BIRO LATIHAN

KURSUS

Bengkel Sistem penyampian Perkhidmatan anjuran bersama Kesatuan pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Perkhidmatan telah diadakan pada 17 – 19 Julai 2010 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Marang, Terengganu.

Seramai 54 peserta telah dapat menghadirkan diri dalam bengkel tersebut yang terdiri dari ahli di zon Timur iaitu dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Junjungan terima kasih tidak terhingga kepada pihak BTP Negeri Terengganu, AJK KEPAK Negeri Terengganu dan Penceramah di atas kerjasama di dalam menjayakan bengkel tersebut. Tidak juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang sudi menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel tersebut.

Umumnya bengkel tersebut yang diadakan adalah menepati dan memenuhi objektif kehadiran peserta. Daripada borang maklumbalas yang diterima daripada para peserta didapati amat positif dan perlu diteruskan dari masa kesemasa.

One Response to BIRO LATIHAN

  1. wfv8999 says:

    Bersama-sama ini disertakan kertas konsep Persidangan PPT seMalaysia.

    Pindaan mengenai skop kertas kerja telah diubah dimana JPA akan membentangkan keseluruhan Kertas Kerja yang telah dipilih KEPAK kerana apa yang dijelaskan adalah mengikut perspektif JPA.

    JPA merupakan pihak yang berautoriti dalam menyediakan dasar perkhidmatan semasa. Peserta akan berpeluang menyuarakan apa juga pandangan demi penambahbaikan skim perkhidmatan PPT.

    KERTAS KONSEP
    PERSIDANGAN PPT SEMALAYSIA ANJURAN KEPAK DENGAN KERJASAMA JPA
    BERTARIKH 28 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 DI TIARA BEACH RESORT,
    PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

    1. PENDAHULUAN

    1.1 Persidangan mempertemukan sebahagian besar Penolong Pegawai Tadbir (PPT) bersama pegawai-pegawai tinggi Jabatan Perkhidmatan Awam telah diilhamkan oleh Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam ketika satu Majlis Kunjungan Hormat KEPAK bersama Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2008.

    1.2 Sehubungan itu, cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Y.Bhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 4hb. Oktober 2010 yang lalu ketika Kunjungan Hormat Exco KEPAK ke atas beliau diadakan. Disamping itu beliau juga telah bersetuju untuk merasmikan Persidangan tersebut pada 29hb. November 2010.

    2. TUJUAN

    2.1 Persidangan ini memberikan peluang kepada para peserta mendengar sendiri amanat atau mesej yang akan disampaikan sendiri oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selaku Ketua Perkhidmatan bagi Penolong Pegawai Tadbir (PPT). Amalan ini selari dengan konsep ‘Turun Padang’ oleh pegawai tinggi perkhidmatan dalam mempraktikkan sistem penyampaian yang paling berkesan.

    2.2 Persidangan ini juga akan memberi peluang kepada pegawai-pegawai tinggi Jabatan Perkhidmatan Awam mendekati dengan lebih dekat sebahagian besar Penolong Pegawai Tadbir dari seluruh Negara.

    2.3 Melalui beberapa kertas kerja yang akan disediakan dan dibentang oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, peserta akan dapat menilai akan beberapa usaha yang telah, sedang dan telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Kerajaan terhadap Pelan Pembangunan kerjaya Penolong Pegawai Tadbir.

    2.3 KEPAK juga akan membentangkan dua Kertas Kerja dalam Persidangan ini, pertama mengenai Penolong Pegawai Tadbir Gunasama Persekutuan: Cabaran Dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan kedua Penambahbaikan dan Hala Tuju Skim Perkhidmatan.

    2.4 Persidangan ini juga akan memberikan peluang kepada Penolong Pegawai Tadbir untuk menjalin serta mengeratkan lagi tali silaturrahim dan kerjasama sesama Penolong Pegawai Tadbir.

    2.5 Persidangan ini membolehkan peserta melaksanakan keperluan latihan tahunan yang diperlukan sebanyak tiga hari sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007 yang telah menetapkan keperluan latihan sekurang-kurangnya tujuh hari dalam setahun.

    2.6 Dengan adanya Persidangan ini, sekurang-kurangnya KEPAK telah berjaya menganjurkan 6 hari, bilangan latihan sebagaimana telah ditetapkan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007 untuk sebahagian besar Penolong Pegawai Tadbir. Aktiviti sebegini telah membuktikan bagaimana Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK) memberikan kerjasama kepada setiap organisasi terlibat.

