PENDAFTARAN KEAHLIAN

Selamat Hormat.

Terima Kasih  kepada semua ahli KEPAK yang menggunakan ruangan Forum Semasa ini untuk memberikan pandangan yang bernas, mengusulkan isu-isu mengenai skim PPT dan lain-lain hal yang mengenai PPT.

UNITED WE STAND

Setiausaha KEPAK

169 Responses to PENDAFTARAN KEAHLIAN

  1. mohdzamrizakaria says:

    Assalamualaikum apa kabar semua saudara2 saya?sehat?semoga Allah merahmati sekalian keluarga. saya sebenarnya ingin melahirkan idea/cadangan saya mengenai penambahbaikan sistem penjawat awam ini. saya ingin mencadangkan sekiranya kerajaan ingin menaikkan gaji, ianya akan juga melibatkan kos kerajaan dalam menaikkan mereka yang menerima pencen juga, sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar dari dinaikkan gaji,adalah molek juga kalu dinaikkan elaun2 yang diterima skrg, seperti elaun tetap,perumahan dan cola,kalau masing2 naik dlm 300+300+300 atau 500+500+500?sbb kalau diikutkan seperti saya yang menyewa ini, sewa rumah pun dah 650. Saya hanya mencadangkan sahaja, mohon maaf sekiranya ianya merupakan yang tidak baik kerana cadangan saya ini adalah selaras dengan impiam YAB PM kita, untuk menjadikan Malaysia Negara Berpendapatan Tinggi menjelang 2020.Saya akan bersama-sama dengan Kerajaan untuk sama memartabatkan perkhidmatan awam kepada rakyat selaras konsep Rakyat didahulu, pencapaian diutamakan.Akhir sekali, PPT (skim penolong pegawai tadbir)ada apa2 berita baik ke

  2. mohd sabri says:

    Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera 1 Malaysia.

    Sekadar pandangan peribadi saya :

    1. Pelbagaikan saluran perlu dioptimumkan bagi menyerahkan kertas cadangan / memorandum / penambahbaikan skim / elaun untuk PPT. Tidak terhad dan tidak perlu hanya mengharapkan kepada Cuepacs. Ini adalah kerana Cuepacs tidak mempunyai kuasa rundingan.
    Kuasa Perundingan hanya menerusi Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) (Sdr. Tim Presiden KEPAK adalah AJK MBK Am/Sokongan 2010-2012). Saluran lain terserah kpd Presiden KEPAK dan AJK (mereka tahu yang terbaik untuk KEPAK).
    2. Cadangan- Cadangan tuan :

    Cadangan 1 : Cadangan tuan ini amat baik. Muga pihak KEPAK telah dan akan mengambil maklum/perhatian.

    Cadangan 2 : Pihak Cuepacs telah pun mengumpul lebih kurang rm5 juta dpd sumbangan penjawat awam (rm5.00 seorang) yg memberi sumbangan ketika semua Penjawat Awam menikmati kenaikan gaji pada tahun 2007. Sehingga kini bolehlah bertanya Cuepacs apa dia orang buat dgn wang berkenaan.

    Cuepacs juga telah diberi Grant sebanyak rm 1juta setahun mulai 2010 (telahpun diterima) boleh tanya dia orang Cuepacs, apa yang telah dibuat?

    Cadangan 3 & 4 : Cadangan yang menarik dan boleh disesuaikan dengan matlamat MEB (Model Ekonomi Baru).

    sekian, terima kasih.
    wassallam.

    mohd sabri

  3. mohd sabri says:

    Assalamualaikum. Saudara Rozali 902.,
    Individu yg prihatin kpd kemashalatan ramai adalah umpama lilin. Kekadang ianya membakar diri bg menjaga kepentingan ramai. Pun begitu bagi seorang yg bergelar pejuang yg ikhlas spt En. Rozali 902, ambillah barokah di dalam bulan puasa ini.

    Seorang pejuang yg tulen tidak pernah lentur semangatnya. Saya secara peribadi juga menghormati Sdr. Rozali 902. Tidak salah kita dan dikalangan kita untuk berbeza pandangan kerana matlamat akhir kita adalah untuk kemajuan kerjaya PPT.

    Selamat Har raya. Maaf zahir batin.

    Wassallam.
    mohd sabri

  4. pptn36 says:

    Assalamualaikum Saudara Rozali 902;

    Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat mengerjakan ibadah berpuasa dan saya berdoa agar saudara berada dalam situasi sehat serta sejahtera sentiasa.

    Disini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada saudara kerana komen saya terhadap saudara di dalam web ini telah menguriskan serta melukakan hati saudara.

    Mungkin saya terlalu emosional dalam memperkatakan sesuatu yang TIDAK kami (KEPAK) lakukan dan ianya perlu dipertahankan agar tiada pandangan negative terhadap organisasi tersebut. Saya ingin bertanya kepada saudara, adakah kami perlu berkompromi sekiranya tuduhan terhadap kami dibuat secara membuta tuli. Kadang kala kita perlu bertegas dan berterus terang terhadap sesuatu, walaupun ianya pahit serta tindakan tersebut merupakan suatu tindakan yang tidak popular.

    Saya sangat ‘bersetuju’ sekiranya saudara katakana bahawa kita perlu juga menerima keritikan, komen dan sebagainya kerana pandangan ahli sememangnya pelbagai. Sebagai manusia yang mempunyai kelemahan, semestinya tindakan saya tersebut perlu dielakkan.

    Untuk makluman saudara, kadang-kala ada perkara yang metodologinya perlu disesuaikan mengikut situasi semasa. Sebagai contoh, sebagai Kesatuan kita tidak boleh memohon sesuatu permintaan kepada agensi pusat dengan cara ini “Boleh atau tidak jika diizinkan pihak tuan meluluskan permohonan kami ini?”. Cara tersebut tidak akan berkesan. Cara yang sepatutnya ialah “Kesatuan menuntut agar permohonan ini diluluskan oleh pihak tuan”. Dalam perkara ini ketegasan terhadap sesuatu perkara atau isu perlu dilakukan walaupun ianya akan mengundang sesuatu yang tidak popular.

    Wassallam

    Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
    Tim. Presiden KEPAK
    d/a Bahagian Akaun MinDef

  5. mohd sabri says:

    waalaikumussalam.
    Saya menyokong penuh kertas kerja yg dibentangkan oleh tuan.

    Cuma saya ingin memberi sedikit pandangan, bhw bagi menghasilkan kertas kerja yg baik mungkin memerlukan beberapa proses spt sintesis, tesis dan anti tesis.

    Demikian, pohon selepas pembentangan tuan di mesy. khas KEPAK pada hari ini, kertas kerja ini diedar dlm website KEPAK utk tatapan ahli utk dibahas.

    Kata orang omputih, banyak kepala lebih baik dpd satu/dua kepala. Lebih-lebih lagi perkara yg dibincang ini menyentuh laluan kerjaya keseluruhan penjawat PPT.

    Saya doakan tuan beroleh sihat sejahtera dalam menjalani ibadah puasa 1431Hijrah ini serta mendapat keRahmatan Allah swt jua.

    mohd sabri

    • pptn36 says:

      Assalammualaikum saudara Mohd Sabri;

      Terima kasih kerana respon kepada catatan saya dalam web ini.

      Bila lagi kita boleh berjumpa? harapX di Persidangan KEPAK dalam bulan Oktober ini kita dapat bertemu.

      Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana tidak dapat menjelaskan maklumat mengenai ‘Kertas Kerja’ secara umum detailnya. Mungkin secara kerangkanya sahaja – Penambahbaikan Skim Perkhidmatan PPT serta Laluan Kerjaya Skim Perkhidmatan Gred N belum dibentangkan kepada MBK yang akan membawanya ke Mesyuarat MBK Pusat (Bersama JPA) pada Oktober 2010 ini. Perkara ini sememangnya stretegi yang diamalkan kerana apabila pihak luar sudah mengetahui maka kita tiada point untuk jelaskan kepada mereka. Saya rasa saudara faham.

      Yang pentingnya di sini ialah bagaimana kita perlu merangka keperluan yang fokus kepada penambahbaikan Skim Perkhidmatan Gred N dari peringkat bawah hingga ke peringkat yag tertingi.

      Perbandingan dengan skim ATM, PDRM, Guru serta lain-lain skim merupakan salah satu daripada bagaimana kita hendak melaksanakan transformasi tersebut agar kita jangan ketinggalan dalam arus perdana tersebut. Disamping itu ia perlu kelihatan logik dan munasabah. Kita perlu duduk sama rata dan berdiri sama tinggi dengan lain-lain skim di mana skim kita tidak hanya sentiasa terkebelakang. Untuk itu kita perlu menyediakan sesuatu apa yang dikatakan “Laluan Kerjaya” bagaimana dari N1 kita mempunyai laluan hingga ke JUSA. Perkara ini perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya. Bagi saya ini amat penting terutama untuk memastikan pembangunan kerjaya adekX kita akan terjamin melalui cadangan tersebut.

      Secara menyeluruh, tugas PPT merupakan jawatan “Multi Skill” . Perkara ini merupakan satu sumbangan yang tidak ternilai dalam memperkatakan serta membincangkan mengenai tugas, peranan dan tanggun jawab PPT yang boleh diketengahkan.

      Disamping itu, terdapat berbagai-bagai point yang telah disediakan dalam Kertas Kerja yang dimaksudkan. Kita tunggulah maklum balas daripada JPA apabila ianya dibentangkan di Mesyuarat MBK peringkat Pusat nanti insallah.

      Saudara Sabri;

      Dalam perkara ini sekurang-kurangnya KEPAK dapat menyumbang sesuatu untuk masa depan perkhidmatan awam kita terutama Skim Gred N amnya dan PPT khasnya.

      Walau bagaimana pun, saya amat mengal-alukan sumbangan dari mana-mana individu sekiranya dapat mengemukakan pointX power kepada saya melalui email saya hjrma@yahoo.com.

      Wassallam dan selamat mengerjakan ibadah puasa.

      Hj Rozaini bin Hj Mohd Adnan @ Adnan
      Timb. Presiden KEPAK
      Bahagian Akaun, MinDef

  6. ROZALI 902 says:

    Hornetfighter…. your words are appreciated…

    Kalau kita berkesatuan…. kita harus mengharungi dan meredah segala rintangan dan cabaran dengan cekal dan sabar dan keyakinan. Apatah lagi bagi mereka yang berjawatan tak kira samada yang paing atas atau yang paling bawah.

    Dalam berkesatuan pasti ada kritik dan pujiannya. Jadikanlah kritik sebagai satu cabaran untuk kejayaan dan pujian sebagai penyeri sumbangan.

    Tengok sajalah mana2 persatuan pasti ada pahit manisnya. Yang paling utama amanah dan tanggungjawab kepada SEMUA AHLI. Memang bukan mudah menjadi pemegang amanah dan tanggungjawab… tapi itu merupakan satu penghormatan tinggi ahli kepadanya.

    Jangan takut meredah duri2 cabaran demi mencapai kegemilangan KEPAK. Yang perlu digembelingkan adalah daya usaha… semangat… kesabaran… keyakinan… Pengorbanan masa dan kudrat jangan diwar2kan…. semua sedia maklum dan menghargainya.

    Dalam menceritakan pengorbanan PPT mengambil ijazah… semua orang tahu… masa… wang… kehidupan… dan keluarga. Itu sememang lumrahnya… Takan segalanya nak dapat percuma… jangan sesekali mengangkat diri seolah2 hebat… bijak… intelektual… dan elit. Tetapi adakala menunjukkan kelemahan dan kedangkalan diri sendiri bila berkata2. Kehebatan seseorang adalah pada peribadinya… !

    Adakah semua lalauan hidup PPT akan sama… jadi janganlah dipertikakan kekurangan dan kerendahan kedudukan orang lain. Nasib seseorang takan sama… ingat adakalanya kita dikatakan hebat dalam kerjaya tetapi gagal dalam kehidupan… apakah itu yang buat kita mendabik dada… setakat berjaya dalam akademik dan kerjaya !

    Setiap penulisan kita akan mencerminkan sikap dan identiti kita… baik atau buruknya. Lebih teruk jika seseorang itu yang berpura2.

    Sudi2kanlah PPT amati semua nukilan2 dalam web KEPAK…. renungkanlah apa yang dipaparkan… nilaikan apa yang disuarakan… samada realiti atau fantasi…. kebenaran atau kepalsuan… paling menghampakan jika bersifat hipokrit.

    Saya selaku mencoret suarasa di web ini sedia terima kritikan mahu pun pandangan demi kejayaan KEPAK tetapi yang saya utamakan SEMUA AHLI KEPAK mendapat manfaatnya. Menjadi hak saya sebagai PPT… ahli KEPAK untuk mencoret dan menyuarakan apa saja. Kepada KEPAK saya hargai keterbukaannya bagi segala nukilan dipaparkan diwadah ini.

    Walaupun saya kritis namun saya tetap bersama2 dalam perjuangan KEPAK selagi saya adalah PPT.

  7. ROZALI 902 says:

    Assalamulaikum.

    Terima kepada AJK KEPAK atas usaha mohon kenaikan elaun hotel tapi bukanlah kesatuan lain tak memohonnya juga. Tak ada keistimewaan atau peningkatan skim kepada PPT pun. JPA bagi untuk semua !!

    Jadi semua yang pergi menghadiri assessment PPT di INTENGAH baru-baru ini di antara orang yang terdahulu yang mendapat faedah daripada kenaikan tersebut yang dirasai oleh semua penjawat awam yang lain juga… takpa… bukan dapat selalu.

    Saudara Aris tengoklah sendiri coretan anda tu selama ini… lintang pukang… betul apa yang dikatakan. Saya ada hak untuk respon di dalam web ini bukan semata-mata nak bantai sahaja tetapi ingat mengingati AJK KEPAK peranan dan tanggungjawab kepada semua ahli… kesamarataan.

    Saudara tu apa kurangnya pun sama… cakap tak serupa bikin… dok bantai orang lain juga. Kalau dah jadi EO… silap sebenarnya PPT buatlah macam gaya PPT dahlah tu punyai Ijazah. Blog ke atau apa ke gunalah bahasa dengan betul. Jaga standard PPT… orang lain baca juga jangan dimalukan ye.

    Amboi sedapnya bunyi ayat saudara…. “Saya memberikan maklum balas ini pun kerana terpanggil untuk mengimarahkan web KEPAK ini kerana terlalu sedikit PPT yang nak respon dan berinteraksi dan tidak seronok pula rasanya dibiarkan web ini sepi tanpa sebarang respon.” Saudara Aris ni pandai buat lawak… lawak tak kena gaya. Kalau nak mengimarah… kita ke masjid atau surau lebih2 lagi dibulan puasa ni.

    Kepada PPT yang lain jangan rasa segan untuk menyemarakkan dan panaskan lagi laman web KEPAK kita ni dengan memberikan komen-komen yang konstruktif. AJK KEPAK patut terima samada pujian atau kritikan ahlinya. Kalau ruangan ini hanyalah ruangan untuk santai2 sahaja lebih baik baca komik atau majalah atau novel je.

