SEMINAR CUEPACS

Kuala Lumpur 19-21 januari 2009- Seminar Kepimpinan peringkat Kebangsaan telah berjaya dianjurkan oleh Cuepacs Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Dewan Megapuri Kuala Lumpur. Seminar ini telah dijayakan dengan kerjasama Dato Bandar serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Seminar ini telah diwakili oleh Naib-naib Presiden dan saorang ajk dari setiap Kesatuan gabongan dibawah CUEPACS.

Sebanyak 12 resolusi telah di pilih dan dipersetujui bersama untuk dibawa keperingkat Majlis Tertinggi CUEPACS.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Y Bhg Dato Bandar KL dan perasmian penutup oleh Ketua Pengarah DBKL. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Presiden CUEPACS dan beberapa pegawai tertinggi CUEPACS dari hari pertama hingga akhir.

SU KEPAK