    3. OBJEKTIF

    3.1 Kemuncak atau fokus kepada Persidangan ini, KEPAK ingin memohon Jabatan Perkhidmatan Awam menjelaskan secara terperinci ‘Perancangan Mengenai Pelan Strategi Pengurusan Sumber Manusia Yang Melibatkan Penolong Pegawai Tadbir’ dan ‘Peranan Penolong Pegawai Tadbir Dalam Merealisasikan Program Transformasi Kerajaan (GTP)’.

    3.2 Perancangan Mengenai Pelan Strategi Pengurusan Sumber Manusia Yang Melibatkan Penolong Pegawai Tadbir.

    3.2.1 Modal insan adalah asset penting kepada setiap organisasi. Pemilihan individu yang sesuai bagi organisasi adalah kritikal kerana ia memberi kesan secara langsung kepada organisasi baik dari segi imej, prestasi dan nilai tambah yang dapat memberi manafaat kepada organisasi. Salah satu daripada cabaran pengurusan sumber manusia ialah bagaimana untuk merancang strategi yang konprehensif dan berkesan dalam memacu organisasi mencapai matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Perancangan yang berkesan akan dapat membantu organisasi memilih warga kerja baru yang menepati konsep “The Right Person At The Right Place” dengan memastikan:

    3.2.1.1 Memiliki pekerja yang sesuai berdasarkan “best practices”;

    3.2.1.2 memiliki skill dan kemahiran yang pelbagai;

    3.2.1.3 menampilkan sikap yang unggul dan bersesuaian;

    3.2.1.4 memiliki pekerja yang sesuai berdasarkan bidang tugas; dan

    3.2.1.5 dibangunkan dengan cara yang betul.

    3.2.2 “Get The Right Person At The Right Place” adalah ungkapan yang sering diperkatakan tentang usaha untuk merekrut pekerja baru. Walaupun Nampak mudah pada hakikatnya agak sukar untuk memiliki pekerja yang bersesuaian dengan kehendak organisasi. Namun dengan perancangan yang berkesan, pekerja tersebut mampu direkrut. Pemilihan pekerja yang sesuai tentunya member imej positif kepada organisasi di mata masyarakat.

    3.2.3 Menerusi Pelan Strategi Pengurusan Sumber Manusia, sebanyak lapan teras perancangan sumber manusia yang komprehensif telah digariskan:

    3.2.3.1 Strategi Perancangan Sumber Manusia;

    3.2.3.2 Strategi Pemilihan;

    3.2.3.3 Strategi Penempatan dan Pertukaran;

    3.2.3.4 Strategi Pengurusan Prestasi;

    3.2.3.5 Strategi Pembangunan Kerjaya, Pembangunan Kepemimpinan dan Perancangan Penggantian (Succession Plan);

    3.2.3.6 Strategi Latihan;

    3.2.3.7 Strategi Menyediakan Program Pengitirafan dan Penghargaan; dan

    3.2.3.8 Strategi Meningkatkan Motivasi, Moral dan ‘Espirit De Corps.

    3.3 Pengurusan sumber manusia bagi PPT sangat penting kerana sumber manusia adalah pelaburan bukan perbelanjaan. Mencapai sesuatu matlamat oleh individu tersebut adalah bonus kepada organisasi. Menerusi latihan yang berterusan akan dapat memberikan manafaat bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada organisasi agar PPT terus berkembang dan berdaya maju seiring dengan peredaran zaman.

    Rujukan: A Guide To Strategic Human Resource Planning.

    3.3 Peranan Penolong Pegawai Tadbir Dalam Merealisasikan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

    3.3.1 Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah diperkenlkan oleh Perdana Menteri. YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan dokongan dua objektif iaitu untuk mentransformasikan jentera Kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertangungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat serta memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu padu dan saksama dengan taraf kehidupan yang tinggi. Ini adalah sejajar dengan Misi Nasional kea rah mencapai Wawasan 2020 bagi merealsisasikan impian Malaysia menjadi Negara maju.

    3.3.2 Terdapat enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang telah dikenal pasti iaitu mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pendidikan, mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas Luar Bandar dan mempertingkatkan pengangkutan awam Bandar.

    3.3.3 Bagi mendepani cabaran-cabaran ini dan mencapai sasaran kerja yang ditetapkan seluruh warga PPT terus member kerjasama dan berusaha dengan lebih gigih serta menunjukkan komitmen, displin dan integriti yang tinggi. Amalan kerja secara berpasukan haruslah diterapkan lagi dalam semua aktiviti sama ada di peringkat Kementerian, Jabatan, Bahagian dan sebagainya kearah mencapai konsep 1Malaysia seperti ditekankan oleh YAB. Perdana Menteri.