    Saudara Aris nampak banyak merapu entah apa2 je “Kalau nak tulis dengan memberikan pendahuluan, abstrak, difinisi, ikut format APA dan sebagainya, menggunakan fon-fon tertentu dan segalanya yang ilmiah, di sini bukanlah tempatnya. Kepada yang tidak faham tu tidak mengapalah dan dinasihatkan tidak perlulah membacanya kerana mungkin bahasa anda berbeza dengan bahasa yang saya tulis ini – maklumlah bahasa lintang pukang, tetapi sekurang-kurangnya saya telah memberikan respon di dalam web ini kerana pada pendapat saya web ini kelihatan sangat suram dan malap kebelakangan ini.” Apa benda le ni !!

    Bukankah kami… saya, hornetfighter, mohdzamrizakaria ada merancakkan lagi blog ini… kalau ikutkan saudara Aris memang hambar. Takan tak boleh kami terjah sikit kot. Apa yang patut dan betul kami sampaikan… walaupun pedih tapi itulah kenyataannya. Kami bukan yang suka membodek atau hipokret.

    Kami pun bukanlah suka bagi idea2 yang pelik dan lawak macam Aris Zainudin… tak masuk akal pun.

    Kalau Aris Zainudin pembela PPT Ijazah… biar kami jadi pembela PPT bukan Ijazah… Nama kami nak mengalah maaf le ye. Kita jumpa di trek !! Lawak je tu.

    Sekian, Terima Kasih.

    • hornetfighter says:

      Salam Perpaduan Warga PPT

      Apa yang dikatakan oleh kami adalah Benar! Sememang saya, ROZALI 902 dan mohdzamrizakaria berkata banyak benarnya dan cuba membantu dan memberi kerjasama untuk pembangunan PPT. To all PPT yang ada degree baca dan renungkan lah. And all Diploma holder and KPSL gets promotion are superp!. Sebenarnya kita perlu Bersatu. Bagi yg dah nak naik 41 tu …tahniah diatas usaha yang anda lakukan selama ini. Tak terniat langsung nak iri hati. Cuma apabila mengenangkan bukan semua yang ada degree.

      Pada pendapat saya, sebenarnya JPA tu nak tgk sejauh mana perjuangan KEPAK nie. Cuba fikir, JPA bagi PPT yg berijazah untuk naik 41 dengan cara Assement. Tapi sebenarnya dia nak kita tolak. Nak tahu sebab apa? Sebabnya adalah matlamat asal kita untuk memperjuangkan bagi Seluruh PPT tak kira dari KPSL or Diploma holders. Tetapi PPT degree holder grab and biarkan kawan-kawannya. So bila jadi begini nampak sekali kita nie tak BERSATU! Saya rasa buang je la slogan takder makner tu. Kenang dan fikirkan lah PRESIDEN. Jangan sebab nak dapat markah SKT tinggi pegang nama Presiden. Hahaha kelakar..kelakar.Kalaulah hari tu pakat seluruh PPT reject! confirm mereka akan dengar ckp kita.

      To kesatuanpk , ARIS ZAINUDDIN and others, to be 41 means to be profesional. But seems to be you are not going anywhere with your mindset.

      To all warga PPT mari kita jadikan tempat ini sebagai satu tempat perbincangan. Bukankah itu sebenarnya matlamat KSN? Zero paper? Mesyuarat pun boleh menggunakan email sahaja. Caranya reply to all. So fikir dan renungkan. Sila war-warkan kepada kawan ppt lain. WAJIBKAN PEMBAYARAN AHLI dan VOTE for president! And lets fight for our own right! Increase our Elaun and Wages!

    • pptn36 says:

      Assalammualaikum Saudara Razali;

      Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara kerana sering menjadi penyeri dalam web kita ini. Pandangan kritis saudara nampaknya mempunyai ‘kelok’ yang berbagai bentuk…. maksudnya arahnya mengikut perkembangan semasa.

      Saya bayangkan sekiranya sumbangan saudara di web ini tiada lagi… sudah tentu web kita ini akan nampak hambar tanpa pendapat yang membolehkan orang terfikirX disamping tanpa serinya.

      Apa kata jika saudara dapat melatih “Pelapis” (PPT muda) agar mereka dapat diajak masuk gelanggang yang memberikan pelbagai informasi serta pendapat berkaitan PPT. Dari pemerhatian saya, tidak ramai PPT muda yang berminat untuk mengambil bahagian dalam menengenengahkan pendapat. Ini merupakan satu kerugian kepada kita semua kerana merekalah pewaris generasi PPT.

      Semuga cabaran ini mendapat respon kepada PPT muda.

      Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan
      Timb. Presiden KEPAK

    • pptn36 says:

      Assalammualaikum saudara Razali;

      Untuk respon kepada kenyataan saudara

      “Terima kepada AJK KEPAK atas usaha mohon kenaikan elaun hotel tapi bukanlah kesatuan lain tak memohonnya juga. Tak ada keistimewaan atau peningkatan skim kepada PPT pun. JPA bagi untuk semua !!”

      Saya tak nampak langsung rasa kesyukuran di hati kecil saudara akan nikmat kenaikan yang telah diberi terutama di bulan yang mulia ini. Kenyataan saudara sangat sinis terutama dengan tanda seruan di hujungnya.

      Saudara Razali yang saya kasihi;

      Kita sama-sama berada di penghujung perkhidmatan (saya mempunyai 2 tahun dua bulan lagi). Saya masih ingat sewaktu saya menjadi Pelayan Makmal di tahun 1972 dan gaji saya ketika itu RM120.00 tanpa ada apa-apa tambahan elaun. Yang ada cuma potongan RM4.00 untuk bayaran KWSP ketika itu. Jumlah yang saya perolehi ketika itu ialah RM116.00. Situasi tersebut kini telah berubah. Kini apabila saya terima pay slip saya lihat berbagai bagai elaun dicatatkan di dalamnya. Gaji pokok RM4,929 (P2 – hujung – langgar dinding serta RM700.00 pelbagai elaun) menjadikan gaji saya RM5,629.00. “Tangan” siapakah yang menjadikan dalam pay slip kita berbagai-bagai elaun sekarang ini? Ada Elaun Khidmat Awam, COLA, Elaun Perumahan dan berbagai-bagai elaun lain mengikut kategori.

      Sekiranya “tiada” Kesatuan Sekerja yang dari masa ke semasa menyediakan kertas kerja, berbincang, bermesyuarat – menuntut “penambahbaikan” diberikan kepada pegawai-pegawai Kerajaan, apakah kita semua akan menikmati pelbagai kemudahan tersebut? Sehinggakan sesiapa juga diantara kita sekarang ini boleh tinggal di Hospital hatta sehingga mati pun di dalam Hospital Kerajaan secara PERCUMA ! (saya pinjam kata-kata Presiden Cuepacs)

      Apakah saudara fikirkan bahawa JPA hanya akan menaikkan elaun Hotel hanya untuk PPT, baru saudara akan lafaskan rasa terima kasih kepada KEPAK? Sepatutnya kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana kenaikan tersebut melibatkan kita. Tidak kiralah pihak mana yang mengemukakan tuntutan. JPA perlu meluluskan elaun tersebut sekiranya ia melibatkan semua kategori yang sewaktu dengannya. Tak kira tangan mana yang menyumbang idea tersebut, mereka yang dibelakang tabir tersebut mendapat ganjaran daripada Allah swt. Ingatlah saudara, bukan kah itu satu tindakan yang mulia?

      Di hari yang baik dan di bulan yang mulia ini saya berharap kita sesama bersaudara dapat ingat mengingati serta bermaaf maafan diantara satu sama lain dan untuk itu saya mendahului jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada saudara sekiranya ingatan saya ini menyinggung hati dan perasaan saudara.

      Wassalam

      Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan
      Timb. Presiden KEPAK
      d/a Bahagian Akaun MinDef

  8. mohdzamrizakaria says:

    Alhamdulillah…dapat elaun hotel…erm..gud2…yang lain mcm mana..saya rasa elok menghantar surat pada KPPA / KSN bertanya..adakah kini semua jawatan telah dibekukan pegambilannya..selaras dengan surat drpd yang dikeluarkan oleh JPA…patutnya presiden bertanyakan pada KPPA yang baru mengenainya..dan juga PM mengenainya

    • pptn36 says:

      Assalammualaikum saudara ku Zamri;

      Pertama sekali saya nak maklumkan di sini bahawa “saya tak dapat tangkap apa yang dimaksudkan saudara”.

      Mengikut kefahaman saya tiada pembekuan jawatan terutama bagi jawatan PPT. BaruX ini saya ada menyampaikan taklimat kepada PPT baru di INTURA Sg. Petani, Kedah. Saya juga menjadi Panel Temuduga beberapa jawatan yang telah dikeluarkan oleh SPA dan MinDef.

      Lain-lain tuntutan seperti bayaran pensyarah sambilan dan sebagainya sudah pasti sedang menyusul. Berilah masa kepada Perbendaharaan untuk mengkajinya. Bukankah kita sering berkata “jika ada rezeki tak kan kemana”. Sabar sahaja lah. Jika diizinkan Allah maka rezeki tersebut tak kan ke mana. Dalam hal ini usaha telah dilakukan oleh KEPAK. Percayalah tak kira siapa yang mengemukakan permohonan, pokok pangkalnya sebahagian tuntutan kita telah ditunaikan. Kenapa saya katakan begitu? kerana ada diantara sahabat kita yang seolah-olah tidak percaya bahawa KEPAK terlibat sama dalam tuntutan yang dimaksudkan tetapi mereka seolah-olah menafikan…Tak apalah. Berkerja di belakang tabir ini pun dapat ganjaran daripada Allah. Kita tak perlu ganjaran daripada manusia kerana ianya tidak sampai kemana pun. Ganjaran daripada Allah…. tak perlu dijelaskan faedahnya di sini.

      Lebih mendukacitakan kita terutama sahabat-sahabat kita PPT sejak kebelakangan ini menganggap exco KEPAK menggunakan platform tersebut untuk kepentingan agendanya sendiri. Tak baik berpersangka sedemikian. Bukankah kita sama-sama berjuang untuk mendapatkan apa juga faedah serta kebaikan bersama. Apa juga ruang dan peluang untuk penambahbaikan perlu kita ambil kerana bukankah itu peluang untuk jangka panjang, maksud saya ia juga akan memberikan munafaat kepada generasiX PPT yang akan datang. Bukankah kita juga yang keluh kesah di mana skim kita jatuh ke bawah dan ke bawah. Dengan bahasa mudah bukankah semuanya itu SEBAHAGIAN daripada hasil perjuangan. Sebagai contoh..Jika bukan tuntutan Kesatuan yang telah membuka peluang sahabat-sahabat kita berjaya melalui KPSL ke jawatan PPT apakah bezanya peluang yang diberi sekarang ini kepada sebahagian daripada kita (PPT berijazah dan KPSL). Masa berubah dan begitu juga dengan kita. Semasa kita berjaya menjawat jawatan PPT melalui KPSL apakah rasa sahabat-sahabat kita yang gagal mendapat peluang tersebut merasainya? Yang jelasnya disini peluang terbuka kepada kita melalui berbagaiX cara. Melalui KPSL, melalui usaha belajar untuk STPM, Diploma, ijazah dan sebagainya. Semuanya itu merupakan laluan kerjaya seseorang dalam mempertingkatkan kerjaya masing-masing. Melalui usaha gigih masing-masing. Kita bebas untuk memilih jalan yang mana kita mampu lakukan. Dengan kata lain setiap orang bebas untuk membangunkan kerjaya masing-masing dan Kesatuan mencipta apa juga laluan yang boleh untuk pihak JPA menerima cadangan Kesatuan. Nyata sekali ini merupakan PEMBUKA JALAN kepada kita juga sahabatX kita terutama PPT yang muda yang mempunyai potensi dalam kenaikan pangkat dan sebagainya. Untuk makluman saya bermula daripada Pelayan Makmal kemudian Kerani JKR kemudian Kerani Pos dan akhir sekali jawatan PPT. Semuanya saya lakukan dengan usaha melalui peperiksaan beberapa kali SPM, STPM seterusnya ijazah. Saya mengambil ijazah walaupun telah bercucu serta berada di penghujung perkhidmatan.

      Oleh yang demikian saya harapkan sahabatX saya yang dikasihi sekalian bahawa setiap usaha serta doa pasti akan menghasilkan sesuatu yang berjaya. Sekiranya Alah memberikan kita sesuatu yang baik itu bermakna Allah sayang serta kasihan kita dan sekiranya ia tidak berjaya maka Allah minta kita berusaha lagi kerana usaha yang kita lakukan kemungkinan belum cukup lagi atau Alah akan memberikan kita sesuatu yang lebih bai lagi. Pokok pangkalnya kita perlu berusaha dan berdoa.

      Segala perkembangan yang berlaku adalah diatas kehendaknya juga.

      Wassallam

      Hj Rozaini bin Hj Mohd Adnan @ Adnan
      Timb. Presiden KEPAK
      d/a MinDef
      Jalan Padang Tembak
      Kuala Lumpur

      • ROZALI 902 says:

        JANGAN ADA LAGI PPT BUAT KENYATAAN PPT BUKAN IJAZAH IRI HATI KEPADA YANG BERIJAZAH… SELAGI ITULAH SAYA AKAN MENENTANG PPT ITU TAK KIRA HEBAT MANA DIA.

        SEMUA PPT ADALAH SETARAF SEBAGAI INSAN BIASA… KEISTIMEWAANNYA ADALAH KEPADA PERIBADINYA !

  9. mohdzamrizakaria says:

    kepada semua kawan2 PPT… sila ke laman web ini..ada cite baik pasal kelayakan hotel dsb…TQ Kementerian KEwangan n JPA…n also KEPAK…semoga Allah merahmati kalian..
    http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp082010.pdf

    • kesatuanpk says:

      SALAM

      ITU LAH SEBAHAGIAN DARI USAHA YG TELAH DIJALANKAN OLEH AJK KEPAK..DAH LAMA DAH TUNGGU BERITA BAIK INI TELAH 3 TAHUN KEPAK PERJUANGKAN ISU HOTEL NI ALHAMDULLILAH KEPADA MEREKA PPT YG BELUM JADI AHLI TU LIHAT DAN PANDANGLAH KEJAYAAN INI

      MANTAN SU

      • ARIS ZAINUDDIN says:

        Assalamulaikum.

        Terima kepada Mantan SU yang telah memberikan makluman mengenai kenaikan elaun tersebut dan memuatnaikkannya dan saya rasa semua yang pergi menghadiri assessment PPT di INTENGAH baru-baru ini mungkin di antara orang yang terdahulu yang mendapat faedah daripada kenaikan tersebut.

        Saudara Rozali ni apasal pulak? Apa yang lintang pukangnya? Saya rasa elok saudara tidak respon di dalam web ini jika semata-mata nak bantai sahaja tetapi tiada isi. Saudara sepatutnya perlu tahu membezakan bahasa di dalam blog, bahasa majlis, bahasa akademik dan sebagainya. Itulah yang susahnya jika tahu nak bantai orang saja.

