLONG LIHAT PERKARA INI SEBELUM KITA KETINGGALAN.T.K

  5. fizmah says:

    Salam,
    Saya mohon dapat kiranya minit mesyuarat yang diadakan disiarkan utk tatapan ahli supaya ahli dapat mengikuti apakah langkah-langkah dan tindakan serta rancangan yang akan dibuat oleh exco.

    Terima kasih.

    • kesatuanpk says:

      Wsalam, terima kasih di atas pandangan dan cadangan puan. Dukacita dimaklumkan bahawa minit mesyuarat KEPAK tidak boleh disiarkan untuk tatapan umum. W/bagaimana pun, keputusan-keputusan mesyuarat yang telah dipersetujui telah/akan disiarkan dari semasa ke semasa termasuk hasil-hasil perbincangan sama ada dalam persidangan, bengkel dan retreat. Sekian.

      Biro Seranta

    • hnawaluddin says:

      Salam,
      Sejak saya bersara memang saya tidak berkeinginan lagi untuk campur tangan dalam hal ehwal rumah tangga KEPAK tetapi terkadang kala terpanggil juga untuk menulis sesuatu. Pada hemat saya KEPAK telah jauh ketinggalan dalam arus perjuangan untuk memperkasakan perkhidmatan PPT umum nya. Perjuangan yang tidak di rancang dengan kemas telah menerima jawapannya. Saya tidak tahu sampai bila KEPAK harus bersabar kerana kesabarannya juga ada batasnya. kalau kesatuan lain sering sahaja menerima pembelaan dari kepimpinan negara (e.g perkhidmatan perguruan) tetapi nasib PPT hanya mengharapkan belas kasihan orang. Di mana kah silapnya? hanya kepimpinan KEPAK sahaja yang arif dengan jawapannya. Harap maaf.

      • kesatuanpk says:

        Terima kasih diatas teguran ikhlas tuan dalam web ini. Umum mengetahui bahawa PPT tidak seperti kebanyakan jawatan yang mempunyai ibu bapa kandung sendiri. Umpamanya Guru mereka mempunyai Ketua Pengarah Pelanjaran, Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan, mereka mempunyai Ketua Pengarah Kesihatan, Penolong Akauntan, mereka mempunyai Ketua Akauntan Negara dan sebagainya. Kesemua mereka mendapat sokongan kepimpinan atasan yang begitu kuat menyokong menaikan jawatan mereka. Menaikkan sokongan terhadap jawatan dibawah akan menaikkan lagi jawatan mereka di atas. Sebaliknya PPT tidak mempunyai ibu dan bapa HANYA mempunyai bapa atau ibu tiri sahaja. Situasi ini memaksa dan menuntut KEPAK berusaha lebih daripada mereka yang mempunyai ibu kandung dan bapa kandung. Bagi tujuan tersebut pelbagai usaha dan cara telah dan sedang dilaksanakan. Walau bagaimanapun kita tunggu perubahan skim yang akan diumumkan oleh YAB PM dalam masa terdekat ini.

        Wassalam.
        Tim. Presiden.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s