    3.3.4 Perkhidmatan cemerlang dalam sistem penyampaian bertaraf dunia kepada stakeholder dan pelanggan harus diberi tumpuan sewajarnya agar selaras dengan konsep ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

    4. PESERTA

    4.1 KEPAK merancangkan seramai 300 hingga 350 Penolong Pegawai Tadbir akan menghadri Persidangan ini.

    4.2 Peserta terdiri daripada:

    4.2.1 Ahli-ahli KEPAK

    4.2.2 Penolong Pegawai Tadbir mewakili semua Negeri

    4.2.3 Penolong Pegawai Tadbir mewakili semua Kementerian/Jabatan

    4.2.4 Penolong Pegawai Tadbir dari Badan-Badan Berkanun dan Pihak
    Berkuasa Tempatan

    4.3 Jemputan kepada peserta dan penceramah jemputan akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Dengan cara ini semua peserta boleh membuat tuntutan perjalanan dan yuran yang dikenakan melalui PTJ masing-masing. Perkara yang sama juga diamalkan oleh pelbagai Persatuan yang telah mengadakan Persidangan yang sama, umpamanya Persatuan Penolong Akauntan yang baru sahaja mengadakan Persidangan Dwi Tahunan baru-baru ini di Hotel Kualiti, Kuala Lumpur. Begitu juga dengan Persidangan yang telah dilakukan oleh Persatuan Pegawai Tadbir & Diplomatik.

    5. PERBELANJAAN:

    5.1 Persidangan akan bermula pada 28hb. November 2010 hingga 30hb. November 2010. Setiap peserta akan dikenakan bayaran sebanyak RM350.00 seorang bagi menampung keperluan perbelanjaan yang akan terlibat seperti penginapan, sajian peserta dan pegawai pegawai jemputan, alatulis, elaun Penceramah dan sebagainya.

    5.2 Bayaran boleh dilakukan secara tunai atau Pesanan Am Kerajaan/LO sebelum atau semasa sesi Pendaftaran pada 28hb. November 2010 kepada Bendahari KEPAK seperti berikut:

    BENDAHARI
    KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF [ KEPAK ]
    [ EXECUTIVE OFFICERS UNION ]
    JKR 3800 JALAN JARRET
    OFF JALAN COCHRANE
    P.O.BOX 12195
    50770 KUALA LUMPUR

    6. LOKASI DAN PENDAFTARAN PESERTA:

    6.1 Lokasi Persidangan adalah seperti berikut:

    TIARA BEACH RESORT
    Teluk Kemang
    Port Dickson, Negeri Sembilan.

    6.2 Pendaftaran akan diadakan pada 28hb. November 2010 mulai jam 2:00 petang di ruang Lobi Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

    6.3 Aturcara Persidangan sebagaimana telah dicadangkan di Lampiran ‘A’.

    7. URUSETIA

    7.1 Penaung – En. Saadon bin Hj. Aris – Presiden KEPAK

    7.2 Penyelaras – Tuan Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
    Timbalan Presiden KEPAK

    7.3 Program – En. Masri bin Salleh Exco KEPAK

    7.4 Bendahari – YM. Cik Raja Chik binti Raja Puteh/
    En. Abdul Rahman bin Abdul Rahim

    7.5 Promosi – Cik Hazriza bt Md. Bamuchi Pengerusi Biro Seranta KEPAK

    7.6 Setiausaha – En. Wan Mokhtar bin Wan Long – Penolong Setiausa KEPAK

    7.7 Kertas Kerja – Tuan Haji Rosly bin Nordin – Pengerusi Biro Skim KEPAK

    7.8 Golf – En. Aminuddin bin Zainal Abidin Pengerusi Biro Latihan KEPAK

    7.9 Cenderahati – Pn. Hjh. Nor Baini bt. Mohammad – Pengerusi Biro Kebajikan
    dan Sosial KEPAK

    7.10 Penginapan/Sajian – En. Rosli bin Sulaiman Penolong Pengerusi Seranta KEPAK

    7.11 Sambutan – Cik Kamariah PICC

    8. PENUTUP

    8.1 KEPAK amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam terutamanya kepada YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kerana telah bersetuju untuk merasmikan Persidangan ini.

    8.2 Lebih mengembirakan Persidangan yang julung-julung kali diadakan ini bertepatan masanya dengan Sambutan Jubli Emas KEPAK ditubuhkan (1960).

    8.3 Semoga Persidangan ini akan dijadikan acara dua tahun sekali (Dwi Tahunan) agar perbincangan yang diadakan mampu mempertingkatkan prestasi seluruh warga Penolong Pegawai Tadbir di seluruh Negara.

    Disediakan oleh:

    Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
    Timbalan Presiden KEPAK

    Tarikh: 26hb. Oktober 2010

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s