        Sudah-sudahlah tu, ini bukan masanya nak bertegang leher mencari siapa yang salah dan siapa yang benar. Saya memberikan maklum balas ini pun kerana terpanggil untuk mengimarahkan web KEPAK ini kerana terlalu sedikit PPT yang nak respon dan berinteraksi dan tidak seronok pula rasanya dibiarkan web ini sepi tanpa sebarang respon.

        Kepada PPT yang lain silakanlah untuk memeriahkan lagi laman web KEPAK kita ni dengan memberikan komen-komen yang konstruktif dan tentang bahasa tu tidak kira lah janji orang faham lagi pun kita bukannya nak tulis tesis atau untuk kajian ilmiah kerana itu semua telah dilakukan di Universiti dahulu. Ruangan ini hanyalah ruangan untuk santai2 sahaja tetapi informatif.

        Kalau nak tulis dengan memberikan pendahuluan, abstrak, difinisi, ikut format APA dan sebagainya, menggunakan fon-fon tertentu dan segalanya yang ilmiah, di sini bukanlah tempatnya. Kepada yang tidak faham tu tidak mengapalah dan dinasihatkan tidak perlulah membacanya kerana mungkin bahasa anda berbeza dengan bahasa yang saya tulis ini – maklumlah bahasa lintang pukang, tetapi sekurang-kurangnya saya telah memberikan respon di dalam web ini kerana pada pendapat saya web ini kelihatan sangat suram dan malap kebelakangan ini.

        Sekian, Terima Kasih.

      • pptn36 says:

        Assalammualaikum;

        Sukacita dimaklumkan di sini bahawa Mesyuarat khas Exco KEPAK (Sila lihat atucara) akan diadakan di rumah KEPAK Jalan Garret off Jalan Peel, KUALA LUMPUR pada 29 Ogos 2010 jam 2:00 petang.

        Kepada sesiapa yang berminat untuk hadir ke Mesyuarat tersebut sila maklumkan kepada Setiausaha KEPAK. Majlis Berbuka Puasa akan diadakan pada sebelah petangnya di DePalma Resort Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan bayaran dikenakan kepada setiap yang hadir sebanyak RM60.00 seorang (jika tiada perubahan)

        Aturcara Mesyuarat:

        Bil. Perkara Penyampai

        1. Penambahbaikan Skim Pembantu Timb. Presiden
        Am Pejabat

        2. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pengerusi Skim
        Pen. Pe. Tadbir

        3. Laluan Kerjaya/Pembangunan Kerjaya Timb. Presiden
        Skim Perkhidmatan Gred “N”

        4. Cadangan Pengeluaran Sebahagian Timb. Presiden
        Pencen untuk Mengerjakan Haji

        5. Cadangan Bayaran Elaun Pensyarah Timb. Presiden
        Sambilan

        6. Perbincangan Sambutan Jubli Emas Semua Exco
        KEPAK

        7. Pengurangan Bilangan Cuti Pegawai Semua Exco
        apabila menjawat jawatan baru

        8. Cadangan Mengadakan Latihan di Zon Pengerusi Skim
        Utara

        8. Majlis Berbuka Puasa Exco dan ahli KEPAK

        Kepada ahli yang berminat untuk mendengar Taklimat tersebut dijemput hadir. Kepada ahli yang berminat untuk bersama-sama berbuka puasa bolehlah
        maklumkan nama saudara/saudari kepada Puan Setiausaha KEPAK dan semua yang terlibat perlu membayar RM60.00 seorang.

        Peluang ini dibuka kepada semua ahli untuk mendapatkan beberapa maklumat terkini perjuangan KEPAK serta bertukarX pandangan bersama exco KEPAK.

        TaklimatX yang akan disampaikan bertujuan untuk mendapatkan pandangan exco sebelum semua kertas kerja tersebut di bentangkan kepada Exco Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Kumpulan Pekerja (Pengerusi – Pn. Loke NUTP). Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan akan diadakan pada bulan Oktober 2010.

        KEPAK diantara beberapa Kesatuan yang banyak menyumbangkan pelbagai penambahbaikan kepada CUEPACS khasnya dan pekerja sektor awam amnya. Perjuangan utama pada masa ini adalah untuk menyediakan Laluan Kerjaya atau Pembangunan Kerjaya kepada Skim Perkhidmatan Gred “N”.

        Untuk makluman TuanX dan PuanX semua, kami exco KEPAK sentiasa melakukan sesuatu yang terbaik untuk PPT serta lain-lain perkhidmatan demi memberikan perkhidmatan terbaik untuk golongan pekerja keseluruhannya. Janganlan ada diantara kita yang berpersangka buruk kepada kami kerana komitmen yang diberikan merupakan kerja-kerja dibelakang tabir dan hanya Allah yang akan memberikan ganjarannya sekiranya tuntutan tersebut berjaya memberi faedah kepada mereka yang terbabit.

        Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Kertas Kerja yang akan dibentangkan, silalah hantarkan permohonan TuanX dan PuanX kepada saya melalui hjrma@yahoo.com

        Sekian Wassallam

        Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
        Timb. Presiden KEPAK
        d/a bAHAGIAN aKAUN
        MinDef
        Jalan Padang Tembak
        50634 KUALA LUMPUR

  10. ROZALI 902 says:

    Betul manusia memang dijadikan unik… sebab itu kita berbeza… sebab itu kita dinamakan manusia !

    Perasaan kita juga berbeza…. samada negatif atau positif. Hanya manusia yang sihat berperasaan. Cuma ada orang buat2 tak faham atau tak mahu faham.

    Kalau faham motto KEPAK : ALL FOR ONE… ONE FOR ALL… sepatutnya semua PPT menikmati ganjaran yang saksama… bukan sebahagiannya saja… bukan sebahagiannya dapat dulu… Tidak patut sebahagian dibiar menunggu umpama buah tak jatuh ! Apakah perjuangan KEPAK kepada ahlinya ?

    Apalah nak didengki dan iri hati dengan orang yang ada ijazah… sekadar kelebihan kelulusan akademik. Jangan kita nafikan berapa ramai orang lebih kaya dan hebat tanpa ijazah !

    Kadang2 kita hairan apa yang dinukilkan… dirinya faham atau tidak. Janganlah coretan2 melalut entah kemana arah ceritanya. Taklah sampai nak mengucap wahai insan… teruk sangat nampak dibuatnya. Nak tergelak juga.

    Sebenarnya diri sendiri yang rasa pedasnya… itu kebenarannya. Jawatan PPT memang PENTING… PT yang lulus KPSL TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN KEATAS SESIAPA UNTUK DAPAT PPT. Mereka kena lalui proses peperiksaan dan temuduga serta terpulang kepada kemampuannya juga rezeki untuk berjaya.

    Yang menghairankan bagaimana orang mendapat jawatan PPT kalau penulisannya lintang pukang… Lebih melucukan apa yang dinukilkan tidak difahami sendiri jalan ceritanya. Takpa macam mana pun tetap PPT !

    Saya pasti ramai PPT Diploma dan KPSL tidak iri hati pada yang berijazah tapi KESAL DAN TERKILAN kerana usaha dibuat oleh kelompok tertentu untuk yang berijazah mendapat insentif dan yang lain tertanya2 dan tertunggu2 apakah insentif yang akan dinikmati.. rupanya TIADA. Janganlah beri bayangan yang takan jadi kenyataan… harapan tinggal harapan.

    Apakah PPT kini yang memerlukan berfikiran terbuka, mahir berkomunikasi dan sebagainya… apakah PPT dulu tiada kebolehan ?

    Saudara perlu faham… manusia dihasut syaitan… kalau berperangai syaitan… dia adalah syaitan ! Sebelum minta orang lain sucikan hatinya… saudara sucikanlah hati sendiri dulu…

    Jangan kita lupa… setinggi mana pandai dalam akademik… tapi belum tentu bijak dalam kehidupan. Kehebatan manusia bukan letak pada kemahirannya… tapi letak pada hati budinya !

    • pptn36 says:

      Assalammualaikum;

      Selamat Berpuasa untuk saudara juga sahabat-sahabat PPT semua yang melayari web ini semuga ibadah puasa kita diberkati serta diterima Allah swt.

      Agak lama saya tidak melayari web ini. saya agak sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai aktiviti Kesatuan, Persatuan, Pejabat, Masjid dan sebagainya.

      Ramai rakanX berpesan agar jengokXlah web kita ini, kata mereka macamX ada. Apabila saya teliti kesemuanya saya rasa betullah, saya perlu menjawab beberapa isu yang telah ditimbulkan.

      Yang jelas disini terdapat konflik diantara PPT berijazah, PPT Diploma & STPM dan PPT dari KPSL.

      Bukan tujuan saya untuk mempertahankan sesuatu kelumpuk kerana sebagai Naib Presiden saya mewakili semua ahli KEPAK. Dan untuk itu eloklah saya jelaskan satu persatu mengikut perspektif KEPAK.

      1. ISU TUNTUTAN KEPAK dalam penambahbaikan skim perkhidmatan PPT:
      Sebagai PPT saya amat bersyukur kepada Allah kerana JPA sedang dan telah
      melaksanakan dua tuntutan daripada 8 tuntutan yang dikemukakan.

      Pertama – mengenai peluang PPT untuk laluan kerjaya ke P&P (JPA berjanji
      dalam Mesy. MBK 2007 akan melakukan sesuatu) perkara ini telah dan sedang
      dilaksanakan di mana PPT yang mempunyai ijazah dan KPSL telah di adakan
      ujian psikologi dan assesment di INTAN KETENGAH baru-baru ini. Kedua ialah
      tuntutan agar PPT yang mempunyai ijazah dipermudahkan urusan mereka
      untuk ke skim P&P. Excersice essesment ini merupakan tindakan dua dalam
      satu JPA.

      2. ISU PENAMBAHBAIKAN PELBAGAI ELAUN – Sebagaimana yang tuanX ketahui
      bahawa SPP 8/2010 merupakan kejayaan kita juga dimana ia termasuk dalam
      8 tuntutan penambahbaikan KEPAK kepada JPA.

      3. Lain-lain ISU yang telah dikemuakan dalam 8 perkara yang dikemukakan oleh
      KEPAK, sebahagiannya ada didalam pakej yang telah disekalikan dengan
      excersice tawaran JPA untuk pelbagai jawatan Gred 41.

      TUNTUTAN MENAMBAH SATU LAGI LAPISAN GRED N40 ATAU MENGWUJUDKAN GRED N40. – Saya rasa sekiranya KEPAK berjuang tentang perkara ini ia merupakan satu pilihan yang kurang bijak. Lihat sahaja jawatan Penghulu berapa kerat Gred N40 diwujudkan? 4 atau 5 jawatan? Bukankah pada masa ini kita mempunyai pilihan untuk ke Gred 41 pelbagai jawatan. Peluangnya lebih baik dan tawaran Gred 40 yang perlu direbut oleh 5,000 orang PPT sekarang. Oleh itu tanya pada diri masing-masing apa kah pilihan kita? Hendakkan N40 (4 atau 5jawatan) atau Gred 41 pelbagai Jawatan.

      Jika dilihat Model Ekonomi Baru, RMK 10 serta wawasan 2020 dan berbagaiX Dasar Kerajaan sekarang ini. Kita sebagai kakitangan Kerajaan dituntut untuk lebih agresif serta lebih berusaha. Kita tidak boleh menoleh ke belakang dengan keadaan yang lalu atau selesa. Kita dituntut agar mempertingkatkan ilmu. Ilmu amat penting kerana tanpa ilmu bagaimana kita hendak bersaing dengan orang lain. Untuk menjadi pekerja kelas pertama standard dunia, ilmu itu amatlah penting. Oleh itu, Kita seharusnya perlu menghormati mereka yang berusaha untuk meningkatkan ilmu masingX dan bukan kita perlu cemburu. Ilmu ini boleh digunakan bagi kegunaan jangka pendek dan juga jangka panjang. Dalam hal ni PPT yang mempunyai ijazah sudah tentu mereka mempunyai kelebihan kerana memiliki kelulusan akademik yang lebih tinggi, yang melayakkan mereka untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi umpamanya.

      Sekiranyanya berlaku tranformasi besar-besaran beberapa orang PPT menjawat jawat pelbagai jawatan Gred 41. tempat mereka ini akan diisi oleh PPT sedia ada. Ini juga bermakna bahawa terdapat banyak kekosongan bagi jawatan PPT Gred N32 dan N36, Ini akan memberikan peluang kepada rakanX PPT kita yang ada.Bukankah ini juga kebaikan? Dalam suasana ini kita katakan “winX situation” tiada siapa yang rugi, kita perlu bersyukur kerana dengan meninggalkan PPT mereka memberikan rezeki kepada kita juga.

      Saudara;

      Cuba kita renungkan, mereka yang mempunyai ijazah bukanlah mereka yang memperolehinya dalam sekelip mata sahaja. “Ke manakah kita diwaktu mereka bertungkus lumus ke kuliah bertahun-tahun (4 – 5 tahun). Kita mungkin bersenang-senang dengan keluarga, sahabat atau bersantai dan sebagainya. Duit yang ada untuk membawa keluarga makan angin dan makan-makan di luar… terpaksa mereka korbankan untuk membayar yuran (RM15,000-RM20,000) semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah. Masa untuk mereka merehatkan otak dengan melelapkan mata digunakan untuk mentelaah dan banyak lagi perkara yang kini telah menjadi sejarah mereka yang berusaha untuk mendapatkan ijazah. Oleh itu, rakanX sekalian usahlah dipertikaikan semua itu kerana sekali lagi air mata boleh mengalir jika dikenangkan apa yang telah dikorbankan serta kami lalui melalui pengalaman sedemikian.

      Untuk adekX yang masih mempunyai masa, tuntutlah ilmu sebelum terlewat. Lakukanlah pengorbanan kerana apa yang telah kami lakukan ini adalah untuk adekX semua. KEPAK menyediakan laluan kerjaya untuk tuanX yang ingin berusaha membangunkan diri tuanX. Kepada sesiapa yang selesa dan hanya menunggu laba yang datang bergolek, tiada janji yang boleh kita berikan kerana kami di KEPAK telah melakukan pelbagai perkara agar perkhidmatan skim PPT kita mempunyai Laluan Kerjaya atau Pembangunan Kerjaya yang dapat membantu masa depan kita.

      Saya amat terguris apabila KEPAK dikatakan hanya membela mereka yang berijazah sahaja. Kami di KEPAK telah melakukan pelbagai perkara yang terbaik, yang dipersetujui bersama semua exco, terutama fokus kami adalah ke arah mempertingkat serta memertabatkan PPT KESELURUHANNYA. Pelbagai komitmen telah disumbangkan dan ia termasuklah melalui Cuepacs dimana KEPAK berperanan dalam menyumbangkan penambahbaikan pelbagai Skim Perkhidmatan Gred N (N1 – N40). Untuk maklumat tuanX, banyak kenyataan tidak dapat dinyatakan di sini secara terbuka kerana ia merupakan strategi dalam Kesatuan. Bukan semua perkara boleh diuwarXkan.

      Untuk makluman saudara, KEPAK juga telah mengadakan Latihan di Marang, Terengganu bagi Zon Timor, kursus yang diadakan adalah untuk menekankan konsep peperiksaan – PTK dan KPSL. Latihan ini juga akan membantu PPT yang berminat bagaimana untuk menghadapi PTK dan juga KPSL. Disamping itu, kita akan dapat berinteraksi ke arah berkongsi maklumat dari akar umbi kepada exco yang akan hadir pada masa tersebut. Ini juga merupakan sumbangak KEPAK kepada semua PPT.

      Untuk Latihan akan datang kita akan berkunjung di Zon Utara dan tarikhnya belum ditentukan lagi. Kemudian ke zon selatan dan akhirnya ke zon tengah. Latihan diadakan dikendalikan dengan kerjasama JPA.

      Untuk makluman sadara, saya telah menyerahkan jawatan Pengerusi Skim kepada Tuan Haji Rosli bin Nordin PPT N36 di Kementerian Pertanian – Veterina Kuala Lumpur. Dalam masa terdekat, saya dan Tuan Hj. Rosli Nordin akan menyampaikan Taklimat dan Kertas Kerja mengenai pertama “Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pembantu Am Pejabat” oleh saya dan Taklimat “Penambahbaikan Skim PPT akan disampaikan oleh Tuan Hj. Rosli Nordin. Saya juga akan menyampaikan Taklimat dan kertas kerja – “Laluan Kerjaya Skim Perkhidmatan Gred N” kepada Majlis Bersama Kebangsaan (Peringkat Pekerja).

      KEPAK juga akan mengadakan perbincangan untuk mengadakan Sambutan Jubli Emas pada tahun ini. Untuk tujuan tersebut, KEPAK juga akan mengadakan perbincangan bersama JPA agar satu Seminar peringkat Kebangsaan yang melibatkan seluruh PPT di negara ini dapat diadakan.

      Saudara;

      Usahlah digembar gemburkan isu mengenai PPT berijazah dan PPT tidak berijazah kerana setiap patah perkataan dalam “pertikaian” yang dinyatakan amat memalukan kita. Maklumahlah sudah tentu ada diantara merekaX di luar sana membaca web ini sambil tersenyum dan ketawakan kita. Membuat pelbagai kenyataan yang menonjolkan emosi kita, sama ada maklumat yang dinyatakan betul atau sebaliknya. Saya harap hentikalah perkaraX tak berfaedah ini kerana ia tidak membantu kita dalam memertabatkan PPT amnya dan KEPAK khasnya.

      Saudara;

      Sebelum saya mengakhiri catatan saya ini, sukacita saya maklumkan di sini bahawa saya amat tertarik dengan pelbagai isu yang dibawakan oleh “Hornetfighter”. Berdasarkan kepada pelbagai pendapat peribadi beliau, saya rasa beliau adalah PPT yang paling layak untuk diangkat menjadi Presiden KEPAK satu hari nanti. Kami exco KEPAK amat mengharapkan agar lahirnya muka-muka baru yang akan menyertai KEPAK dan saya doakan agar satu masa nanti beliau mampu mengangkat mertabat KEPAK khasnya dan PPT amnya. Suka saya ingatkan bahawa bersorak di luar gelanggang (kepentingan individu sahaja) adalah tidak sama dengan memikul tanggungjawab dalam Kesatuan kerana ia perlu pengorbanan diri melalui komitmen masa, tenaga dan fikiran disamping mengambilkira kepentingan ahli keseluruhannya.

      Saudara;

      Saya juga ingin mengajak adekX kita menyertai serta gunakanlah web ini dengan sebaik-baiknya agar ia mendatangkan faedah. Gunakan ia untuk berinteraksi secara sihat serta dapatkan maklumat dari rakan-rakan secara santai melalui web ini. Jangan jadikan ia sebagai gelanggang untuk menunjukkan kehandalan kerana kita semua sama …PPT. Tak ada yang hebat kecuali ilmu yang kita miliki digunakan dengan sebaik-baiknya(berfaedah).

      Wassalam

      Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @Adnan
      Naib Presiden KEPAK
      d/a MinDef
      Jalan Padang Tembak
      50634 KUALA LUMPUR

  11. mohdzamrizakaria says:

    assalamualaikum…senang je la…kalau betul hampa buat..perjuangkan kepentingan n penambaikkan PPT…maka Allah akan meredhai dan merahmati kalian yg berjuang…insya”Allah…tp kalau sbnrnya yg diperjuangkan HANYA “tertentu” SAHAJA….n perjuangan PPT ini hanya satu loncatan…gimik..insya”Allah..Allah akan membalas juga…..

    • rashauzair says:

      Salam.
      KEPAK harus perjuangkan penambahbaikan di dalam skim PPT memandangkan kita ambil satu cth yang senang iaitu kenaikan pangkat dimana skim 27 PPT berlainan dengan skim 27 yg lain.aper logiknya melihat tahun kelulusan PTK sedangkan salah satu syarat kenaikan pangkat adalah lulus PTK. disebabkan syarat itula ramai juga PPT yang tidak mendapat kenaikan pangkat pada tahun 2009. setakat tahun berkhidmat,LNPT,lulus PTK & lain2 yang berpatutan cukup untuk dijadikan syarat bukannnya tahun lulus PTK.
      Inilah yang kita perlu perjuangkan supaya tiada lg skim PPT yang tercicir untuk menikmati peluang naik pangkat. jika dicakap mengenai rezeki….yes itu adalah yang ditentukan oleh allah swt tetapi kita sbg manusia perlu berusaha dan usahanya ialah penambahbaikan.

  12. putra2my says:

    BERKHIDMAT DI SEKTOR LUAR NEGERI.

    Salam hormat. Untuk makluman, after Aidil Fitri Kementerian Luar Negeri akan menjalankan temuduga bagi PPT N27 yang berminat untuk bertugas di Wisma Putra. PPT lelaki adalah keutamaan dan sayugia diingatkan berkhidmat di KLN adalah joint to ‘close services’ wif sektor luar negeri krn anda akan berkhidmat di kedutaan luar negara secara berkala selagi berkhidmat. Kelebihannya utama ialah anda akan menikmati sejumlah elaun yang besar apabila berkhidmat di luar negara selain gaji semasa yang tetap dibayar. Anda boleh kembali semula berkhidmat di sektor dalam negeri dengan memohon keluar melalui ketua jabatan dan JPA akan mempertimbangkan semula penempatan baru kelak. Anda boleh menghubungi En. Darul JPA Bhg. Perkhidmatan untuk maklumat lanjut.

    • hornetfighter says:

      Salam 1 Malaysia.

      Suka saya nak mengingatkan diri saya dan kawan PPT lain. Cara yang paling ideal bg saya sambil memerhatikan pihak Union SOCSO yang berjuang hak mereka, apa kata we do like them.
      Kita wajibkan potongan utk ahlli, memandangan ada la satu skim “…” tu dipayung dibawah Menteri so yuran Rm100 for lifekan?. So kita kena la byr bulan bulan or once a year.
      Begini ye saudaraku PPT. Cadangan saya kita bg elaun utk jawatan President sampai ke ajk sahaja mengikut kita undi berdasarkan akal fikiran kita.
      Tujuan utama bg elaun ini adalah untuk memperjuangkan SKIM PPT iaitu target pertama dapatkan pelarasan gaji atau naikkan gaji basic kita. Atau elaun-elaun lain yang wajib seperti ceramah yg semestinya wajib pada PPT sediaada.

      Pada saya kita buat KPI pada President kita nie macam mana yang dbuat oleh SOCSO. Sebab semua staf menyokong penuh apa yang presedient buat. So jika matlamat president adalah utk piket satu malaysia. kita lakukan. Jangan ada yg tidak buat. Apa-apa yang terjadi pada president kita bantu atau kita perjuangan dalam satu suara Malaysia bg PPT. Bukan hanya menyokong tapi bukan ahli. Di sana semua jadi ahli dan bg sesiapa yang tidak jadi ahli diboikot sehabis-habisnya…sebagai contoh..apa yang saya lalui dahulu.

      Bagi pendapat saya saya harap ada pihak yang sememangnya fighter, berani sampai ke Timb atau Menteri berjumpa sendiri utn membantu ke atas skim PPT ini sebagai mana President SOCSO buat iaitu Mat Noor Dollah. Sya amat mengkagumi dia.

      Dia hanya seorang EO sahaja. Tapi dibelakang dia Satu Malaysia menyokong perjuangnya utk kenaikan gaji dan pelbagai.

      Saya harap ada suara yang boleh kita ketengahkan selain saya.

      to ppt who have the Degree, just one word..to you…thank’s and welcome to New Era of PPT one Day! forever!

    • hornetfighter says:

      to ARIS ZAINUDDIN ,

      Saya bukan iri hati dengan kejayaan PPT yang mempunyai Ijazah. Saya rasa selepas ini nak vote a new member yang mengganti? Degree member all will be history.

      Sebab itu saya katakan lets fight for our own only skim to infiniti if can. But your guys mind set only a little bit to extreme. Demanding for Degree member to get some promotion. But pernah tak terfikir? Adakah selepas ini ada lagi promotion seperti ini yang dibuat oleh JPA bagi PPT yang baru dapat Ijazah? kalau ada show me!

      Saya rasa jika kita boleh dapatkan semua senarai PPT yang ada d Malaysia mungkin kita boleh! Tetapi sebelum itu lets VOTE for president!

      Saya bersuara kerana sedih dan pilu….. kadang saya rasa menyesal dilantik menjadi PPT. Kerja macam GURKA! semua rojak.

      Hope all your guys alert and think for our SKIM that now are waiting to sink!

      • pptn36 says:

        Assalammualaikum saudara Hornetfighter;

        Saya merupakan salah seorang yang amat meminati tulisan serta pandangan yang saudara kemukakan dalam web ini. Pendapat yang bernas menjadi topik perbincangan rakanX saya di pejabat dan di dalam exco KEPAK.

        Ada yang memberi pandangan bahawa alangkah bagusnya sekiranya saudara mengemudi KEPAK. Maklumlah exco KEPAK dikatakan mempunyai agenda mereka tersendiri (Bab ini saya kurang setuju kerana ia merupakan tuduhan yang kurang bijak).

        Secara ikhlas ingin saya nyatakan di sini bahawa saya rela menyerahkan jawatan saya kepada saudara sekiranya saudara persetujui. Mengapa saya nyatakan sedemikian?

        1. Saudara mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang kaya dengan pandangan serta idea yang bernas. Lihatlah catatan yang pernah saudara kemukakan melalui web ini.

        2. Saya telah menyatakan kepada semua ahli KEPAK sebelum pencalunan Exco KEPAK tempoh hari bahawa saya ingin mengundur diri.

        3. Saya rasa komitmen yang telah diberikan kepada KEPAK kemungkinannya terlalu kurang

        4. Saya beranggapan bahawa saudara mempunyai pengikut atau penyokong yang tidak kurang ramainya.

        Sekiranya saudara sudi menerima pelawaan ini harap hubungi saya melalui hjrma@yahoo.com Saya dengan rasa ikhlas ingin mengangkat saudara untuk menggantikan saya dengan serta merta. Untuk makluman saudara bahawa jawatan Timbalan Presiden merupakan jawatan batu loncatan untuk saudara menjadi Presiden KEPAK.

        Saya juga berharap di masa akan datang saudara perlulah hadir dalam Mesyuarat Agong apabila ianya diadakan kerana ketika Mesyuarat Agong yang lalu kehadiran ahli amatlah mengecewakan.

        Akhir sekali saya amat berharap saudara akan memberikan respon kepada catatan saya ini

        Wassallam

        Hj. Rozaini bin Hj. Mohd Adnan @ Adnan
        Timb. Presiden KEPAK
        d/a Bahagian Akaun MinDef
        Jalan Padang Tembak
        50634 KUALA LUMPUR

    • ARIS ZAINUDDIN says:

      Salam Ramadhan untuk Tn. Presiden dan semua AJK KEPAK semoga tuan-tuan dan puan-puan beroleh selamat dan diberkati Allah.

      Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Allah kerana di atas usaha gigih fasa 1 usaha KEPAK untuk menambahbaikkan skim PPT sudah nampak tanda2 positifnya dan yang lain-lain saya amat yakin bakal menyusul, cuma saya amat terkilan dan kesal dengan satu dua komen oleh PPT sendiri yang kononnya KEPAK hanya berjuang untuk golongan PPT yang ada berijazah sahaja – silap tu, kerana sepatutnya mereka harus faham yang menjadi AJK KEPAK ada juga PPT dari kalangan KPSL, STPM dan Diploma dan yang berijazah tetapi kita kenalah buat satu-satu bukannya mendadak sekaligus nanti apa pun tak dapat, lagipun cadangan yang dihantar ke JPA tu merangkumi semua dan kebetulan PPT yang berijazah terlebih dahulu mendapat respon, syukurlah.

      Ternyata responden2 itu iri hati kerana rakan2 mereka mendapat laba, dan saya yakin ada di antara mereka itu bukannya ahli. Di sini saya tekankan kepada KEPAK supaya tidak meyiarkan respon daripada mereka yang bukan ahli dan yang menggunakan nama samaran – itu pasal sedap mulut dan tangan sahaja tenyeh KEPAK kerana identiti sebenarnya disembunyikan. Lagipun KEPAK tidak memerlukan ahli-ahli seperti itu yang hanya akan membawa rebah sahaja kerana bayaran yuran RM5.00 pun manjadi masalah kepadanya macamlah RM5K pastu hendak macam-macam plak. Sepatutnya mereka ini hanya wajar berada di gred N17 sebagai Pembantu Tadbir kerana ide dan sikap mereka langsung tidak matang – Janganlah hendaknya JPA tersilap `upgrade’ orang2 seperti itu kerana ianya hanya akan memalukan PPT keseluruhannya sahaja.

      Terima kasih.

      • kesatuanpk says:

        SALAM

        SYUKUR JUGA KERANA PERUBAHAN ELAUN HOTEL JUGA TELAH BERJAYA KITA KECAPI MELALUI SPP 8/2010

        ALHAMDULLILAH

      • ROZALI 902 says:

        To Aris Zainudin

        Takda benda lain ke nak cakap…. asyik2 iri hati… PPT mana tak nak dapat insentif…. kalau nak buat… nak minta…. nak dapat… SAMA2 LAH DAPAT…

        Habis tu sibuk2 minta semua PPT jadi ahli… bayar yuran… lepas tu tgk je satu kumpulan dapat insentif… ingat lembab sangat ke pemikiran PPT lain tu.

        Buat pengetahuan Aris Zainudin… mereka tu PPT lah… buang masa je kalau bukan PPT menyibuk kat blog ni… takda faedah pun untuk mereka.

        Yang dikatakan “nak macam2″ tu apa bendanya… mereka nak samarata…. semua PPT dapat nikmat yang sama… takan tak faham kot.

        Sedapnya kata2 Aris Zainudin ” Lagipun KEPAK tidak memerlukan ahli-ahli seperti itu yang hanya akan membawa rebah sahaja kerana bayaran yuran RM5.00 pun manjadi masalah kepadanya macamlah RM5K pastu hendak macam-macam plak. Sepatutnya mereka ini hanya wajar berada di gred N17 sebagai Pembantu Tadbir kerana ide dan sikap mereka langsung tidak matang – Janganlah hendaknya JPA tersilap `upgrade’ orang2 seperti itu kerana ianya hanya akan memalukan PPT keseluruhannya sahaja.” Ini satu contoh mentaliti PPT yang kronik pemikirannya… inilah virus ! Awak hebat sangatkah… menumpang hak orang lain juga… kalau tak kerana bayaran ahli lain RM/5- tu… ingat KEPAK ni masih kukuh ke dengan duit awak je.

        Kesatuanpk harap boleh berkecuali la ye… Jangan coretan2 kami walaupun nampak kritis diketepikan atau dinafikan hak siarannya dalam blog ni.
        Semua ini untuk menajamkan lagi usaha gigih AJK KEPAK dalam mencapai matlamat ahli2nya.

        Kalau diamalkan prejudis… pasti takan tercapai matlamatnya… Jangan bimbang… walau berapa kali KEPAK rebah… bangunlah dan teruskan perjuangan… kami masih berada dibelakang mu… kami bukan pembelot !

  13. ROZALI 902 says:

    Saya sangat setuju dengan hornetfighter… rupa2nya ajk yang berijazah mempunyai agenda mereka tersembunyi… berjuang mendapat gred 41… akhirnya perjuangan untuk kesamarataan PPT lain berkubur.

    Kita digembar-gemburkan dengan kononnya permintaan kita sangat payah untuk mendapatkannya… ahli tak cukup… tak sokong KEPAK… JPA tak layan kita.

    Dibelakang kita mereka menyiapkan kertas kerja yang lengkap dan mampat untuk ketengahkan kepada JPA… hebat memang hebat… bijak memang bijak.

    Mereka ada kedudukan dalam KEPAK…. so they took the advantage. Tak guna kita… PPT Diploma… STP… SPM… KPSL mengenang kembali apa yang telah menimpa kita… ibaratkan nasi dah jadi bubur. Bagi saya… mereka bukan rakan seperjuangan KEPAK…

    Kita bayar yuran ahli bukan untuk menyokong perjuangan mereka… tapi untuk semua PPT… mereka mempergunakan kita semua yang dah jadi ahli.

    Ini hak kita untuk bersuara mendapat kesaksamaan… sebenarnya mereka BUKAN ALL FOR ONE… ONE FOR ALL… Tapi ALL FOR THEMSELVES… Kalau dikatakan marah… memang wajar pun.

    Sekarang kita yang PPT sejati bangun berjuang kembali mendapatkan hak kita… walaupun kita telah menjadi sedikit jumlahnya. InsyaAllah mudah-mudahan tercapai hasrat kita… walaupun bukan di era saya… biar dapat juga akhirnya.

  14. ARIS ZAINUDDIN says:

    Salam Ramadhan.

    Manusia ni msememangnya unik. Tiada satu pun perkara yang disenanginya, ada sahaja yang dia tidak puas hati – sudahlah, setiap manusia yang waras fikirannya dapat menangkap apa yang tersirat di hati penulisnya dan tidak perlulah pakar psikologi yang tak pakar malah yang tidak pernah belajar psikologi pun boleh membaca dan menelah apa yang terbuku di hati apabila membaca tulisan yang dilontarkan itu.

    Ayuh kawan-kawan PPT ku – kenapa kita jadi begini ya. Iri hati, dengki, busuk hati sedangkan kita semuanya di dalam satu skim yang sama. Kalau ya pun biarlah berpringkat-peringkat dahulu. Kepada kawan-kawan yang berasa tidak puas hati kepada PPT berijazah dinasihatkan agar mengucap banyak-banyak dan janganlah merasa dengki dan iri hati sesama kita jika hendak berjaya.

    Janganlah kerana sesuatu perkara itu tidak memihak kepada diri sendiri lantas semuanya tidak betul – apa cerita ini? Ingat!!! Penolong Pegawai Tadbir sebenar satu jawatan yang tidak kurang pentingnya malah ramainya PT yang lulus KPSL mengeloh kerana tiada peluang dilantik kerana PPT hari ini memerlukan mereka yang berfikiran terbuka, mahir bermomunikasi, dan sebagainya.

    Oleh itu jangan cemari profesyen PPT dengan menunjukkan rasa iri hati dan sebagainya yang negatif. Walaupun macamana jawapan diberikan kalayak mengetahui bahawa tulisan anda penuh dengan rasa tidak puas hari dan iri kepada rakan-rakan sendiri yang baharu hendak diberi peluang naik. Sudah-sudahlah tu, tak perlu komen jika komen tersebut hanya sekadar rasa iri hati kepada kawan sendiri.

    Insaflah, sucikan hati itu, jangan dengki dan iri kerana itu adalah perangai syaitan yang tidak mahu orang lain berjaya.

  15. ARIS ZAINUDDIN says:

    Nampaknya masih ada PPT yang tidak gembira mendengar sahabat PPTnya bakal mendapat laba, berdasarkan kepada tulisan terbaru dalam web ini.

    Apa yang kelakarnya gred 54? Kalau JPA nak wujudkan PPT gred 54 apa salahnya kerana sebelum ini jawatan PPT adalah pegawai Eksekutif (eo) jadi kalau JPA mahu, mereka boleh ubah PPT jadi eo semula dan mula gred 27 hingga gred 54 dan diubahsuai jadi skim Pentad-biran dan Operasi (Sokongan / Pengurusan dan Professional) macam sesetengah skim yang ada sekrang ini. Apa yang peliknya?

    Jika beginilah sikap sesetengah PPT yang amat jumud maka sampai bilapun skim PPT tidak akan maju. Bila permohonan tambahbaik skim tidak mendapat jawapan positif KEPAK yang dijadikan sasaran dan berkira membayar yuran RM5 sebulan (itupun kalau jadi ahli). Sudahlah tiada ide nak majukan skim, usaha pihak lain nak majukan skim pun tidak disokong malah dicemuh. Bawa lah mengucap lebih-lebih lagi di Ramadhan yang mulia ini.

    Kepada PPT yang tidak gemar melihat kawan2 nya berjaya eloklah insaf dan muhasabah diri. PPT ni terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan (SPM/KPSL, STPM, DIPLOMA, IJAZAH) dan sepatutnya lah memerlukan pemerhatian daripada pihak atasan dan kebetulan pula PPT yang ada degree ni lebih kreatif dan bijak kerana mereka belajar dan berusaha untuk mencapai ke tahap itu, dan wajarlah mereka memperjuangkan untuk dinaikkan ke gred 41 tidak kira lah di dalam apa skim sekalipun.

    PPT yang ada Diploma silakan menyambung ke peringkat Ijazah dan jangan iri hati kat kawan-kawan yang dapat naik dahulu (jika ada/ betul) kerana anda juga boleh dipertimbangkan. Kepada yang KPSL pula janganlah marah kerana anda lagi banyak telah merasa nikmat kenaikan pangkat iaitu dari gred 17, 22, 26/27, 32, 36 hanya berbekalkan sijil SPM sahaja dan tidak perlu bersengkang mata dan meminjam PTPTN untuk belajar ambil diploma tup2 KPSL jadi eo dengan sedikitpun tidak kurang. Bersyukurlah dan semua harus faham masing2 ada impian dan cita2.

    Selamat berpuasa.
    Kepada Presiden dan AJK KEPAK jangan peduli kan suara2 sumbang tu semua dan adalah diharapkan KEPAK menapis dan menghalang orang yang bukan ahli kepak menulis di dalam web ini jika sekadar mahu mengkritik tetapi nak bayar yuran RM5 sangat berkira macamlah RM5 tu boleh membeli barang kemas berbungkal-bungkal.

    Syabas KEPAK – anda semua sebagai AJK telah mengusahakannya dan langkah pertama telah kelihatan dan semoga PPT yang menjalani penilaian tempoh hari akan berjaya menjawat jawatan Pengurusan dan Professional dalam masa terdekat ni tidak kiralah di dalam skim apa sekalipun. SYABAS KEPAK – teruskan usaha tuan-tuan dan puan-puan itu. Untuk semua PPT biarlah skim kita ni ditambahbaikkan mengikut fasa – sekarang untuk PPT berijazah, akan datang yang lain-lain pula menyusul.

    • ROZALI 902 says:

      Saudara-saudari PPT perlu faham apa ertinya… EO – Executive Officer dalam konteks kini… sangat tinggi jawatannya. Perkataan yang pucuk… Officer yakni Pegawai… sinonim dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

      Tetapi Penolong Pegawai Tadbir…. perkataan pucuknya… Penolong Pegawai ! Tentu ada bezanya… sebab itulah nama PPT telah diubah dari EO… membezakan Pegawai dan bukan Pegawai yakni Penolong Pegawai. Gred Pegawai bermula dari 41 keatas… Gred Penolong Pegawai bermula dari 27 – 40.

      Tak mungkin JPA akan kembalikan nama PPT kepada EO… kerana Executive Officer bunyinya lebih hebat dari Pegawai Tadbir…

      Gred Sokongan memang berbeza dari Gred Pengurusan dan Profesional… bunyi pun dah nampak beza takan boleh cantum kot… buat lawak lagi !

      Sesuatu yang perlu difahami.. orang yang berkelulusan Diploma bukan jumud fikirannya… apatah lagi KPSL… jauh perjalanan kariernya.

      Bagi orang yang berfikiran jumud RM5 diperlekehkan. Kena faham RM5 itu hak ahli… perlu dipergunakan dan dinikmati secara saksama semua PPT.

      Adakah PPT berijazah lebih kreatif dari PPT lain… ada yang kreatif dan ada yang menumpang kreatif orang lain. Sebenarnya istilah yang sesuai digunakan ialah manipulatif ! Itulah hebatnya seseorang mendapatkan sesuatu dengan sumbangan orang lain.

      Apa yang realiti semua PPT perlu faham… JPA tak beri penambahbaikan Skim PPT lagi sebab Skim PPT telah mendapat perubahan yakni penambahbaikan… PPT berijazah mendapat jawatan Gred 41 ! Jawatan2 lain mendapat 1 penambahbaikan… jadi PPT TELAH mendapat 1 penambahbaikan. Tentulah JPA tak layan permintaan kita lagi. Bayangkanlah kalau betul semua PPT berijazah dapat Gred 41… bermakna 600 PPT TELAH MENDAPAT PENAMBAHBAIKAN DAN BUKAN SEMUA PPT ! Nampak kan beza dengan skim perkhidmatan lain yang menyeluruh penambahbaikannya !

      Presiden dan AJK KEPAK mesti peduli segala luahan dan kritikan ahlinya. Jangan lupa ada PPT kita tanya, biar saya ingatkan… Adakah HALAL ATAU HARAM DUIT AHLI YANG DIGUNAKAN UNTUK SEKELOMPOK AHLI LAIN UNTUK MENDAPAT HABUAN TANPA KERELAANNYA !

      Jadi renung2kanlah ya ! Walau apa pun jasa AJK KEPAK tetap dikenang… memang susah jadi Ketua dan AJK… inilah masa tunjukkan kehebatan tanpa berbelah bagi !

      Kita bermaaf-maafanlah di Hari Raya Aidil Fitri nanti ya !

    • mohd sabri says:

      Assalamualaikum wbt., selamat sejahtera, salam 1 Malaysia.

      Alhamdulillah kita telah menjalani ibadah puasa dan kini kita berada dalam minggu ke 3 dalam bulan Ramadan yang penuh barokah ini. Semuga kita tidak menjadi orang yang serugi-ruginya kerana Allah swt telah menjanjikan bahawa bulan yang penuh keberkatan ini akan kita perolehi gandaan pahala ke atas setiap amal kebajikan serta ibadah yang kita lakukan. Subhanallah.

      Saya amat tertarik dengan ide daripada sahabat ini:-

      >>”Apa yang kelakarnya gred 54? Kalau JPA nak wujudkan PPT gred 54 apa salahnya kerana sebelum ini jawatan PPT adalah pegawai Eksekutif (eo) jadi kalau JPA mahu, mereka boleh ubah PPT jadi eo semula dan mula gred 27 hingga gred 54 dan diubahsuai jadi skim Pentad-biran dan Operasi (Sokongan / Pengurusan dan Professional) macam sesetengah skim yang ada sekrang ini. Apa yang peliknya? “<<

      Idea ini amat baik dan boleh dijadikan asas kepada penambahbaikan skim PPT. Kita tunggu masa dan tikanya 'Bengkel Penambahbaikan PPT 2010'. Saya telah membuat sedikit pindaan (mohon dengan izin pencetus idea sdr. Aris Zainuddin 31/7/2010) dan Insya Allah jika diizinkan saya sudi memberinya kepada pihak Urusetia Bengkel.

      Tahniah, tuan telah memberi idea kepada laluan baru kerjaya PPT ..

      mohd sabri

      • pptn36 says:

        Assallamualaikum saudara Sabri;

        KEPAK telah menyediakan Kertas Kerja – Laluan Kerjaya / Pembangunan Kerjaya Skim Perkhidmatan Gred ‘N’ (N1 hingga N54 – JUSA). Saya sendiri akan bentangkan kepada MBK dalam masa terdekat dan sebelum itu saya akan memberikan Taklimat kepada exco KEPAK sebelum ianya diangkat kepada MBK kelak.

        Kelayakan enteri masuk atau lantikan berasaskan kepada beberapa kreteria seperti kelulusan akademik (perlu ditingkatkan kerana ia bermula dari tamat SPM/Ting. 5 hingga ke atas sebagaimana disyaratkan kelayakan enteri masuk PDRM dan ATM) manakala kenaikan pangkat berasaskan kepada kelulusan akademik, KPSL, KUP dan sebagai tambahan ialah memasuk kira KursusX/LatihanX yang diiktiraf JPA (Jangka Pendek/Jangka Panjang – terutama bagi jawatan yang dianggap sebagai berlainan ‘core business’/profesional yang mempunyai kursus/latihan profesional)
        dan setiap Kursus/Latihan ini diberikan merit dan pengumpulan merit tertentu akan membolehkan peluang kenaikan pangkat seseorang itu disokong.

        Kertas Kerja ini akan dibentangkan pada 29 Ogos di rumah KEPAK kepada exco KEPAK. Sesiapa yang ingin hadir adalah dipersilakan sebagaimana dijelaskan melalui komen saya pada 26 Ogos di atas.

        Wassalam

        Hj. Rozaini

  16. ARIS ZAINUDDIN says:

    Assesmen untuk PPT telah pun berlangsung di INTENGAH selama 5 hari untuk seramai lebih 600 orang. Seandainya semua PPT tersebut bernasib baik naik ke gred 41 maka akan wujudlah kekosongan sebanyak itu juga dan ini akan memberikan peluang kepada calon2 lain untuk mengisi kekosongan tersebut – Bukankah itu berita baik kepada pencari kerja di luar sana?

    Adalah amat diharapkan agar eksesais tersebut benar2 akan memberi peluang kepada PPT yang berijazah terutamanya untuk meneroka kerjaya yang lebih mencabar lagi iaitu sebagai pegawai gred 41 kerana itu lah impian kesemua PPT yang terlibat lebih2 lagi kepada PPT yang telah berusia lebih 50 tahun yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk menikmati peningkatan ke gred 41 itu berbanding dengan mereka yang jauh lebih muda namun itu bukanlah bererti peluang PPT yang lebih muda di kesampingkan begitu sahaja.

    Adalah diharapkan eksesais ‘one off’ ini dapat memberikan peluang kepada semua yang terlibat tanpa banyak kerenah birokrasi lagi kerana itu adalah perkara yang amat perit untuk dilalui. Jika lau ada pun biarlah setakat ujian penulisan esei di dalam BM dan BI sebanyak 1000 patah perkataan misalnya ataupun perkara2 yang lebih kepada pengukuran kecenderungan di mana ianya dirasakan adalah lebih relevan.

    Kepada yang prihatin mengenai kewujudan saya di portal ini saya ucapkan terima kasih.

    • hornetfighter says:

      Pada pendapat saya, kita nie senang benar diumpan. Apa yang saya tahu bg sesiapa yang ada Ijazah akan dicampakkan dimana-mana skim selain dari PTD. Namun bagi yang benar-benar berkelayakan sahaja yg dapat Gred M.

      So disini pada renungan dari org lama sehingga org baru yg dilantik PPT nie. Memang hampeh la KEPAK ni. Kalau dari segi nak jadi keahlian mmg saya tak bersetuju sangat untuk membayar setiap bulan. Sebab tidak ada HASIL LANGSUNG. Bayar je lebih. apa pun takder.

      Cuba la dapatkan kenaikkan gaji bagi ppt nie dahulu. Nie tidak dari satu ke satu..dari satu ke satu. patut la kita nie keje cacamerba. Ada yg jadi penguatkuasa padahal keje sebenar pentadbir? Apa ke halnya tu? Semua keje kita buat? Come on la guys! wake up your mine.

      Apa kata kita berusaha semula. Kita collect duit “yuran keahlian” then kita bayar elaun pada Presiden dan N.President.

      • hornetfighter says:

        Saya rasa disebabkan keje freelance ler kita ketinggallan. Apa kata kita mewajibkan semua ppt nie menjadi ahli. MAKSUD sini arahan dari president yang kita lantik. Yang dibayar elaun.

        Pada saya tidak menjadi masalah, sebab kita perjuangkan untuk skim kita sendiri dari segi gaji, kenaikan pangkat, elaun bahasa ke, elaun di jadikan penguatkuasa ke, elaun ceramah ke dan bermacam -macam lagi. Fikirkan lah ader ke yang nak menolak sekirannya kita perjuangan kejalan yang sememang itu kehendak diri masing – masing? Come on la guy. Help each other.

        Bagi yang ada ijazah, ok fine go and take your peluang to go further. Tapi bagi kami yang berkelulusan DIPLOMA dan STPM dan KPSL mesti pegi bersama SEPATUTNYA!

        Saya harap KESATUAN OR PRESIDENT jawab apa yang saya rungkaikan. Biar lah saya bersuara untuk diri saya tapi sebenarnya untuk semua sekali.

    • ROZALI 902 says:

      Diharap yang dapat Gred 41 dengan senang hati tinggalkan KEPAK. Peluang baru kepada PPT yang akan dilantik. Namun biarlah yang baru tu bukan macam mentaliti yang pentingkan diri atau mengambil kesempatan keatas KEPAK. Bukan soal peluang pekerjaan baru tapi perjuangan PPT masih jauh untuk mencapainya.

      Tak timbul siapa yang akan menerajui KEPAK…. kalau yang layak lulusan diploma tiada masalah. Kali ini janganlah dilantik yang berijazah sebab pasti beliau akan beri tumpuan nak naik pangkat ke gred 41 dari beri perhatian kepada kebajikan PPT sebenarnya.

      Macam mana KEPAK nak dapat ahli ramai sedangkan yang dok ada fokus kepada diri sendiri. Rupa2nya ada udang sebalik mee.

      Sebenarnya PPT patut perihatin kepada PPT yang menumbang untuk kebajikan PPT keseluruhannya bukan sekelompok. Biarlah mereka yang perihatin pada PPT khususnya dengan dunia mereka.

  17. ROZALI 902 says:

    Ada ke PPT Gred 54…. inilah lawak paling hebat terkini. Buat gelak dek PTD… !

    Baca balik skim perkhidmatan… Gred 54 tu kat mana…. Pegawai ke… Penolong Pegawai ke… takanlah sampai keliru macam tu sampai tak boleh beza…. ni ke minda PPT.

  18. mohdzamrizakaria says:

    any gud news for us PPT 32….27….

  19. mohdzamrizakaria says:

    Assalamualaikum semua….Soalan saya ini sahaja:…..APAKAH NASIB KAMI YANG ADA DIPLOMA INI…..TERBELA ATAU TIDAK…ADA PERUBAHAN ATAU TIDAK…?SILA JAWAPPP

  20. ROZALI 902 says:

    Apakah comments banyak ditapis ke… saya hantar pun tak publish…

    Whatever harap blog kita ni memberi info pada semua…

    • kesatuanpk says:

      SALAM

      KOMEN BIASANYE TAK TAPIS TAPI MASA TIDAK MENGIZINKAN INI KERJA FREE LUNCH JE

      • mohdzamrizakaria says:

        Assalamualaikum..terima kasih diatas kesudian upload komen2 saya..tuan…saya amat sedih2 ngan apa yg jd skrg…nampak terang2 yg 41 yang diutamakan..diperjuangkan..org patutnya juangkan yang bawah2 nie…lps dah dpt baru juangkan yg atas2…nie atas2 yg dijuangkan..lps atas tu dpt..dia mesti belah…so..kita yg kat bawah nie..tertinggal…n terkapai2…jd sy nak tanye..apa gunanya org bayar duit keahlian…n nie lah punca org tak nak jd ahli kepak..sbb ada yag dah nak pencen pon ckp..jd ahli dr masuk service…dah nak kua pon..yg untung yg top2..so..pikir2 la status duit keahlian tue….kalu kutip utk menangkan geng2 41…erm..halal or haram..lu pikirlah sendiri

  21. ARIS ZAINUDDIN says:

    Saya dengan rendah hati berharap kepada AJK-AJK KEPAK supaya dapat meningkatkan lagi kempen untuk memaksimumkan ahli-ahli dari kalangan PPT kita dan gunakanlah kaedah2 tertentu untuk tujuan tersebut. Kita bukan meminta-minta, tetapi jikalau semua skim berbuat demikian masakan kita hendak berdiam diri sahaja.

    Cuba bayangkan tukang masak (gred N1) lulusan darjah enam diupgrade terus ke gred N17 (naik 16 tingkat), Jurutaip Gred N11 SRP ungrade N17, PKP Gred N11 upgrade N17, Penghulu SRP upgrade hingga N40, PA gred N17 naik hingga N40, apa cerita ni, sedangkan sesetengah daripada mereka hanya bertugas di dapur sahaja dan jarang berpeluang untuk menemui apatah lagi bekerja dengan pegawai2 kanan kementerian/ jabatan, tetapi PPT hanya glamour sahaja, tapi masih duk tang tu juga.

    Saya rasa sudah tiba masanya untuk KEPAK ‘outsource’kan perkara ini dan belanjakan sedikit duit yuran ahli untuk tujuan promosi keahlian tsbt. Hanya dengan ahli yang ramai sahaja suara kita akan didengari. RM5 sebulan bukannya banyak mana pun sedangkan beratus-ratus faedah yang kena bayar untuk kad kredit – fikirkanlah.

    Sepatutnya skim PPT mendahului lain2 skim di dalam menikmati penambahbaikan tetapi perkara sebaliknya berlaku. Kenapakah perkara sebegini berlaku? Saya mengesyorkan agar KEPAK menggaji staf iaitu sekurang-kurangnya dua orang iaitu pegawai yang diberikan tangungjawab untuk mengendalikan semua urusan yang tidak mampu AJK2 lakukan kerana kesibkan. Buat permulaan anak2 ahli yang ada kelayakan tertiari bolehlah diambil untuk melakukan kerja2 yang telah dirancangkan itu atau ‘outsource’kan sahaja.

    Selagi kita tidak gerakkan perkara ini sampai bila2pun pihak2 berkenaan tidak akan melayan kita. Jangan pedulikan gelaran jawatan asalkan skim kita boleh sampai sehingga gred 54 dan lebih tinggi lagi itu lebih baik. Walaupun jawatan skim kita terpaksa kekal digelar PPT kerana mungkin ada pihak yang tidak mahu kita lebih daripada mereka tidak mengapa, apa yang penting jadinya gelaran tu macam ni. Penolong Pegawai Tadbir Gred N41/44/48/52/54. Apa kata pembaca semua dengan ide saya ni.

    Terima kasih.

  22. kepakayam says:

    Mana pii abang aris kita lama tak tulis berapi-api dalam blog ni..mana pi..sibuk persiapan assessment center ppt ke…

    • kesatuanpk says:

      SALAM

      PRESIDEN KEPAK PUN HADIR ASSESEMENT JPA SO CAMNA PENGGANTI PRESIDEN? FIKIR-FIKIRKAN LAH BERSAMA?

  23. kepakayam says:

    salam semua ppt, pada pandangan saya, isu-isu yang dibangkitkan kalau tidak dapat pandangan dan perhatian seperti melepas batuk ditangga lebih baik kita pakat-pakat tulis dalam akhbar..lagi cepat respon jpa.lebih banyak yang boleh baca pasal isu kita untuk dinaiktaraf jawatan e.o ini. kalau setakat tulis dalam blog ni rasanye tak jadi apa pun.bukan semua tau alamat blog ni. tengok macam polis, dapat tangkap sikit pun terus buat sidang akhbar..hebahkan baru lah orang bukak mata..yang mana pandai ulas tentang isu ppt/e.o ni pakat tulis dalam akhbar atau email lagi senang.lagi ramai lagi bagussss!!!! hidup kepak

  24. ROZALI 902 says:

    Memang benar suram dan sunyi… dah tak dapat menarik perhatian PPT…

    Pada sekelian kalinya hanya isu PPT berijazah ke gred 41 dinukilkan…

    Tidak salah berjuang untuk PPT berijazah… tapi apakah perjuangan kepada PPT bukan berijazah… setelah yang berijazah meninggalkan alam PPT dan KEPAK. Wal hasil balik asal…

    Jangan sesekali menggunakan politik dalam perjuangan…
    kelak kita menerima padah…

    Jangan terpengaruh kerana terlalu obsessive…

    Janganlah KEPAK hanyut umpama buih dilautan yang luas… atau KEPAK tinggal nama…

    • ARIS ZAINUDDIN says:

      Kepada tuan Rozali. PPT berijazah sebenarnya tidak berniat pun untuk menyisihkan mana-mana PPT tidak kiralah apa pun kelayakan perlantikan mereka, cuma mereka merasakan kepak adakah platform untuk mereka menyuarakan keinginan dan sebagai landasan untuk mereka mencuba (jika ada rezeki) untuk dilantik ke gred 41 dan sepatutnya kita juga perlu menyokong mereka.

      Berhubung dengan PPT nak jadi apa jika mereka yang berijazah telah meninggalkan kepak itu bukanlah persoalan yang besar, bak kata pepatah Melayu, patah tumbuh hilang berganti. Lagi pun kalau lagi ramai bekas PPT telah berjaya menjawat jawatan di dalam skim P&P rasanya lagi bagus kerana dalam ramai2 tu mesti ada nanti yang akan sudi melihat dan membantu PPT yang lain tu. Kita kena positif dan biarlah mereka menikmati segala penat lelah mereka setelah bersengkang mata belajar dan membelanjakan wang ribaun ringgit.

      Kita PPT KPSL ini sepatutnya bersyukur kerana telah mencapai sehingga ke tahap apa yang kita dapat sekarang ini walaupun kita tidak belajar tinggi. Bagi saya biarlah mereka berjuang untuk kemajuan kerjaya mereka dan lebih2 lagi terima kasih kepada AJK kepak yang juga telah berjuang untuk semua PPT tidak kira yang berijazah ataupun KPSL. Inilah semangat yang sepatutnya kita kekalkan di kalangan kita.

      PPT berijazah itu rata2nya adalah mereka yang masih muda dan mungkin juga sesetengahnya sebaya dengan anak kita atau lebih muda lagi. Macam saya ni walaupun servis hanya tinggal beberapa tahun je lagi tetapi saya tak kisah walaupun saya telah dinafikan kenaikan pangkat ke Gred N32 pada eksesais yang lalu walaupun pada mulanya terkilan juga tetapi apabila memikirkan ramai lagi dari kalangan bekas tentera macam saya ni yang langsung tidak dapat kerja dengan kerajaan ataupun yang ada itu pun hanya menjadi jaga dan pengawal keselamatan sahaja, maka saya insaf dan menerima takdir tersebut.

      Kalau saya berpeluang naik gred (32/41), memang itulah yang saya harap dan impikan, tetapi seandainya tidak dapat apa nak buat kerana saya telah berusaha sedaya upaya untuk memajukan diri tetapi kesan persekitaran kadang kala kejam dan telah menjadikan seseorang itu dilihat di dalam berbagai persepsi. Tidak mengapa, saya terima itu semua dengan redha walaupun kadangkala sebagai manusia biasa saya rasa kecewa juga dengan keadaan yang berlaku, lebih2 lagi apabla PPT berijazah menjadi subordinat kepada PPT N32 yang dilantik melalui KPSL dan hanya lulus SPM je.

      Kepada tuan Rozali, saya harap jangan salah ertikan tulisan saya ini kerana kita kawan tidak mahu lawan. Terima kasih.

      • ROZALI 902 says:

        Terima kasih Tuan Aris kerana mengingatkan saya… bumi yang dipijak. Saya amat bersyukur dengan apa yang direzekikan kepada saya. Pengalaman hidup mengajar saya apa erti pengorbanan dan kecekalan. Begitu jua dengan Tuan Aris yang pasti arif dengan dugaan hidup.

        Tidak pula saya merasa tidak enak dengan kemajuan hidup dan karier PPT Berijazah. Mereka berpeluang melangkah lebih jauh. Saya juga tidak merasa ralat dengan kehidupan ini kerana bersyukur dengan rezeki yang tidak dijangka diperolehi jika dibanding dengan orang lain.

        Saya menerima pendapat Tuan Aris dengan ikhlas tanpa sebarang prejudis. Saya pun sepertimana Tuan Aris menghala kepenghujung karier. Dalam kehidupan… bukan persekitaran berlaku kejam kepada kita tapi insan sesama insan. walau apa pun itulah perjalanan hidup kita… suka tak suka mesti melaluinya. Syabas kerana Tuan Aris redha dengan ketentuan Illahi apatah lagi pernah berkhidmat sebagai tentera. Saya sangat mengerti kerana pernah bertugas di Mindef dulu… betapa susahnya hidup mereka ketika itu berbanding sekarang.

        Tidak perlu rasa kecewa PPT berijazah menjadi subordinate kepada PPT KPSL. PPT KPSL telah bertugas lama jadi tidak menjadi masalah. Mereka terpaksa melalui berbagai proses tapisan termasuk Peperiksaan KPSL dan temuduga… bukannya mudah nak dapat pun… tanyalah mereka yang tidak mendapat jawatan PPT dari kelulusan SPM. Skim ini pun diadakan oleh JPA sebagai imbuhan tanda penghargaan diatas perkhidmatan. Lagipun mereka telah berpengalaman dan berpengetahuan.

        Kita ambil senario begini sebagai contoh:
        Wajarkah seseorang berkelulusan Ijazah memohon jawatan berkelayakan SPM, STP, Diploma… tentu beliau telah mengambil peluang orang lain. Sudah pasti mereka dari golongan kelulusan rendah tidak menyukainya. Tapi itulah hakikat yang berlaku… saya pernah menemuduga calon2 sedemikian.

        Memang sangat baik PPT Berijazah mendapat jawatan Gred 41 kerana ini akan memberi peluang ramai untuk menjawat jawatan PPT dengan kelulusan sewajarnya. Semasa mula berkhidmat sebagai PPT belum berijazah. Dengan pengorbanan masa dan wang maka berjaya. Tapi apakan daya begtu payah… tak perlulah saya sebutkan. Benar patah tumbuh hilang berganti… harapan ramai ia berlaku dengan lebih segera.

        Suka tidak suka… sedar tidak sedar… dalam hidup ada PERSAINGAN… Begitulah juga PPT Berijazah terpaksa bersaing dengan orang yang tidak bekerja berijazah. Bayangkan berapa ramai lagi orang yang berijazah tapi berjawatan rendah tidak dapat Gred 41. Kalau kita rasa susah… begitu juga dengan orang lain. Malangnya salah satu kelemahan pada mereka yang ingin menjawat jawatan Gred 41 walaupun berkelulusan Ijazah… lemah Bahasa Inggeris… syarat untuk menjadi pegawai.

        Apa yang saya nukilkan adalah kemana arah KEPAK nanti… sedangkan sekarang pun seumpama buih dilautan… betapa hebatnya dugaan dari kalangan PPT sendiri yang tidak memberi sokongan padu… tidak mahu menjadi ahli. Makin hari makin susut jumlah keahliannya.

        Kepada Tuan Aris… saya pun tidak berminat menjadi lawan kepada saudara PPT… Bagi saya yang perkhidmatannya beberapa tahun lagi dengan kudrat yang ada… menanti ketika nak ucapkan SELAMAT TINGGAL KEPAK… segalanya SEMENTARA.

  25. orelamo says:

    Assalamualaikum wbt., salam sejahtera
    salam one malaysia.
    Sekian kali, saya sering surf website KEPAK. Sunyi. Itulah perkhabaran yg hendak saya sampaikan.
    Muga pihak yg berkenaan, sudi-sudilah memberi sebarang info kpd ahli-ahli KEPAK. Keahlian kita semakin ramai. Banyak info yg perlu disampaikan atau dimaklumkan kpd ahli-ahli.
    Setiausaha KEPAK boleh berperanan besar dalam perkara ini. Antaranya, minta ketua -ketua biro memberi sedikit info, minta KEPAK Negeri memberi info, etc. etc.
    Salam untuk semua.

  26. ARIS ZAINUDDIN says:

    Salam.

    Saya rasa blog ini dah tidak berjaya untuk menarik PPT kita untuk berinteraksi kerana mungkin kita semua dah bosan dan kecewa. Kepada AJK diharapkan dapat meneruskan kerja2 murni dan sukarela tuan2 dan puan2 itu selagi pintu JPA masih lagi beroperasi.

    Menyampah asyik2 cikgu, PDRM, ATM sahaja yang diberikan perhatian. Apa PPT tak buat kerja ke?
    Adakah PPT ni bodoh sangat? Atau adakah PPT tidak penting, jika tidak penting elok jumudkan saja skim PPT ini dan PPT yang ada ni diserapkan ke dalam perkhidmatan2 lain seperti sebagai Pen. Peg.Siasatan SPRM, Pen, Peg Penguatkuasa KPDN KK, Pen. Peg. Peg. Bomba, Pen. Peg. Latihan, Sjn Polis dan sebagainya.

    Untuk renungan semua.

    • fizmah says:

      salam,

      kita jangan mudah putus asa. Perjuangan perlu terus dibuat. Sekarang ni dah menampak hasilnya . PPT yang mempunyai ijazah dan KPSL dipanggil untuk assessement. Sebagai langkah permulaan yang positif. HIDUP KEPAK DAN TERUS BERJUANG UNTUK SEMUA

  27. ARIS ZAINUDDIN says:

    Betul kah apa yang tuan dengar tu? Harap-harap ianya berita yang sahih dan kita (kepada yang berkenaan) memang telah lama mengharapkan berita dan peluang yang macam ni terutamanya kepada PPT yang mempunyai ijazah kerana bukannya senang untuk mengharungi program ijazah yang memakan masa di antara 4 hingga 5 tahun dan memerlukan pengorbanan wang, masa, tenaga dan terbuka kepada hasad dengki manusia yang tidak suka lihat orang lain mendapat laba.

    Kalau berita itu benar dan tidak banyak kerenah birokrasinya, Alhamdulillah dapat juga naik ke skim PnP. Sesiapa yang ada maklumat mohon emailkan kepada saya juga eo_aris@yahoo.com

    Terima kasih

  28. bhza2010 says:

    Sallam kepada semua PPT… Baru-baru ini dengar cite JPA nak perakukan ke Gred 41 kepada mana-mana PPT yang memiliki Ijazah atau telah lulus peperiksaan Khas N41. Bagaimana perkembangan perkara tst ? kepada sesiapa yang tahu perkara tst, bolehlah kita kongsi bersama. T.Kasih..

  29. mohdzamrizakaria says:

    Assalamualaikum…apa cite nie tuan/puan..kenapa jd mcm nie…dah nak bulan 7 kite…takkan takde apa…takkan jawapan pembekuan tu adalah penutup

  30. ROZALI 902 says:

    PPT setaraf PTD yakni PPTD… adakah PTD nak beri ruang… fikir2kanlah.

    Bagi yang mempunyai Ijazah, Phd… Semoga perjuangan kawan2 berjaya… walaupun terpaksa melawan arus… teruskanlah.

    Bagi kami PPT yang kerdil ni akan perjuangkan KEPAK seadanya.

  31. putra2my says:

    1. Buku Panduan Peperiksaan Undang-Undang

    2. Buku Panduan Peperiksaan KPSL Pegawai Tadbir N41

    Please visit:

    http://panduanexam.blogspot.com/

  32. ARIS ZAINUDDIN says:

    Salam. Saya rasa jika kita terus beri kepada JPA untuk revise dan upgrade our scheme we only can get the same silly answer and at the end of the date we only get disapointed, apa tidaknya kita berurusan dengan little napoleon di JPA – Kita sepatutnya beri kepada little napoleon tersebut tetapi salinannya kita berikan juga kepada genuine napoleon yang saya pasti amat mengerti dan betimbangrasa berbanding dengan little napoleon tersebut.

    Apalah yang mereka dengki sangat tu kita pun tak mengerti kerana kita sama-sama telah diberi peluang untuk berkhidmat dan mentadbir negara ini jadi apa salahnya kita sama-sama merasa rezeki Allah Taala ini. Nampaknya mereka terlalu kebal kerana doa dalam sembahyang hajat pun tak jalan. Agaknya mereka ini dicipta daripada batu batan kut. Wallahhuallam.

  33. mohdzamrizakaria says:

    tgklah sampai bile..kalau J dpt..N xdpt..sendiri mau ingat la..kawan2…

  34. ARIS ZAINUDDIN says:

    Memang betul tulisan kesatuanpk tu, ttpi mslahnya mna nk bleh dpt krna sume skim ada penolongnya jadi lbih baik mreka naikkan penolong drpd amik PPT msuk k dlm skim mreka. Kta kna fight jga utk naik ke skIM PnP.

    • bhza2010 says:

      Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kalau kita lihat, dah banyak skim-skim perkhidmatan dari kumpulan yang lain telah ditambahbaik oleh JPA. Contohnya baru-baru ini, skim perkhidmatan Polis(Y), Inspektor Polis- sekiranya memiliki ijazah, terus dimasukkan dalam kumpulan PnP, Begitu juga dengan guru. Dahulunya inspektor kesihatan, pembantu perubatan, jururawat dan lain-lain dalam kumpulan perubatan juga boleh meningkat sehingga ke Gred U54. Dahulunya, paling tinggi gred 36 shj… Tak tahu la apa sebabnya ada stgh dpt dan sstgh x dapat. Pada hemat saya, semua kump. perkhidmatan ada sumbangan masing-masing, JPA tak sedar ke perkara ini.. Saya syorkan juga kpd JPA, Kalau nak buat kajian atau buat penambahbaikan buat la semua, baru adil dan x ada pihak yang rasa terkilan.. Akhirnya sama-samalah kita berusaha dan mendoakan kejayaan….

  35. orelamo says:

    Assalamualikum wbt dan salam sejahtera.
    Mohon diperhalusi skim PPT. Jika skrg N27, 32 dan 36 dan jawaban JPA kpd PPT yg berijazah ialah mohon jwtn lain … maka pihak KEPAK perlu memikirkan kaedah baru :-
    1. rombak kembali skim PPT.
    alasan : skim pegawai tadbir N41 sudah ditiadakan lagi dlm kamus JPA / SPA. MAKA perlu dimurnikan jwtn PPT kpd PPTDiplomatik.
    2. Bagi PPT berijazah perlu diupgradekan kpd PTD.
    3. Tak payah go thru temuduga, PPT sudah kompiten sptmana yg dibuktikan melalui pencapaian PTK.
    3. Syor KEPAK supaya PPT diberi nama baru PPTD amat disokong.

  36. mohdzamrizakaria says:

    Assalamualaikum…saya ada baca jawapan daripada pihak JPA…erm..sy kurang arif dan ingin bertanya..adakah kita memohon jawatan baru sehingga terpaksa ditangguhkan? sbb katanya cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan ini terpaksa ditangguhkan selaras dengan arahan pembekuan semua jawatan baharu mulai 26 mac 2010 oleh kerajaan…adakah kita mohon jawatan baru..setahunya penambahbaikan skim..mean upgrade gaji..elaun2..dan kenaikkan pangkat…27 jd 29…dan sebagainya…erm..peliknya….

  37. mohdzamrizakaria says:

    Assalamualaikum…erm..nak tanya…adakah laman web KEPAK ini kini kurang dikunjungi oleh ahli2nya atau PPT lain..sbb tgk xda pun komen2 atau pandangan2 daripada warga PPT…erm…nak btanya pada KEPAK…apa status terhadap paper yg dihantar kepada KPPA

  38. samsermurib says:

    aslammualaikum, w.b.t. apa khabar ahli2 Kepak. saya ni ahli baru tetapi saya sering melayari laman web Kepak dan apa yang saya dapati laman web ini sememangnya baik bagi PPT untuk memberi idea bagi memajukan skim kita ini. Disini saya ada beberapa cadangan bagi menaikan taraf PPT, iaitu jika kita lihat begitu susah JPA nak luluskan permintaan kita yang tidak seberapa. Apa kata sudah tiba masanya kita bergabung dengan Cuepac buat satu kerta kerja kita upgradekan semua skim, sebagai contoh gred 1-16 dinaikan ke gred lantikan SPM (SPM), gred 17-26 dinaikan ke gred lantikan STPM/Diploma dan gred 27 keatas dinaikan ke gred lantikan ijazah kenapa saya cadangkan ini ? sebabnya 1. SPM sekarang adalah sistem terbuka yang mana semua pelajar PMR layak memasuki ke tingkatan 4 walaupun gagal dalam PMR. 2. majoriti jika kita lihat sekarang pegawai gred 17 mempunyai diploma memadangkan terlalu banyak kolej yang diitiraf mudah untuk belajar/Diploma dan yang ke 3. baru-baru ini banyak skim telah dinaik taraf seperti tukang masak N17, NT17 naik ke NT27, Su17 ke SU27, Sarjan Polis taraf diploma dan Inspektor taraf P&P, so jika naikkan taraf semua skim mungkin kita dapat sokongan dari semua skim dan ini menguatkan lagi suara kita. Mohon AJK Kepak pertimbangkan cadangan ini. Semoga berjaya INSYALLAH……Amin

    • megatsyahrulnizam says:

      bagus cdgn saudara samser.semoga ada perkembangan dlm skim kita nanti.

    • muzafaradli says:

      salam untuk semua PPT. Jangan kecewa ini semua DUNIA Punya hal. PPT akan diberi pahala oleh Allah SWT jika kita tidak diperlaku adil. ini semua ada rahmatNya. Wallahualam….

      • kesatuanpk says:

        salam

        terima kasih bagus nasihat tuan itu sebenarnya rezeki yg diberi oleh Allah pelbagai cara samada kesihatan, lapang dada, sihat fikiran ,aman rumahtangga,panjang umur wallahualam

  39. ARIS ZAINUDDIN says:

    Salam.

    Setuju dengan mohdzamberizakaria punya cadangan tu. Di masa ini eo yang ada ijazah pun masih gred 27 apatah lagi yang ada master duk tang tu juga (master of nothing). Harap KEPAK akan berjaya menaikkan taraf skim PPT ini ke suatu tahap yang terbaik sesuai dengan perkembangan semasa lain-lain skim.

    Rasa dah malas nak mengharap tetapi seperti kata orang bijak pandai, mengalah bererti gagal.

    • kesatuanpk says:

      salam

      masaalah ini dah banyak kali disuarakan semasa perjumpaan dgn jpa..mereka kata skim PPT 27 32 36 sahaja camna nak naik 41 tiada dalam skim so moralnye kena apply 41 jika ada ijazah

      harap maklum

  40. mohdzamrizakaria says:

    Assalamualaikum..terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengupload komen sy pd blog ini..n nak ucapkan selamat hari pekerja pada semua warga PPT. Apa yang dinyatakan oleh tuan presiden…bunyi mcm sedih je..apa2 pon..cadangan diwujudkan PPTD nie mmg patut..sbb PTD nie je takde Penolong pegawainya..n rasanya semua skim ada penolong pegawai. Lagipon..PTD nie mentadbir dan kebanyakkan berada dalam sistem pentadbiran kementerian2..maka kalau seorg yg mempunyai pengalaman yang luas dlm pentadbiran..kewangan, dan sbginya seperti PPT ini..kalau dpt jd PPTD dan kemudian naik pangkat sampai PTD 41 -PTD 54 …kan menguntungan…dlm masa boleh sambung belajar kalu nak naik…pengalaman pun dpt…ilmu pun dapat…hope akan ada berita baik…sama kita berusaha

    • mohdzamrizakaria says:

      Assalamualaikum..sy dengan segala hormatnya merujuk pada Kenyataan Presiden pada 28 April 2010 dalam blog KEPAK ini. Erm, tuan..adakah kita akan mendapat maklumbalas daripada pihak yang berkaitan atau ianya akan ditangguh..tangguh..n tangguhhhhhhhhhh mcm skim PPT jugak…kini sudah memasuki bulan 5..dan lagik 20 ari kita akan ke bulan JUN..kita mengharapkan akan ada berita baik..pd akhir april..n awal mei..hope akan ada jawapan dr KEPAK

      • ARIS ZAINUDDIN says:

        Salagi kita tidak tunjukkan kekuatan kita semua jangan haraplah skim kita ini akan diambahbaik. Saya cadangkan Presiden dan AJK semua berbaik-baiklah dengan orang-orang di JPM kerana dengan cara itu sahaja permohonan dan cadangan kita mungkin akan diberikan perhatian.

      • kesatuanpk says:

        salam

        jawapan jpa dalam web kepak harap maklum

  41. ARIS ZAINUDDIN says:

    Salam Tn. Presiden.

    Terima kasih di atas penerangan yang diberikan berhubung dengan cadangan penambahbaikan skim PPT kita itu dan sesungguhnya biarlah orang lain nak kata apa pun asalkan hakikatnya tuan-tuan semua telah melakukan tugas yang diamanahkan dengan baik dan jelas sekali.

    Dalam dunia ini manusia memang begitu, jika kita telah melakukan perkara yang baik tiada orang yang nak ucapkan terima kasih jauh sekali untuk menghargai namun jika sedikit sahaja kesilapan yang kita lakukan walaupun di dalam keadaan di bawah sedar (unconcious) atau terlupa tiada orang pun yang hendak menyebelahi kita dan terkapai-kapailah kita seorang diri.

    Walau apapun keputusan daripada cadangan penambahbaikan itu nanti saya selaku ahli KEPAK dan PPT tetap akan menghargai dan akan terus memberikan sokongan moral kepada tuan-tuan semua dan saya yakin suatu hari nanti (harap-harap sebelum saya bersara) skim kita pasti akan ditambahbaik juga. Tidak kiralah samaada dalam semakan baru semua skim atau sebagainya.

    Untuk makluman tuan presiden dan AJK KEPAK semua, saya dimaklumkan oleh Pengerusi KEPAK negeri iaitu Tn. Hj Raof akan mengadakan perjumpaan dengan seluruh PPT di negeri Perak dalam masa terdekat ini dan diharapkan pada hari tersebut tuan dan AJK-AJK semua dapat turut hadir dan berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan semua PPT di negeri Perak dan jangan lupa bawa borang permohonan ahli dan ANGKASA bersama kerana di hari tersebut bolehlah kita paksarela PPT yang hadir untuk mendaftar menjadi ahli KEPAK.

    Sasaran kita biarlah keahlian kita dapat mencapai lebih 95% di tahun 2010 ini dan terus meningkat lebih tinggi lagi apabila telah ada kesedaran berpersatuan di kalangan PPT kita semua. Sesungguhnya saya amat menyokong penuh usaha Tn.Hj Raof dan lain-lain Pengerusi negeri untuk mengadakan perjumpaan dan seterusnya promosi untuk menambah keahlian KEPAK.

    Sekian, terima kasih.

    • ARIS ZAINUDDIN says:

      Salam.

      Saya cadangakan KEPAK mohon Tun Mahathir untuk jadi Penaung, barulah ada ummph kesatuan dan skim kita.

      • omarisa says:

        Saya setuju sangat cadangan Aris tuuuu…. Tun Mahathir jadi Penaung dan Tun Hasmah jadi penasihat baru ngammmmmmm!!!!!!!!!!!

  42. mohdzamrizakaria says:

    Assalamualaikum…erm..sy agak terkilan juga sbb post sy tak di upload..mgkn kerana ada yag kurang menyenangkan kot..jd sy mtk maap la..apa2 pon..just nak tanye je..apa perkembangan terkini?..ok ke..xok?..ada ke takde..tu je…salam 1 Malaysia…n just nak tanye..sy ada penah dimaklumkan oleh sorg pptk N32..yg pernah membawa isu PPT nie ke Tribunal..tribunal apa..n apa keputusannya…?

  43. ARIS ZAINUDDIN says:

    April pun dah nak berlalu dan Mei will coming soon but our scheme remain unchange / no news. Unfortunate to all of us – PPT.

    I suggest KEPAK to call all members for the Emergency Grand Meeting (EGM) soon to discuss about our scheme that seem to be unseen / unentertain by the responsible party and at that EGM all members are welcome to give their briliant opinion and together we find out and diagnose what was happent to our proposal.

    We can then make the disission and find out the solution so that we can confidently resubmit our proposal with the new ideas.

    Thank you.

    Nota: Saja nak cuba write English sebab dah lama tak writing sejak meninggalkan alam persekolahan dahulu. Kalau grammer tak berapa betul harap maaf lah ya. Saja nak practice semula kerana sekarang ni kita dah kembali semula ke zaman kolonial yang mana anggapan siapa yang tidak boleh berbahasa Inggeris dikatakan tak cukup syarat walaupun English nya lintang pukang.

    ARIS – 019-5753017

  44. putra2my says:

    Selamat menduduki Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan diucapkan kepada semua PPT mulai 12-14 April 2010. Semoga anda beroleh kejayaan.

  45. hjazmi72 says:

    Askm..nak menyebok sikit…saya Hj. Ros Azmi bin Shaari terkilan ada segelintir PPT yang masih belum menjadi ahli.. bila tanya KEPAK tak aktif buat apa masuk… kalau mereka rasa ajk sekarang tak aktif lawan la.. bukan cakap jangan masuk.

    Setiap orang ada kelemahan… jangan asyik nak tumpang tuiii apa orang perjuangkan… jangan sebab RM5 tu korang rasa beban sangat.. please la..buka minda sikit.

    Saya juga berharap pihak AJK kepak mengambil tindakan sejawarnya bagi mengembangkan keahlian KEPAK

    Saya juga berharap kita semua berdoa, supaya skim baru PPT dapat diterima oleh kerajaan.

    SAYONARA

    • ARIS ZAINUDDIN says:

      Salam.

      Saya cadangkan supaya blog ini menggunakan password bukan sahaja untuk memberikan komen tetapi untuk membukanya juga, tetapi sebelum itu berikan promosi open terlebih dahulu selama 3 bulan dan jadikan blog ini blog interaksi seperti facebook supaya PPT semua akan merasakan blog ini adalah wadah perjuangan kita.

      Jika blog ini kurang orang melayarinya pun tidak juga bagus tetapi dalam masa yang sama jika semua orang (walaupun PPT tetapi tidak menjadi ahli) melayarinya sama tidak guna juga. Selepas ini mohon setiausaha/biro keahlian hantar pekeliling mengenai kewujudan blog ini dan berikan kata laluan tersebut.

      Saya juga mencadangkan agar KEPAK mengeluar dan mengedarkan kad keahlian (seperti kad kredit) dan stiker kereta dan motor kepada semua ahli yang sah sebagai suatu bukti keahlian dan juga sebagai semangat berpersatuan di samping dapat menjadi sebagai salah satu kaedah promosi kepada PPT-PPT yang masih lagi belum dan liat untuk menjadi ahli .

      Apa pun saya ucapkan terima kasih kerana semua komen saya di blog ini telah disiarkan dan saya juga ada menerima panggilan-panggilan daripada rakan-rakan PPT kita untuk bertanya khabar dan saya ucapkan terima kasih dan sesungguhnya saya memang senang dan sangat gembira menerima panggilan-panggilan daripada semua rakan-rakan PPT kita. Sekali lagi saya pamerkan nombor handphone saya. 019-5753017, email saya: eo_aris@yahoo.com

      Terima kasih.

      • kesatuanpk says:

        salam menyekat atau jelasnye menggunakan password akan menyebabkan laman ini satu hari nanti akan menyebabkan pelawat akan berkurangan mengenai kad keahlian telah lama dicadangkan tapi masaalah kewangan? lagipun kepakaran yang ada bagi mengendalikan web ini memang terhad samada masa maupun kurang kepakaran IT.

        hanya segelintir AJK sahaja yang berusaha kearah kemajuan terutama bagi mengendalikan web ini

        harap maklum

  46. hjazmi72 says:

    Askm saya Hj. Ros Azmi bin Shaari ahli Kepak tapi blm potong yuran sb blm dapat no gaji.

    Sebelum ini saya di Pasukan Gerakan Khas PDRM Bukit Aman, boleh dikatakan masa mula masuk saya tak ada keje langsung. Semua keje dibuat oleh PT yang telah mendominasi semua keje disitu. Ini disebabkan PGK yang dibawah naungannya UTK dan K69 selalu membuat claim. jadi semua pegawai sudah subkan claim tu pada PT dan ada komisennya. PPT tak ada tugas apa, semua surat dibuat dan di t/t oleh Polis.

    Tapi saya ni muka tak tau malu, saya menyesuaikan diri sehingga bos bagi kepercayaan untuk saya minit fail dan kadangkala saya juga t/t surat. Itu pun surat yang melibatkan surat iringan atau surat lampiran. kalau surat arahan atau permintaan kena polis sain. di PGK kerani tak ada senarai tugas lansung, jadi buatkan senarai tugas untuk mereka. Allhamdulilah Timb. Pengarah PGK menerima saya dengan baik begitu juga Pegawai2 yang lain. Masalahnya ego polis tetap polis. Inspektor pun kena panggil mereka tuan. saya sebelum ini dipanggil tuan haji dipanggil En. Haji, sebab PT bimbang tuan hanya untuk polis. surat jangan harap saya boleh sain walaupun arahan itu dari pengarah. contohnya surat itu saya tulis, adalah saya diarahkan oleh Pengarah…dott…dott.. tetap tak diterima sebab saya orang awam. selepas itu saya ditukarkan ke Pej. Pelajaran Tapah. Kerja punya le berlambak..macam pengarah. kuasa kita menjaga satu daerah AKS, bila saya masuk sekolah guru besar cina dan tamil sangat hormat.. guru melayu kureng sket… di PPD ada juga pegawai dari DG yang cemburu dengan kita sebab tuan dan ‘timb PPD agak rapat dengan kita dan kita juga panel APC.

    Tapi saya merasakan beban PPT PPD patut dibuat oleh mereka yang gred 32 atau 36… mereka yang gila kuasa… PPD punya E.O memang susuai.

    wallahualam

  47. putra2my says:

    Salam hormat. Kepada semua PPT baru yang akan mengambil Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan bersma-sama ini diperturunkan sedikit Panduan Menyeluruh Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan bagi pengesahan jawatan Penolong Pegawai Tadbir dan gred yang setara dengannya. Sila klik hyperlink berikut;

    http://www.scribd.com/full/29436595?access_key=key-293r8sbicdedd3h66l19

    Go to our Facebook: http://www.facebook.com/reqs.php#!/profile.php?ref=profile&id=100000847300302

  48. ARIS ZAINUDDIN says:

    Salam.

    Saya berharap pihak KEPAK dapatlah menyalurkan semula cadangan penambahbaikan skim PPT kepada pihak JPA kerana sebagai ahli KEPAK saya dan mungkin rakan2 yang lain amat kecewa kerana cadangan kita di kesampingkan begitu sahaja.

    Saya juga berharap agar KEPAK memaklumkan segera kepada semua ahli berhubung dengan perkembangan permohonan penambahbaikan skim PPT yang kita hantar kepada JPA dahulu dan apa sudah jadi dan kenapa?

    Jika perlu KEPAK perlu `out-source’kan cadangan baru yang akan dibuat oleh pihak yang lebih profesional walaupun ianya memerlukan bayaran yang mungkin mahal tetapi kita mengharapkan hasilnya. Untuk tujuan itu KEPAK boleh mengelolakan kutipan wajib daripada semua PTT samaada ahli KEPAK ataupun tidak kerana hasilnya akan turut dinikmati oleh semua PPT nanti. Saya cadangkan kutipan RM10.00 seorang kerana dengan wang banyak itu kita boleh mengupah pihak luar yang benar2 professional dan sekali gus dapat merealisasikan penambahbaikan skim PPT.

    Apa nak buat kerana skim kita amat tidak bernasib baik kerana begitu liat untuk dipertimbangkan peng`upgrade’dan nya. Penyumberan luar itu sebaik-baiknya diberikan kepada PTD yang telah pencen dari JPA yang tahu selok belok untuk membuatnya tetapi dia mestilah mendaftarkan perniagaannya terlebih dahulu dan bayaran perlulah dibuat mengikut tahap kejayaan yang diperolehi. Hanya dengan cara inilah sahaja skim kita dapat ditambahbaikkan.

    Terima kasih.

  49. ARIS ZAINUDDIN says:

    Salam.

    Apa kata KEPAK iklankan di dalam surat khabar utama supaya semua PPT yang belum menjadi ahli dapat berbuat demikian kerana tidak semua dari kalangan PPT tahu kewujudan web `kesatuanpk’ ini. Saya pasti dengan cara ini lebih ramai lagi PPT yang akan mendaftar dan menjadi ahli KEPAK dan secara tidak langsung kita juga dapat menguar-uarkan mengenai kewujudan kesatuan kita kepada pihak-pihak tertentu.

    KEPAK juga jika sesuai bolehlah menurunkan kuasanya kepada ahli-ahli yang layak dan berminat untuk menderaf kertas cadangan penambahbaikan skim dan sebagainya di masa akan datang.

    Pada sambutan hari pekerja 1 Mei ini nanti saya harap KEPAK dapat menjemput seberapa ramai mungkin PPT yang boleh (ahli atau pun bukan ahli) untuk menyertai dan meraikan hari pekerja bersama di peringkat pusat/kebangsaan dan KEPAK dicadangkan supaya memohon kepada AJK penganjur untuk mengambil bahagian sama di dalam perhimpunan tersebut dan jangan lupa buat dan bawa `banner’ besar nanti.

    Jika ada kesempatan di masa itu juga boleh kita berikan cadangan penambahbaikan skim PPT kepada PM/TPM dengan syarat cadangan yang telah kita kemukakan sebelum ini benar-benar telah di kesampingkan/tidak dilayan oleh pihak-pihak tertentu. Apa gunanya kita ada ramai `graduate’ di kalangan kita jika skim kita sendiri pun kita tidak dapat perjuangkan. Di hari tersebut juga sila uruskan `press conference’ dan utarakan saranan kita itu.

    Masa telah suntuk dan kita tidak boleh berdiam diri sahaja dan mengharapkan ada orang lain yang akan perjuangkan skim dan untung nasib skim PPT kita kerana sudah menjadi lumrah perkara tersebut tidak akan berlaku secara otomatik.

    Diharapkan KEPAK mengambil tindakan positif di atas saranan dan cadangan saya ini.

    Sekian, terima kasih.

    Ini sekadar cadangan saya sahaja.

Comments are closed.